Thursday, September 18, 2008
Develop web yang ada design cantik dan ada applications pakai Dreamweaver MX ?? Nak tak?
Selamat menjalani ibadah puasa dengan lancar dan ada kekesanannya pada diri masing-masing. InsyaAllah. Sejak kebelakangan ini makin banyak kerja yang perlu dilakukan dan dihayati. Kekadang saya tak sempat menjenguk blog ni. Sudah hampir sebulan saya tak jenguk sejak dari pertengahan bulan ogos lagi. Memang tak sempat.
Saya ada design satu website yang jual produk pemakanan kesihatan di alamat berikut : http://www.powerfullbody.com . Cuba anda surf web tu. InsyaAllah banyak info dan maklumat yang anda boleh perolehi. Kalau ada kelapangan wang/duit bolehlah tempah produk tersebut. Murah dan berkesan ! Percayalah saya. InsyaAllah ada kesannya pada badan anda.
Oklah, apa2 hal pun saya bagitahu yang saya tak jadi nak tulis buku MyHOTTIPs sebab ada banyak masalah yang timbul terutama dari segi marketing, sales dan fight. Banyak persaingan. Sekarang dah ramai penulis yang menulis buku mengenai Windows. Manakala Windows XP dah dikira sebagai lapuk dan ketinggalan zaman kerana sekarang orang dok kejar-kejar windows vista.
Buat masa ini saya nak tumpu tulis buku yang bertajuk "DESIGN WEB dengan NVU & DEVELOP WEB APLIKASI dengan DREAMWEAVER".
Google's Perfect Ad: Missing the Marketing
By John Battelle
I missed this blog post last week from one of Google's most senior VPs of Product, Susan Wojcicki.
Google's advertising business was founded on the core principle that advertising should deliver the right information to the right person at the right time. This is very similar to our mission in search, and, like our colleagues in search, those of us on the ads team are constantly striving to achieve better results. We have hundreds of thousands of advertisers who collectively have millions of products and services, and out of that vast amount of information our goal is always to show people the best ads, the ones that are the most relevant, timely, and useful (and, from the advertiser perspective, measurable). Achieving this ideal has been difficult since the early days of ads, but now, with the Internet, it is within reach.
Then comes the nut graph:
What does it take to do this? We need to understand exactly what people are looking for, then give them exactly the information they want.
Well...sort of. Perhaps that's the formula for the perfect "ad" - but the perfect ad is, by definition, imperfect. Advertising without marketing is, well, just a call to action. Only with marketing, a practice that I think is perhaps a bit underestimated at algorithmically driven companies like Google, can companies make any advertising they might do truly valuable. One tenet of marketing FM lives by is this: Add value to the customer's experience. Sometimes you can do that by matching customer intent with a database of ads. But other times you can't - you have to understand your customer in ways that are resistant to algorithms.
More on this as I write my next piece for the Amex Blog....
GOOGLE WINS AGAIN !
Sunday, May 11, 2008
MyHOTTIPs Siri 1
BLOG ? Kenapa perlu blog ? Adakah ianya suatu keperluan dan kemestian di dunia tanpa sempadan sekarang ini ?
BLOG adalah sejenis laman web yang sama seperti forum, portal dan sebagainya cuma skop sasaran dan antaramukanya sahaja yang berbeza. Blog ada banyak jenis. Antaranya ialah :
- Blog jurnal, diari dan peribadi
- blogfoto - flickr, facebook
- vblog
- podcast
- music blog - MySpace
Tetapi dalam banyak-banyak yang dibina di seluruh dunia, blog peribadi dan jurnal yang paling banyak sekali dibina dan diuruskan di seluruh dunia. Ini adalah tren semasa dunia dan seharusnya tidak terlepas dalam memiliki sebuah blog untuk diri anda sendiri.
