:: iklaneka ::

Wednesday, June 24, 2009

Tiada Halangan Bagi Blogger Untuk Menulis

Blog merupakan salah satu medium untuk penulis-penulis mengutarakan sebarang pendapat atau idea yang bernas dan membina kepada pembaca dan pihak-pihak tertentu. Blog juga boleh dijadikan sumber rujukan sebagaimana laman web akhbar tidak kira akhbar arus perdana atau tabloid. Ia merupakan salah satu kaedah penyampaian berita terkini yang sensasi sekarang ini. Begitu popular dan amat digemari oleh ramai golongan penulis tidak kira penulis sambilan atau penulis sepenuh masa.

Pada 18 Jun 2009, saya merujuk kepada kenyataan akbar Utusan, Kerajaan tidak bercadang menyenarai hitam atau menghalang operasi pengendali laman web dan blog sungguhpun mereka terikat dengan peruntukan undang-undang.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan bagaimanapun jika berlaku pelanggaran undang-undang maka kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengheret mereka ke muka pengadilan.

Menurutnya, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang memberi kandungan bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik.

Walaupun begitu, mengikut peraturan dan undang-undang antarabangsa siber, blogger yang membuat kenyataan bertulis melalui blog tidak boleh dikenakan sebarang tindakan undang-undang kerana mereka hanya menyampaikan maklumat yang diterima. Manakala maklumat yang diterima itu tidak semestinya benar atau salah.

Begitu juga dengan media konvensional, tidak ada cara untuk memastikan maklumat yang diterima itu benar atau salah kerana tidak semua maklumat itu benar. Sebagai contoh, isu wabak H1N1, mengikut kenyataan beberapa individu yang berautoriti di Malaysia menyatakan Malaysia selamat dari H1N1 sedangkan beberapa orang rakyat Malaysia yang pulang dari negara-negara yang telah dilaporkan diancam wabak tersebut berjaya memasuki negara tanpa sebarang prosedur kuarantin atau langkah berjaga-jaga.

Di mana silapnya? Kita sama-sama berfikir. Sebenarnya ledakan maklumat yang ada di internet begitu mengkagumkan. Berita atau maklumat yang hendak disampaikan begitu mudah dan cepat. Bahkan cara penyampaiannya begitu ringkas dan tidak perlu melalui prosedur yang banyak dan rumit. Berbanding dengan media konvensional yang perlu melalui prosedur-prosedur tertentu sebelum boleh dipaparkan di medium-medium seperti akhbar, tv, radio dan sebagainya yang perlu melalui prosedur-prosedur seperti penapisan, kelulusan, perbincangan dan penyuntingan.

Jadi untuk memudahkan kerja-kerja penyampaian, blog merupakan medium alternatif bagi penulis atau wartawan untuk menyampaikan maklumat/berita. Mudah, ringkas, cepat dan berkesan! Itulah moto bagi blogger yang ingin menyampaikan maklumat/berita melalui blog secara sepenuh masa atau secara sambilan.

Blog-blog yang dikendalikan oleh wartawan-wartawan tanahair yang terkenal A. Kadir Jasin, MSO dan ramai lagi menjadi turutan bacaan bagi ramai pembaca blog tanahair. Berita yang tidak didedahkan dalam media konvensional, ada dalam blog. Ulasan, kupasan dan komentar penulis berkenaan isu-isu semasa tanahair menjadi bahan rujukan utama pembaca yang setia.

Monday, June 22, 2009

Anak bangsa yang lemah

Saya terkedu bila melihat beberapa keping gambar yang diambil dari blog seorang wartawan politik. Begitu sedih dan menyentuh hati. Risau dan bimbang jika generasi penerus kepimpinan negara kita berkelakuan dan bertingkah laku seperti dalam gambar tersebut. Bagaimanakah masa depan negara jika negara dan masyarakat Malaysia dipimpim oleh orang seperti dalam gambar tersebut.

Bila melihat gambar-gambar tersebut, saya teringatkan sepupu-sepupu di kampung. Begitu bimbang jika ada yang terpengaruh dengan kawan-kawan. Kawan-kawan banyak pengaruhnya kepada kita. Tetapi tak semua pengaruh itu terletak pada kawan-kawan. Kadang-kadang tekanan dari keluarga seperti ibubapa, adik-beradik dan sebagainya boleh memberi impak yang besar kepada pemikiran dan akal budi remaja tersebut.

