:: iklaneka ::

Showing posts with label chrome. Show all posts
Showing posts with label chrome. Show all posts

Saturday, November 21, 2009

Google Chrome OS

Semalam Google memperlihatkan Google Chrome OS yang telah dilancarkan secara BETA di khalayak ramai. Ianya begitu ringan, mudah, cepat dan lancar sekali. Chrome OS berasaskan antaramuka browser Chrome OS. Begitu mudah dan ringan sekali. Saya tak sempat melihat video youtube mengenai persembahan Google Chrome OS ini daripada Google kerana kelajuan internet di ofis begitu perlahan. Jadi saya ambil beberapa screen capture dari blog Amanz.net. Cuba anda perhatikan ciri-ciri dan antaramukanya yang begitu simple sekali.
ChromeOS - Boot
Walaupun tiada sebarang pelancaran ataupun beta untuk hari ini, Google telah pun melepaskan kod sumber bagi sistem operasi Chrome OS hari ini. Segala pembangunan Chrome OS adalah berasaskan pada pelayar web Chrome yang telah lebih setahun dibangunkan, dan kini digunakan oleh hampir 30 juta pengguna seluruh dunia. Dan perkara biasa yang kita dengar berkenaan dengan Chrome adalah pantas, dan inilah yang dititik-beratkan pada Chrome OS.

ChromeOS - Google
Chrome OS menumpukan pada tiga perkara penting, iaitu kelajuan, mudah dan ringkas serta sekuriti. Chrome OS amat pantas, yang mana membolehkan anda menggunakan pelayar web sebaik sahaja anda memulakan sistem operasi anda. Pada demo yang diperlihatkan, ianya mengambil masa lebih kurang 7 saat untuk ke skrin log masuk, dan 3 saat lagi untuk ke aplikasi. Menariknya, pihak pembangun Chrome OS masih dalam pembangunan, dan perkara ini dijangka lebih pantas pada versi akhir kelak.

Pada Chrome OS, segala aplikasi yang digunakan adalah aplikasi berasaskan web, dan semua data adalah menggunakan konsep perkomputeran awam. Ini diperlihatkan melalui demo, dimana aplikasi Notepad dibuka dan diisi dengan sedikit info, dan seterusnya, apabila membuka Google Docs, fail tersebut telah disimpan disana secara automatik.

Pada masa yang sama, Chrome OS bakal menjadi sistem operasi yang paling selamat, kerana tiada sebarang fail binary yang boleh dipasang, jadi ianya mungkin agak sukar untuk dicerobohi. Selain itu, model sekurit pada pelayar web turut diintegrasikan menjadikan Chrome OS lebih selamat.

 ChromeOS -App

Chrome OS juga didatangkan bersama tab aplikasi,dimana pada menu aplikasi, anda boleh memilih aplikasi yang anda ingin gunakan daripada senarai aplikasi yang dipersembahkan. Selain daripada itu, anda juga boleh memainkan media seperti video dan muzik dengan mudah pada Google Chrome OS.

 Desktop Google Chrome
  Desktop Chrome OS Apabila Semua Di Minimize




Thursday, April 9, 2009

Google Chrome ke ? Firefox ke ? Safari ke ?

Ramai member2 dok tanya2 mana satu antara browser2 tersebut yang paling bagus atau the best, saya kata Google Chrome. Ada yang tak bersetuju sebab Chrome tak berapa cantik dan lawa. Ada yang kata Safari lagi bagus dan the best. Saya kata semuanya the best dan bagus tapi ianya terpulang kepada apa tujuan dan bagaimana kita guna browser.

Kalau kita gemarkan kerja2 yang multiple, kita boleh pakai Safari. Safari ni cantik juga dan the best kalu nak dikira pada paparannya. Manakala Firefox pula adalah lebih kepada customizable atau kebolehan kita untuk menokok nambah apa2 yang kita rasakan perlu pada Firefox. That's my thought.

Kenapa saya katakan Google Chrome the best? Sebab-sebabnya ialah :

  • Laju berbanding browser2 yang lain
  • Ringan
  • Tak banyak plug-in, active-x
  • Boleh baca semua format fail web
  • Saiz kecil
  • Paparan yang simple dan menarik
  • Tak banyak kerenah
  • Hacker tak berapa minat nak hack browser ni
  • dan banyak lagilah sebab2nya....

So, pilihlah Google Chrome untuk surf internet anda. Lebih mantap dan the best dalam versi yang setaraf dengannya.

 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com