Kenapa anda perlu kepada blog ? Berikut dipaparkan 6 sebab mengapa anda perlu blog :
- EMOSI - Blogger boleh meluahkan segala ekspresi diri dan hati melalui blog kerana blog merupakan salah satu platform untuk meredakan ketegangan fikiran dan emosi. Anda mungkin salah seorang dari mereka ini. Jika anda tinggal di bandar-bandar besar, maka anda semestinya akan mengalami tekanan-tekanan hidup walau pada tahap mana sekalipun. Jadi, binalah blog untuk meluahkan segala rasa hati dan perasaan anda. Tidak kira perasaan marah, gembira, sedih, kecewa dan sebagainya boleh diluahkan melalui blog. Tidak ada orang akan menyekat atau membantah anda. Anda bebas untuk menyuarakan pandangan dan luahan hati anda. Anda juga boleh berkongsi luahan hati tersebut dengan rakan-rakan blogger melalui ruangan dan kemudahan "comments" atau "bulletin" yang disediakan oleh administrator laman blog.
- EKONOMI - Dewasa kini, blog menjadi salah satu platform untuk menjana pendapatan sampingan atau utama ! Percaya tak jika saya katakan ada blogger di Malaysia mampu menjana pendapatan sekitar RM5,000 sebulan melalui blog ??? Mustahilkan ??? Tetapi ianya benar !!! Anda boleh berkunjung ke laman blog beliau di alamat berikut : http://sultanmuzaffar.blogspot.com/ . Ramai yang berjaya dan ramai juga yang gagal. Bagaimana boleh berjaya ? Perlu ada perancangan dan menjana pendapatan melalui blog perlu kepada pemikiran seorang yang berniaga. Bagaimana caranya menjana pendapatan melalui blog ??? Mudah sahaja, anda bina satu blog kemudian kemaskini blog anda setiap hari dan masukkan artikel-artikel yang menarik dan semasa berkaitan tentang apa isu sekalipun. Anda juga boleh sedut dan copy & paste artikel dari mana-mana laman blog lain asalkan ditulis artikel itu berasal dari mana. Pastikan usaha ini berterusan sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai setiap hari, ia merupakan satu advantage (kelebihan) kepada anda !!! :-) Kemudian anda boleh menyertai mana-mana program pengiklanan di mana mereka memberikan anda komisen atau menjual ruang blog untuk iklan terus kepada sesiapa yang mahu. Selain itu, anda boleh menjual blog anda dengan harga yang tinggi !!! [ jangan jual blog peribadi anda ]. Jika anda telah terlalu maniac dengan blog, anda boleh menceburkan diri dalam bidang ProBlogger !!! Nak tahu apa itu ProBlogger boleh emailkan kepada saya.
- DIARI - Mungkin kebanyakan di antara kita yang gemar menulis catatan tentang apa yang berlaku di sekeliling kita setiap hari. Biasanya kaum wanita gemar menulis diari. Betul tak ??? Kita boleh ingat perkara-perkara yang berlaku sekejap tadi, pagi tadi, semalam, dua hari lepas atau minggu lepas tetapi bolehkan kita ingat perkara-perkara yang berlaku bulan lepas atau tahun lepas ????? Tentu tidak boleh kan ??? Inilah masanya untuk menggunakan blog untuk mencatat dan menulis segala perkara-perkara yang berlaku bermula dari hari ini lagi. Saya sendiri gemar menulis sesuatu yang berlaku pada hari ini. Kadang-kadang saya akan membaca tulisan-tulisan saya yang telah lalu untuk mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Blog berfungsi sebagai diari yang paperless [ tanpa kertas ]. Anda tidak perlu kepada kertas dan pen untuk menulis diari. Hanya PC dan sambungan internet. Segala catatan anda akan disimpan di dalam Server laman web blog yang anda daftar (contoh : http://www.blogger.com/).
- BENCHMARK - Blog berfungsi sebagai kayu pengukur tentang siapa diri kita pada masa kini bila dibandingkan siapa diri kita pada masa lalu. Adakah kita masih sama seperti 3 tahun yang lampau ? Adakah masih berangan-angan tak sudah-sudah seperti masa lampau tanpa melakukan apa-apa ? Jadi blog amat sesuai untuk dijadikan kayu pengukur kepada diri kita sendiri.