Ada sesetengah pihak menyatakan pihak sekolah perlu dipersalahkan dalam hal dan permasalahan yang melibatkan golongan belia remaja ini. Maka kelam-kabutlah Menteri Pelajaran menyusun pelbagai aktiviti dan program untuk menangani permasalahan ini. Manakala agensi-agensi kerajaan yang lain serta NGO-NGO yang mengambil berat tentang permasalahan ini turun padang untuk cuba menyelesaikan permasalahan ini secara total. Namun permasalahan semakin hari semakin menjadi-jadi.

Kenapa terjadi sedemikian rupa? Sebenarnya semua pihak perlu sama-sama bijaksana untuk bekerjasama dalam menyelesaikan permasalahan ini. Jangan asyik saling tuding-menuding jari macam ular tedung. Tak selesai masalah sampai bila-bila. Apa yang pasti, permasalahan seperti ini tidak boleh dibiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Bahkan semua pihak perlu mengambil inisiatif masing-masing untuk sama-sama menangani permasalahan ini.

Jangan ambil sikap lepas tangan saja. Jika ada anggota masyarakat yang terlihat sesuatu yang luar biasa maka kenalah tegur. Budaya tegur-menegur perlu dipraktikkan secara meluas tapi jangan sampai berkejar-kejar dengan parang selepas ditegur. Buruk bunyinya. Zaman dahulu kala, orang tua dan jiran tetangga suka menegur kesalahan dan kesilapan anak cucu cicit kita. Sampaikan ada yang tutup aurat pun ditegur. Tapi sekarang nak tegur anak gadis yang tak tutup aurat, boleh kirim salam. Yang diharapkan agar menegur tu pulak yang ambil kesempatan mengurat anak dara orang. Kata mereka suka tengok anak dara yang tak tutup aurat. Dah rezeki, kata mereka. Itu namanya rezeki dosa bukannya rezeki pahala.

Jika ada yang cuba memberi sejuta alasan untuk mengurat anak dara orang, maka lambat laun negara ini akan dimusnahkan dengan sejuta alasan tersebut. Jadi sama-samalah kita berfikir dan merenung bagaimana nak menyelesaikan permasalahan tersebut secara bijaksana dan berhikmah.

Tulisan penuh artikel tersebut boleh dilayari di sini : http://msomelayu.blogspot.com/2009/06/padamkan-mata.html

Thursday, June 18, 2009

Bagaimana software menjadi virus ?

Mungkin kita pernah mengalami peristiwa sebegini :

a) Mendapat iklan banner dari internet, iklan tersebut menyarankan kita muat turun (download) software yang diiklankan itu. Mungkin software antivirus atau spyware atau software screen saver yang lawa2 dan cantik2 belaka.

b) Iklan banner yang menyarankan kita untuk melanggan kemudahan2 tertentu seperti advertisement, adwords, scan virus dan sebagainya.

c) Apabila muat turun software2 tertentu, kita diminta untuk membeli software full version tersebut setelah digunakan selama beberapa tempoh tertentu.

d) Tiba2 PC anda hang atau jammed kerana akses software2 tertentu.

e) Tiba2 PC restart secara automatic.

Pelik kan? Memang pelik tetapi benar. Sebenarnya itulah dinamakan timing bomb versi baru. Satu software yang direka dan dibangunkan untuk memecah masuk PC user kemudian cuba untuk take over PC kita secara senyap2. Maka jadilah virus secara tidak sengaja. Virus yang diumpan masuk ke dalam PC kita sendiri dalam bentuk software yang baik dan berguna.

Jadi sebagai reminder, anda dinasihatkan agar berhati2 dengan mana2 iklan yang tiba2 muncul di skrin PC anda ketika anda khusyuk surfing internet atau chatting. Jangan terus klik pada iklan tersebut atau klik 'X' pada window tersebut. Kaedah yang terbaik ialah dengan tekan Ctrl + Alt + Del pada keyboard anda kemudian klik window yang sedang ditayangkan di skrin anda itu kemudian klik 'End Task'. Maka akan hilanglah iklan tersebut.

