:: iklaneka ::

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Sunday, June 28, 2009

Coretan pagi 10...

Saya terpandang jam di dinding, hampir pukul 10 pagi. Ketika ini saya berada di pejabat. Bertugas sebagai urusetia program kem ibadah. Begitu asyik mendengar sesi ceramah yang menarik untuk diikuti. Namun tak boleh leka kerana ada tugas yang perlu dilaksanakan. Hasil daripada pemerhatian yang sedikit dari ceramah tersebut, saya dapat simpulkan bahawa kehidupan di dunia ini adalah merupakan satu medan untuk perjuangan sebenarnya. Perjuangan untuk kehidupan di akhirat.

Apa yang kita lakukan dan buat di atas dunia ini, hasilnya akan kita dapat di akhirat nanti. Namun begitu, amat sedikit di kalangan manusia yang berfikiran sebegitu. Amat sedikit. Begitu menyedihkan. Ramai kalangan manusia berlumba-lumba mengejar dunia yang semakin hari semakin mengasyikkan. Harta, wanita, anak-pinak, kuasa dan kepuasan menjadi moto dalam setiap pekerjaan setiap manusia di dunia sekarang. Asyiknya mereka mencari habuan dunia yang sedikit berbanding habuan akhirat yang tidak putus-putus manfaatnya kepada mereka sendiri.

Sudah menjadi tabiat manusia, jika mendapat segantang emas nak seguni emas, jika mendapat satu lori emas nak bukit emas, jika dapat satu bukit emas nak satu planet emas. Begitulah dunia dan manusia. Saling tidak puas antara satu sama lain. Bahagia di dunia bukannya buat selama-lamanya. Apa yang kita hendak di dunia ini adalah keselamatan. Keselamatan dalam melaksanakan kerja-kerja Islam dalam kehidupan seharian seperti solat, puasa, menunaikan zakat, menunaikan haji dan ibadah-ibadah lain termasuklah kerja di pejabat atau kerja-kerja yang menyara hidup kita.

Kepuasan yang sebenar ialah kepuasan apabila berjaya melaksanakan semua kerja-kerja Islam tersebut dengan selamat dan sempurna mengikut syariatnya. Hari ini saya tak nak bincang mengenai dunia ICT. Berehat sekejap. Kita sama-samalah berfikir dan merenung diri kita sendiri. Setakat mana amalan kita yang hendak di bawa menghadap Yang Maha Esa dan Yang Maha Kuasa. Adakah sudah memadai dengan apa yang kita capai atas dunia? Kurang? Sama naik? Lebih?

Sama-samalah kita berfikir dan merenung....

Wednesday, January 14, 2009

POWERFULLBODYdotCOM agak Statik Tapi Dinamik Jugak

Salam, POWERFULLBODYdotCOM agak statik jugak, maknanya seakan-akan website biasa tapi sebenarnya lebih dari itu. Saya ada tambah nilai pada portal tersebut antaranya dengan add sedikit plug-in yang konvensional seperti TAQWIM SOLAT, Most Reviews dan beberapa lagi yang biasa dan ringan. Tapi TAQWIM SOLAT begitu tidak stabil kerana skripnya yang tidak berapa compatible dengan template portal kot? rasa2nyalah.


Untuk pengetahuan rakan pelawat yang budiman sekalian, portal ini merupakan MultiSolutions Portal yang memberi servis yang berlainan sedikit daripada portal Islamic lain. Apakah kelainan tersebut? Tunggu lihat dan alami sendiri kelainannya. Saya masih lagi mencari-cari dan menyelidik beberapa artikel Islamic yang boleh dijadikan bahan dalam arkib artikel portal tersebut. Tak banyak portal Islamic yang ada kat Malaysia ni. Dan tak banyak yang ada tu di bangun dan diurus oleh orang Islam Malaysia. Susah jugak yer? Tapi tak apalah untuk perjuangan Islam, tak jadi masalah.

Islam menggalakkan kita mencari, belajar dan berfikir. InsyaAllah, akan jumpalah tu. :-)
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com