- PORTFOLIO - Sebagai pernyataan tentang maklumat peribadi anda, kelulusan yang anda ada, kemampuan diri anda dan sebagainya. Amat sesuai untuk anda yang mahu mencari kerja. Katakan suatu hari kelak anda syarikat yang ingin mencari pekerja dengan segera dna menawarkan gaji yang lumayan. Lalu mereka iklankan di dalam akhbar atau mana-mana laman web. Biasanya pemohon akan menghantar resume melalui pos atau tangan. Adalah lebih mudah dan cepat jika resume tersebut dipaparkan melalui blog. Anda hanya perlu memberi alamat blog anda melalui email kepada syarikat tersebut. Mudah & Cepat !!!
- KENALAN - Ya, anda juga boleh mencari kenalan lama dan baru melalui blog. Anda boleh masukkan maklumat mengenai sekolah lama anda, kolej atau universiti atau ceritakan tentang memori dan kenangan indah bersama-sama dengan kawan-kawan ketika belajar dahulu.
- KOMUNIKASI - Dengan memblog anda boleh menambahkan kemahiran komunikasi anda dan membina keyakinan diri anda. Kebanyakan blogger membuat pos berdasarkan isu-isu semasa. Mereka akan menulis pendapat mereka di blog samaada secara emosi atau kajian terperinci. Ia juga akan menggalakkan perbahasan di alam maya. Berbahas di alam maya umpama berbahas dengan orang yang tidak dikenali (anonymous).
- MINAT - Anda boleh menceritakan minat atau hobi anda di blog untuk tatapan dan paparan pengunjung dari seluruh dunia. Untuk lebih mesra maya, anda boleh menggunakan bahasa Inggeris untuk menarik perhatian lebih ramai pengunjung. Sebab itu ada sesetengah suara sumbang menyatakan blogger syok sendiri. Memang benar, kerana itulah cara dan kaedah blogger. Terpulang kepada individu masing-masing untuk menerimanya dan mentafsirnya.
- MENJUAL DIRI - Don't judge by it's cover ! Jangan sangka buruk tanpa membaca dengan teliti penerangan ini. MENJUAL DIRI di sini bermaksud mewar-warkan kepada dunia tentang siapakah anda dan apa yang ada pada diri anda. Ilmu anda, kepakaran anda dan kemampuan diri anda. Jual kemampuan diri anda melalui blog.
- ILMU - Sebagai alat/platform untuk perkongsian ilmu. Sebagai contoh seorang pakar memasak boleh berkongsi idea dan ilmu memasaknya melalui blog. Beliau boleh mengepos apa-apa artikel mengenai masakan dan tips memasak dengan mudah, murah dan cepat.
Itu adalah 10 sebab yang saya paparkan untuk tatapan anda. Malah ianya boleh jadi lebih daripada itu. Bergantung kepada sebab mengapa anda perlu blog. Jadi, tak rugi jika anda blog. So, start it TODAY ! Don't waste your time brother !
~ Al-Farabi
Sunday, April 27, 2008
Absolutely Windows 2000 Log On Screen
Add a shortcut to XP-Style Start Menu
Right click any application icon in Start Menu, on the desktop or in Explorer and select "Pin to Start Menu". Alternatively just drag and drop the icon to the Start button.
Salam Perjumpaan Lagi...
Selama 5 hari di sana, bermacam-macam pengalaman dan pengetahuan yang didapati. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya minda yang kosong ini terisi dengan isi yang berguna dan bermanfaat. For your information, Grisoft have relesead a new AVG Free Edition 8.0. Feel free to surf there :-

~ Al-Farabi
Sunday, April 20, 2008
2008 TAHUN BAHAYA ?
Adakah kita akan mengalami kekurangan beras yang teruk ?
Adakah ini wajah dunia pada tahun ini atau dalam masa 20 tahun dari sekarang ?Dengan peningkatan harga minyak dan bekalan makanan dunia dalam mesyuarat pertubuhan bantuan sedunia itu, Carlo Cirri pernah meluahkan : “Tahun 2008 adalah tahun yang sangat berbahaya.”