Satu lagi, jangan pandai2 nak download mana2 software yang ada di internet. Software2 yang ada di internet 70% jahat dan 30% baik. Percayalah saya. Hehehe... Saya dah surf internet ketika zaman awal internet lagi. Bukan nak cakap besar tapi nak cerita pengalaman yang tak seberapa. Dapatkan nasihat dari pakar2 terlebih dahulu sebelum download mana2 software.

Wednesday, June 17, 2009

Kenapa Anti Virus Avira Free tak function?

Salam, hari ni saya dapat pertanyaan dari seorang kawan. Dia datang dengan skuternya terus berhenti depan saya. Dia terus bertanya kepada saya, kenapa anti virus avira free edition tak function? Maksudnya dua tiga modulnya tak berfungsi betul-betul. Saya jawab mudah sahaja, mungkin proses instalasinya tak habis dan ada file-file systemnya hilang atau terlepas (missing file system). Jadi untuk solve (selesai) masalah ini, updates dulu virus definition avira. Kemudian cuba restart komputer (pc/laptop). Jika masalah yang sama masih tetap berlaku, uninstall avira anti virus tu kemudian install balik anti virus avira tu. Mudah saja.

Bila dah habis install, updates virus definition avira sampai benar-benar complete. Peringatan : Masa install anti virus avira tu, jangan buat operasi lain atau buka software2 lain. Biarkan instalasi tersebut selesai terlebih dahulu. Bila dah habis updates, restart komputer (pc/laptop). Then cuba scan komputer dengan avira anti virus tersebut. InsyaAllah ada hasil yang baik dan avira akan kembali normal.
Selamat mencuba!

Saturday, June 13, 2009

TERMINATOR SALVATION - Satu penilaian

Minggu lepas saya sempat layan movie TERMINATOR SALVATION. Bukan main sedap lagi movie ni. Dari awal hingga akhir memang penuh dengan aksi yang mendebarkan. Terkejut, dikejutkan dan mengejutkan diri kita. Dengan visual effect yang menarik. Sound effect yang jelas dan amat menggiurkan. Tetapi setelah diselidiki beberapa kali setelah habis movie ni, saya dapat ambil beberapa nota yang boleh kita fikirkan bersama :

  1. Betulkah teknologi tersebut akan muncul dan akan digunakan dalam amalan peperangan moden sekarang ini? Untuk pengetahuan pelawat sekalian, movie ini menceritakan pengalaman manusia berperang dan menentang kezaliman askar robot yang direkacipta oleh manusia sendiri. Ia merupakan revolusi dan manifestasi dari pemikiran komputer yang telah mencapai tahap kecerdikan radikal.
  2. Adakah ianya suatu khayalan semata-mata sedangkan barat dan timur sekarang ini sedang bertungkus-lumus untuk membina robot yang bersifat kemanusiaan. Bukan sekadar robot yang boleh buat kereta sahaja malah robot yang boleh buat robot.
  3. Benarkah perang nuklear akan memusnahkan semua spesies manusia? Sedangkan ramai lagi manusia yang hidup ketika itu?
  4. Bolehkah kita meneruskan survival di dalam suasana yang tidak ada pokok, air kurang dan haiwan banyak yang mati dan ada yang terus pupus disebabkan perang nuklear?
  5. Akhir sekali, adakah peristiwa dalam cerita ini kita samakan dengan peristiwa Ya'juj dan Ma'juj yang diceritakan dalam Al-Quran? Adakah producer cerita ini sudah mengkaji Al-Quran terlebih dahulu kemudian mendapat idea hasil dari kajian tersebut? Tak mustahil kerana barat memang suka mengkaji Al-Quran bahkan banyak teknologi yang ada sekarang ini bertitik tolak dari kajian terhadap Al-Quran.
Secara kesimpulannya, cuba kita renungkan nota-nota tersebut di atas. Benarkah atau sebaliknya? Kita berfikir untuk mencari jawapan. Saya tak sempat nak baca review filem tersebut sebab terlampau padat dengan aktiviti harian. Esok ada majlis besar kat ofis. Saya kena buat persediaan yang rapi dan memastikan slide show berjalan lancar. Kalau ada robot, senang saja ceritanya. Buat algoritma dan arahkan robot buat. Selesai kerja. Tetapi itu semua adalah satu khayalan yang mungkin akan menjadi realiti. Mungkin masa itu saya dah tiada di dunia ini. Namun begitu, kita harapkan umat Islam terus teguh berdiri mempertahankan Islam walau di mana jua kita berada.

