:: iklaneka ::

Showing posts with label free antivirus. Show all posts
Showing posts with label free antivirus. Show all posts

Saturday, July 4, 2009

Beza Antivirus Free dengan Antivirus Berlesen

Apa itu Antivirus? Antivirus merupakan perisian yang dibangunkan untuk mengawal, mencuci dan seterusnya membuang mana-mana virus-virus komputer atau malware (malicious software) yang semakin hari semakin banyak ada di internet. Setiap hari, akan ada virus atau malware yang akan dibangunkan dan disebarkan melalui pelbagai cara terutama sekali internet.

Cuba anda perhatikan ketika anda melayari internet, setiap kali anda akses laman-laman web tertentu, anda boleh lihat satu tetingkap yang baru akan muncul di hadapan anda. Saiz tetingkap ini tidak besar, mungkin dalam 500 X 400 piksel dan sebagainya. Inilah yang dipanggil sebagai pop-up advertisement. Kebanyakan browser internet (seperti Mozilla firefox, Internet Explorer, Opera) mempunyai satu teknologi yang dipanggil pop-up blocker. Teknologi ini didatangkan dalam bentuk add-ons atau plug-ins. Pop-up blocker bertindak sebagai penapis atau penghalang kepada tetingkap tambahan kecil yang akan muncul apabila anda melayari mana-mana laman web. Ia akan menghalang dan seterusnya menutup tetingkap tersebut secara paksaan atau pilihan kepada pengguna.

Satu lagi permasalahan yang biasa timbul ialah ketika pengguna mencucuk pendrive/thumbdrive kedalam port USB, tetingkap pilihan menu untuk pendrive/thumbdrive tersebut tidak keluar. Apabila anda buka My Computer kemudian double klik pada drive pendrive/thumbdrive (mungkin drive e, f, g, h - bergantung pada PC/laptop pengguna), satu tetingkap "Open With" akan muncul. Inilah dipanggil sebagai "Autorun.inf script". Kemungkinan besar dalam pendrive/thumbdrive tersebut ada satu fail .inf yang dipanggil sebagai "Autorun.inf" . Fail .inf inilah yang menyebabkan pendrive anda tidak berapa berfungsi. Ada caranya bagaimana nak menangani masalah ini. Perkara ini akan kita bincangkan pada tips yang akan datang.

Saya akan menceritakan perbezaan di antara Antivirus Free dengan Antivirus Berlesen (License). Antara perbezaannya adalah seperti berikut :

  • Antivirus Free sekarang sudah mempunyai teknologi anti-spammer, antivirus scanner, antivirus guard, anti-worms, anti-dialer, anti-spyware dan ada sesetengah antivirus free mempunyai teknologi parental control yang berfungsi untuk menapis dan menyekat mana-mana kandungan internet yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.
  • Antivirus Berlesen terbahagi kepada dua : 1) Antivirus Basic 2)Internet Security (Full Protection). Mempunyai segala perlindungan penuh untuk satu pc. Built-in dan advanced pun disertakan sekali dengan antivirus berlesen.
  • Antivirus Free sememangnya free of charge dan tak perlu keluarkan duit untuk dapatkannya. Begitu mudah dan ringan serta ringkas cara penggunaannya.
  • Antivirus Berlesen perlu dibeli di kedai-kedai komputer atau melalui internet. Harganya berbeza-beza bergantung kepada jenama dan jenis pakej antivirus tersebut.
  • Tempoh kemudahan kemaskini antivirus free tidak terhad. Ianya bergantung kepada selama mana kita guna antivirus tersebut. Tetapi kadar kemaskini atau jumlah kemaskini pada satu hari amat terhad.
  • Manakala antivirus berlesen biasanya akan expired dalam masa setahun atau dua tahun. Bila dah expired, maka pengguna mesti beli lesen yang baru untuk setahun atau dua tahun. Namun begitu kemudahan kemaskini antivirus tersebut boleh dilakukan dalam pakej yang penuh dan perlindungan yang menyeluruh. Proses kemaskini ini akan dilakukan secara automatik dari komputer pengguna asalkan talian internet sentiasa ada / online.
  • Biasanya antivirus free akan disertai atau didatangkan dengan advert atau iklan untuk pakej premium kepada antivirus free tersebut. Ini menyebabkan komputer pengguna akan mengalami sedikit kelambatan dan memungkinkan untuk komputer 'hang' atau terlekat buat beberapa ketika.
  • Antivirus berlesen tidak akan disertakan atau didatangkan dengan advert kerana modul dalam kebanyakan antivirus jenis ini menyekat fungsi advert atau iklan.
Sebenarnya banyak lagi perbezaan antivirus free dan berlesen ni. Anda hanya perlu 'trial and error' kemudian barulah anda boleh buat kesimpulan dari apa yang anda guna. Antivirus berlesen dah tak mahal sekarang. Sebagai contoh Antivirus Kapersky untuk 3 user harganya baru saja mencecah RM59. Manakala Internet Security Kapersky untuk 3 user harganya baru saja mencecah RM90. Jadi mahal ke murah? Mestilah murahkan? Berbaloi untuk mendapatkan satu perlindungan bagi komputer anda. Percayalah.