Klik gambar ini untuk info tepian :>>>
Ketika itu ramai peserta mesyuarat meluahkan pendapat yang sama tetapi mengharapkan keadaan akan cepat pulih. Namun, kebimbangan Carlo Cirri menjadi kenyataan. Sejak penghujung tahun lalu, protes rakyat ke atas kekurangan bekalan dan harga makanan yang melonjak mula tercetus dari satu negara ke satu negara lain.
Negara-negara termiskin dunia terutamanya di benua Afrika antara yang paling cepat merasai krisis makanan dan komoditi global ini. Daripada mogok pengguna sehinggalah ke pemandu teksi, banyak protes yang melibatkan keganasan berakhir dengan kematian.
Negara miskin, Haiti, majoriti rakyatnya yang hidup dengan pendapatan sekitar RM6.24 sehari turut menyaksikan ketegangan paling hebat. Akibat kegagalan kerajaan Perdana Menteri, Jacques Edouard Alexis, meningkatkan pengeluaran makanan, rakyat bukan sahaja merusuh dan berbunuhan bahkan kerajaan Alexis ditumbangkan oleh parlimennya.
Dari negara-negara miskin, fenomena krisis makanan mula menyerang negara-negara yang menjadi pengimport hasil pertanian asas seperti gandum, beras dan soya. Filipina sebagai pengimport terbesar beras dunia menerima tamparan awal sehinggakan rakyatnya kini berbaris di jalan raya meminta Presiden Gloria Macapagal Arroyo meletakkan jawatan.
Negara lain yang mula menyaksikan ketegangan akibat fenomena terbaru dalam sejarah dunia ini termasuklah Bangladesh, Pakistan, Cameroon, Mesir dan Argentina. Pertubuhan Makanan dan Pertanian Amerika Syarikat (AS) menjangkakan 37 buah negara dunia akan berdepan dengan krisis bekalan makanan terburuk pada milenium baru ini.
UNESCO dalam satu kenyataan memberitahu, sejak setahun lalu, harga gandum di pasaran dunia melonjak hingga mencecah 130 peratus manakala kacang soya pula meningkat sehingga 87 peratus. Harga beras dunia pula sejak lima tahun lalu meningkat tiga kali ganda. Menurut Jabatan Pertanian AS, peningkatan harga beras yang menjadi makanan asasi berbilion penduduk Asia itu adalah yang paling tinggi dalam tempoh dua dekad, sedangkan penghasilannya pula antara yang terendah sejak awal tahun 1980-an.
Malaysia walaupun bukan pengimport besar beras, namun dengan kebergantungan 30 peratus bekalan beras negara dari Thailand dan Vietnam, penduduk negara ini sudah mula merasai bahang krisis itu. Walaupun kenaikan harga beras Malaysia tidak seteruk di Filipina, namun fenomena itu sudah pun tiba. Sejak beberapa hari lalu, kenaikan harga beras dirasai di pasaran tempatan dengan kenaikan sekitar antara 10 hingga 20 peratus.
Walaupun Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa mengumumkan penambahan stok beras negara sebanyak 600,000 tan metrik, namun Mohd. Yusof menggesa agar kerajaan mengambil langkah segera kerana pihaknya sudah mula menerima laporan beberapa kawasan kehabisan bekalan beras.
Melihat kepada fenomena krisis dunia itu, ramai yang menuding jari kepada peningkatan harga bahan api dunia. Harga bahan api dunia pada tahun 2006 ialah pada sekitar AS$78 setong, namun terus meninggi melepasi angka AS$100 setong pada penghujung tahun lalu. Tanpa menampakkan tanda untuk pegun, harga bahan api melonjak lagi ke paras tertinggi pada harga AS$112.78 setong beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, bagi Pengarah Besar Institut Penyelidikan Polisi Makanan Antarabangsa di Washington, AS, Joachim von Braun, dunia kini sebenarnya berada dalam keadaan terhimpit.
“Kita berada dalam keadaan yang terlalu sukar. Peningkatan harga minyak bukanlah satu-satunya punca fenomena krisis makanan yang tidak sepatutnya berlaku pada zaman moden ini,” ujarnya.
