:: iklaneka ::

Showing posts with label windows xp. Show all posts
Showing posts with label windows xp. Show all posts

Tuesday, September 8, 2009

Laptop asyik restart sebab windows corrupt

Hari ni saya service satu laptop yang pakai windows xp home edition. Mudah benar corrupt windows xp ni. Kalu tersalah dan tersilap install, mesti corrupt windows tu. Pelik betul Microsoft ni. Nak jual produk kat customer biarlah betul2 mantap dan tip top.

Sekarang saya masih dok try pelbagai cara untuk settle windows corrupt ni. Antaranya :

  1. Reinstall balik windows xp home edition tersebut
  2. kurangkan software2 yang tidak digunakan dengan cara uninstall / remove software tersebut.
  3. cuba clearkan cache dalam browser (either firefox atau i.e)
  4. kurangkan icons kat desktop, tinggalkan satu baris jer icons. kalau boleh tinggalkan icon recycle bins jer
  5. kurangkan item dalam start menu.
  6. cara yang ke-6 dok fikir lagi...
InsyaAllah, saya akan jumpa cara macamana nak solve problem ni step by step.

Friday, August 14, 2009

Dah format PC tapi PC still lagi slow

Semalam saya ada troubleshoot satu pc klien kat satu site di ibu negara. Mula-mula saya suspek pc tu mungkin windowsnya corrupted. Itu yang nak kena diagnose dari pelbagai segi. Nak check disk pakai Scan Disk pun tak boleh. Windows kata tak boleh nak run Scan Disk sebab ada software yang lain dan asing sedang menggunakan Scan Disk. Pelik bin ajaib!

Oleh kerana malas dah nak diagnose lebih-lebih, saya pun dengan cepat menyambar cd windows XP Pro dan terus format pc tersebut dan membahagikan hard disk kepada dua partition. Selepas selesai format dan install driver, saya try nak install driver wireless adapter. Bila cucuk wireless adapter, respon yang windows bagi begitu lama dan saya terpaksa tunggu sampaikan 3 jam untuk windows detect adapter tersebut. Sah! Hard disknya dah nak KON!!!! (Kaput!!!). Hehehe... Jawabnya hari ni nak kena format lagi lah tu.

Jadi hari ini saya akan format sekali lagi pc tersebut mengikut cara biasa. InsyaAllah, pc tersebut akan kembali normal dan sihat. :-)
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com