Tuesday, April 7, 2009

TWITTER : What are you doing now???


TWITTER is a service for friends, family and co-workers to communicate and stay connected through the exchange of quick, frequent answers to one simple question : What are you doing ? - Sekarang ni dah ramai usahawan ebiz yang menggunakan servis ni untuk membantu bisnes mereka dan memajukan lagi bisnes mereka.

Secara ringkasnya TWITTER ni digunakan untuk memberi info mengenai pergerakan atau gerak geri kita setiap ketika atau setiap hari kepada pelawat2 web atau blog kita. Sebagai salah satu cara kita nak menjaga hubungan dengan customer kita dan salah satu strategi marketing juga sebenarnya.

Anda boleh cuba sekarang juga! Servis ni semestinya FREE OF CHARGE !!! Tak perlu bayar apa2. Mudah jer nak register, just a simple click then you are on!
Anda berminat ? Daftar sekarang dengan klik di sini >>> TWITTER !
-----------------------------------------
SEDIKIT CORETAN DESIGN
-----------------------------------------
Saya terpegun melihat banyak website yang menawarkan perisian, servis dan produk yang Open Source kelihatan simple dan menarik. Tidak menyusahkan mata kita dan kita tidak rimas dengan pelbagai design yang tidak sepatutnya ada. Sebagai contoh website TWITTER yang begitu simple dan ringan untuk digunakan. Website Mozilla yang begitu simple, tenang dan begitu mudah untuk difahami ayatnya.
Oleh kerana itu, saya pun nak design blog saya ni macam tu jugaklah. Senang, ringan, cantik, simple dan menarik untuk diterokai. Banyak2 meneroka artikel posting yang ada dalam blog saya ini untuk dapatkan lebih info dan maklumat yang berguna untuk anda.

Sunday, April 27, 2008

Salam Perjumpaan Lagi...

Assalamualaikum and Salam Sejahtera dan Bahagia kepada semua rakan-rakan pelawat yang dikasihi dan dihormati. Saya minta maaf kerana tidak memaklumi kepada rakan-rakan sekalian akan pemergian saya yang sementara selama 5 hari. Saya telah menghadiri satu kursus di Melaka.

Kursus yang lebih membincangkan perkara-perkara dan isu-isu mengenai integriti. Bosan dan melenakan pemikiran. Tetapi banyak pengisian yang bermanfaat. Tak mengapa. The most important thing is "THINK POSITIVE".

Selama 5 hari di sana, bermacam-macam pengalaman dan pengetahuan yang didapati. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya minda yang kosong ini terisi dengan isi yang berguna dan bermanfaat. For your information, Grisoft have relesead a new AVG Free Edition 8.0. Feel free to surf there :-



~ Al-Farabi

 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com