Perubahan iklim dunia turut memburukkan fenomena itu. Penuaian tanaman di kebanyakan negara di dunia dimusnahkan oleh cuaca tidak menentu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Kemarau panjang menyebabkan petani gandum dan jagung di Australia dan di selatan Afrika muflis manakala banjir pula memusnahkan tanaman petani di timur Afrika.
“Salji tebal yang berpanjangan pula menyukarkan petani di China sementara utara Eropah menyaksikan cuaca panas yang berpanjangan,” ujar von Braun. Memburukkan lagi keadaan, peningkatan harga bahan api yang ketara sejak tiga tahun lalu menyebabkan banyak kerajaan di seluruh dunia menggesa ditingkatkan bahan api alternatif iaitu bahan api bio.
Lantaran itu, ramai petani yang beralih daripada menanam jagung, tebu dan gandum untuk sumber makanan lain sebaliknya menjadikan ia sebagai bahan api. Subsidi etanol di AS sahaja contohnya menggoda ribuan petani untuk tidak mengeluarkan makanan berasaskan tanaman.
Kombinasi daripada itu bagi von Braun telah memburukkan bekalan makanan dunia malah menguatkan lagi kenyataan Carlo Cirri, bahawa tahun 2008 sebagai tahun yang berbahaya jika tiada usaha dilakukan.
Selain kebuluran dan keganasan yang sudah mula tercetus di beberapa negara dunia, kanak-kanak dilihat antara mangsa yang paling menyedihkan. Di beberapa buah negara seperti di Bangladesh dan Haiti, sudah ramai ibu bapa yang mengeluarkan anak-anak mereka dari sekolah lantaran tidak mampu membayar kos pembelajaran.
Lebih buruk lagi, semakin ramai kanak-kanak yang kini menjadi buruh apabila dipaksa bekerja untuk menambahkan pendapatan keluarga bagi membeli bahan makanan. Namun, satu ramalan yang paling menakutkan ialah fenomena krisis makanan dunia bukan sahaja akan menyebabkan rakyat berpendapatan rendah menderita kebuluran, tetapi rakyat berpendapatan sederhana juga bakal kelaparan.
Selain bantuan kewangan dari negara besar dan Bank Dunia, Penasihat bahagian Ekologi dan Sains UNESCO, Guilhem Calvo menggesa agar kebanyakan kerajaan dunia melakukan revolusi pada sektor pertanian masing-masing. “Sains moden perlu dipraktikkan dalam pertanian. Pertanian organik mungkin salah satu cara yang boleh diperluaskan,” kata Calvo.
Memandangkan Malaysia cuma mengimport kira-kira 30 peratus keperluan beras, beliau berpendapat tempoh satu hingga tiga bulan adalah memadai sebagai panduan untuk tempoh stok penimbal.Bagaimanapun, katanya adalah lebih baik jika stok penimbal beras ditentukan berasaskan satu formula atau model yang dapat mengambil kira keadaan cuaca, agronomi dan pasaran.
“Model atau formula ini akan menjadi satu sistem amaran awal dengan membuat unjuran tentang situasi pengeluaran, perubahan cuaca dan mungkin ancaman serangga perosak,” katanya. Walaubagaimanapun, melihat kepada kecemasan bekalan makanan dunia hari ini, ramai yang berharap agar fenomena tersebut segera reda.
Berapa lamakah krisis ini akan berlangsung? Kata von Braun: “Ramalannya sangat suram.”
Saturday, April 19, 2008
PERNIAGAAN INTERNET atau PELABURAN INTERNET ?

Tentu anda dapat menangkap beberapa tips yang beliau berikan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet ? Tak mengapa, anda boleh dengar berkali-kali kerana khidmat ini adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran. Sekadar hendak berkongsi ilmu sesama saudara. Jika hendak tahu lebih lanjut mengenai perniagaan internet, anda boleh email kepada saya di alamat berikut : myhottips@yahoo.com
Monday, April 14, 2008
BLOG DAN PENDIDIKAN
Aplikasi blog semakin popular dan menjadi gaya terkini komunikasi. Kewujudan blog menjadikan komunikasi maya semakin interaktif dan menarik. Kewujudan blog juga telah merancakkan dimensi dan aplikasi bahasa utama dunia dalam pelbagai aspek, terutamanya di dalam bidang pendidikan.
