:: iklaneka ::

Showing posts with label aplikasi. Show all posts
Showing posts with label aplikasi. Show all posts

Tuesday, November 24, 2009

AmBank Melancarkan Aplikasi Mudah-Alih AmGenie

AmBank hari ini telah melancarkan perbankan mudah-alih mereka yang mana dipanggil AmGenie. Melalui perbankan mudah-alih ini, para pengguna boleh menggunakan servis AmBank untuk menyemak baki, melihat senarai transaksi, memindah wang ke akaun lain, membayar bil dan sebagainya dengan mudah melalui telefon mudah alih.
amgenie
Antaramuka Aplikasi AmGenie
Pada masa yang sama juga, anda boleh menyemah senarai cawangan AmBank yang terdekat, selain mengetahui mesin ATM terdekat dengan mudah. Selain daripada informasi berkaitan perbankan, AmGeni juga menyediakan perkhidmatan tambahan seperti informasi berkaitan wayang, KWSP dan juga waktu solat semasa.

Untuk menggunakannya, para pengguna boleh memuat-turun aplikasi AmGenie Pro ke telefon bimbit mereka, ataupun dengan mengakses laman WAP AmGenie. AmBank membawakan servis mudah-alih ini dengan kerjasama FSBM Net Media Sdn. Bhd. Sebelum ini, CiMB telah memperkenalkan aplikasi khas perbankan untuk para pengguna iPhone dengan kerjasama bersama Maxis.

Sunday, May 3, 2009

Develop System base on asp.net

Alhamdulillah, hari ni saya sambung balik kerja semalam yang belum2 selesai. Nak develop aplikasi ni bukannya mudah. Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. Tapi susah jugak keje ni. Sebelum ni saya selalu pakai php & mysql jer untuk develop web applications. Tapi kali ni saya nak try pakai asp.net dengan access. Member2 kata mudah sebab software dah ada dan capaian lebih laju. 

Lagipun asp.net ni unik sebab jarang developer pakai untuk develop applications. So, saya nak try lah. Hari ni agak letih sikit sebab dok fikir-fikir macamana nak develop aplikasi ni dengan ikut betul2 pada spect yang client nak. Semalam pegi survey kat books store, sistemnya simple dan tak banyak funky things. Kalu buat macam ok jugak, tapi nak kena adjust bagi lain dari yang lain.

Client kata biar simple tapi menarik. Tak banyak kerenah dan kalau boleh cukuplah hanya dalaman saja yang boleh akses aplikasi ni. Cantik gak idea tu. Tapi satu jer yang jadi masalah, macamana nak buat sistem ni benar2 secure dan safe. Itu yang nak kena study balik coding dan algorithm asp.net ni. Aduhai salehah. Kat luar dah cantik tapi kat dalam belum tentu cantik. Aduhai...


 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com