:: iklaneka ::

Showing posts with label internet security. Show all posts
Showing posts with label internet security. Show all posts

Wednesday, October 14, 2009

Eugene Kaspersky nak datang KL..

Betul ke tak berita ni? Memang betul pun sebab saya sendiri berkunjung ke Low Yatt plaza semalam. Mr. Eugene Kaspersky a.k.a CEO dan Founder kepada Kasperksy Company akan berkunjung ke Malaysia. Beliau akan berkunjung ke Low Yatt Plaza, Jalan Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia pada 16 Oktober 2009 (Jumaat). Kunjungan beliau merupakan suatu pengiktirafan kepada lapangan ICT di negara kita.


Beliau merupakan pengasas atau founder kepada syarikat Kasperksy iaitu pengeluar perisian anti virus dan internet security terkenal dunia. Bermula sebagai pengguna biasa, beliau telah berusaha dengan gigih untuk mencipta satu projek yang boleh melawan balik virus dan malware yang ada di internet. Bagaimana beliau boleh berjaya dalam menjayakan projek yang bernama Kaspersky Lab ini kita boleh dengar dan ikuti 'talk' beliau yang akan beliau sampaikan pada hari tersebut.

Jadi, jom datang beramai-ramai ke Low Yatt Plaza pada 16 Oktober 2009 (Jumaat) pukul 2.00 petang.

Sunday, October 4, 2009

Web Microsoft tak boleh nak akses...

Kelakar juga berita ni. Ada member yang biasa juga surf web Microsoft beritahu semalam, web microsoft tak boleh akses. Kenapa agak2nya? Tak kanlah syarikat gergasi macam microsoft tak boleh nak solve problem macam tu? Pelik jugak ya. :-) Untuk pengetahuan anda, hampir keseluruhan web microsoft menggunakan teknologi asp.net yang sememangnya hakcipta terpelihara microsoft. Kita tak boleh nak pandai2 ubah snytax programming codingnya.

Sekarang ni teknologi asp.net digabungkan sekali dengan ajax dan css yang latest punya. Itu yang menyebabkan web microsoft makin lama makin canggih. Sedangkan css tu asalnya adalah hak milik GPL (General Public License). Sekarang microsoft usaha untuk reka satu code yang sama dengan css. Memang kerja microsoft, copy & paste sejak dari dulu lagi. Search engine "Bing" yang baru diperkenalkan oleh microsoft sememangnya canggih tapi tidak berapa mesra pengguna. Berbanding dengan Goolge dan Yahoo! Saya lebih prefer pakai Google. Sebab Google ringan dan laju. Search result yang kita dapat pun adalah accurate dan precisely.

Tulisan saya kali ini adalah lebih fokus pada kutuk mengutuk produk microsoft walaupun saya sendiri pakai produk microsoft. :-P Bila kita pakai produk tu barulah kita tahu kelemahannya. Kemudian barulah kita boleh kutuk mengutuk produk tersebut. Microsoft kena ingat customer is always right! :-P

Baru2 ni Microsoft ada umumkan satu lagi produk security yang diberi nama "Microsoft Essentials" yang akan menggantikan Windows Defender. Saya rasa produk ini tak akan bertahan lama sebab lama kelamaan ia akan menghadapi nasib yang sama seperti windows defender dan microsoft antispyware. Semuanya jatuh merudum!

Sunday, July 12, 2009

Jangan simpan password email, webmail, webhosting anda...

Beberapa hari lalu sebuah webserver client saya menghadapi serangan hacker beberapa kali. Setelah berusaha bertungkus-lumus untuk trace (jejak) beberapa kemungkinan (possiblities) yang membolehkan webserver kena hack, akhirnya saya mendapat beberapa rumusan :

  • Pastikan tiada username atau password email, webmail, webserver disimpan di dalam PC atau laptop anda.
  • Sentiasa kemaskini script terkini untuk web applications seperti CMS, Blog dan sebagainya.
  • Sentiasa tetapkan chmod (change mode) untuk direktori-direktori tertentu dalam webserver anda sentiasa pada mod 744 atau 644 - mungkin untuk fahami chmod ini secara mendalam agak sukar kerana chmod ini perlu dikaji secara detail, cuma saya jelaskan secara kasar sebagai gambaran awal kepada anda.
  • Sentiasa pastikan pc / laptop ini berada dalam kondisi yang selamat dan bebas dari virus, spyware dan malware-malware yang boleh mencuri maklumat peribadi anda di dalam pc / laptop anda.
  • Kalau boleh beli perisian Internet Security (apa-apa brand sekalipun) untuk kawalan dan perlindungan yang optimun pada pc / laptop anda.
  • Pastikan anda mengemaskini (update) perisian Internet Security anda setiap hari. Jangan terlepas walau satu update sekalipun. Ini untuk menjamin keselamatan dan perlindungan pc / laptop anda di tahap yang maksimun.
Itu sahaja setakat hari ini. Saya nak selesaikan beberapa job yang dah nak dekat dateline. Selamat mempraktikkan tips-tips di atas.

~ Al-Farabi
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com