Blog berasal daripada perkataan Inggeris iaitu web log dan dipendekkan kepada blog sahaja oleh pengamal dan pengendali terawal laman blog di Amerika Syarikat. Sehingga kini, belum ada istilah dalam bahasa Melayu yang sesuai yang merujuk kepada blog. Blog seolah-olah merupakan sebuah buku catatan harian peribadi, diari atau jurnal dalam talian yang sangat unik, yang membolehkan pembaca maya meninggalkan ulasan dalam bentuk format interaktif. Hal ini dapat mewujudkan komunikasi dua hala dengan perkongsian idea dan pendapat tentang pelbagai perkara dalam kalangan pemblog (blogger) atau kumpulan yang berinteraksi melalui blog.
Blog juga umpama laman sesawang peribadi yang boleh dibina secara percuma, mudah dan praktikal. Kelebihan inilah yang menjadikan blog sebagai tarikan dan mampu menjadi medium interaktif terbaik dalam bidang pendidikan, terutama dalam komunikasi antara guru dengan pelajar. Jika sebelum ini, guru akan mengarahkan pelajar menyediakan kerja kursus, laporan, kerja rumah, dan lain-lain, kini, masanya telah tiba bagi guru dan pelajar berinteraksi melalui blog. Melalui blog guru dan pelajar dapat dapat berinteraksi dengan mudah tentang hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru boleh memberikan tugasan kepada pelajar agar melalui blog, sementara, pelajar boleh mengemukakan soalan tentang hal-hal pembelajaran. Blog berupaya mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang santai, menarik dan menyeronokkkan. Blog boleh dijadikan medium bantuan mengajar dan melaksanakan aktiviti pembelajaran atas talian (online) atau e-pendidikan.
Guru bahasa umpamanya, boleh menyemak dan memperbetulkan susunan ayat, tatabahasa dan sebagainya, isi kandungan blog pelajar. Manakala, guru seni pula boleh memberikan cadangan untuk penambahbaikan blog agar lebih persembahannya lebih kreatif, segar dan menarik. Guru mata pelajaran lain pula boleh membantu pelajar dalam pembelajaran seharian, latih tubi atau tuisyen melalui blog yang boleh dilayari pada bila-bila masa sahaja.
Guru Agama, guru Kaunseling dan guru pendidikan Moral pula boleh memantau etika dan akhlak pelajar agar tidak memasukkan unsur-unsur negatif ke dalam blog atau melayari blog yang isi kandungannya tidak sesuai atau memuatkan perkara-perkara yang negatif. Di samping hal itu, para pelajar juga perlu diingatkan agar tidak melanggar undang-undang harta intelek seperti perlanggaran hak cipta, memuat turun teks dan grafik tanpa kebenaran pemiliknya yang sah dan sebagainya.
Melalui blog juga guru boleh menyediakan rancangan mengajar, petua belajar dan sebagainya yang merupakan rujukan yang amat berfaedah kepada pelajar. Melalui blog juga, guru boleh memuat turun subjek yang berkaitan dengan pengetahuan am, subjek motivasi, rencana, esei, dan lain-lain yang sesuai dan berkaitan dengan pembelajaran di sekolah. Hal ini akan berupaya mewujudkan golongan guru dan pelajar yang lebih kreatif, dinamik, mempunyai nilai tambah, mesra internet dan celik komputer, serta celik sains dan teknologi. Secara tidak langsung, hal ini akan mempengaruhi dan memberikan kesan kepada sistem pendidikan negara yang lebih dinamik, kompetitif dan komprehensif seiring dengan sistem pendidikan di negara maju.
*** Artikel ini dipetik dari MAJALAH DEWAN BAHASA [ EDISI MAC 2008], hasil tulisan Madzlina Haji Nordin, guru di Sekolah Kebangsaan Tanjung Dawai, Kedah.
~ Al-Farabi