Kita jangan minta malapetaka datang tetapi kita minta agar kita sentiasa selamat dan bahagia dengan Islam yang kita pegang dan amalkan sepanjang hayat kita. Kita adalah umat yang terpilih dan mendapat rahmat Allah taala. Jadi manfaatkan sepenuhnya kelebihan ini. Gunakan untuk kebahagiaan alam sejagat.

Friday, June 5, 2009

OpenOffice.org 3.0 - Satu ledakan kebebasan !

Ramai member2 saya yang joint kursus OpenOffice.org 3.0 kat satu agensi kerajaan. Bukan main suka diorang pergi kursus. Syoknya... Diorang kata kursus tu tak macam kursus. Apa maknanya? Saya pun terfikir, apa dia kursus yang tak macam kursus? Satu persoalan yang pelik tapi boleh diterima logiknya. Kalu ikut algoritma programming, sintaks else.. if kena guna pakai dalam persoalan ini. Jika ada kursus maka adalah kursusnya, jika tak ada kursus maka akan ada kursus yang lain. Mungkin anda tak berapa faham, begitu juga saya. Saya cuba untuk memahamkan diri saya sendiri dan diri anda.

Malam ini ada program kat ofis. Program yang kebangsaan punya. Tapi saya buat2 tak tahu saja. Malas nak layan sangat. Lebih baik fokus pada study buku yang nak dibedah bulan depan. InsyaAllah. Kepada rakan2 pelawat yang dikasihi sekalian, insyaAllah saya akan berusaha dan berikhtiar untuk meninggalkan sesuatu yang berharga kepada anda semua amnya dan umat Islam khasnya sebagai satu sumbangan ilmu yang tidak ternilai harganya. Mungkin peninggalan akan diguna pakai 10 tahun atau 20 tahun akan datang.

Pepatah melayu "Haiwan mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama" sudah tidak boleh diguna pakai dalam Islam. Itu pada hemah saya. Manusia mati seharusnya meninggalkan amal kebaikan dan kebajikan kepada saudara2 seIslamnya dan agama Islam itu sendiri. Kita hidup perlulah ada sumbangan kepada semua makhluk di atas muka bumi ini. Itulah salah satu kata2 guru saya.

Hidup tidak berteman tidak mengapa, tapi mati berteman perlu dan wajib.

Tuesday, June 2, 2009

Mudah juga jadi judges...

Penat juga jadi judges tapi puas hati sebab kita dah buat setakat yang termampu. Ramai orang kata jadi judges kenalah buat seadil mungkin. No bias kepada mana2 side. Kena benar telus or transparent. Tak boleh tergopoh-gapah dan gelabah. Kena relax dan cool jer. Walau apapun yang berlaku, kita kenalah sentiasa self motivate diri kita untuk jadi yang terbaik.

Beberapa hari yang lepas, saya buat pertama kali jadi judges untuk pertandingan kuiz. Bukannya mudah. Macam2 kerenah peserta nak kena layan. Tambahan pula peserta tu di kalangan kanak2 dari kaum India. Lagilah pening kepala sikit. Itu satu pengalaman yang bermakna dan berharga buat saya sejak bertapak di kota yang penuh kesibukan dan kekacauan. Walau apapun yang terjadi kota ini, namun istilah Islam dan amal Islami itu sentiasa ada dan tidak pernah luput dari ingatan dan amali penduduk kota ini.

Saya berani katakan kota ini meriah juga dengan aktiviti agama walaupun aktiviti maksiat di sana-sini boleh dilihat.

Monday, June 1, 2009

Excel Handbook on the way...

Dua tiga hari lepas dok diskus dengan member2. Dari pemerhatian dan kaji selidik tidak rasmi yang dibuat, saya dapati ramai lagi di kalangan masyarakat Malaysia ni yang tak tahu dan tak pandai langsung pakai software spreadsheet atau dalam bahasa Melayunya - Hamparan Elektronik. Nak lagi faham, Microsoft Excel. Itulah software yang kita biasa guna untuk buat jadual, akaun, simpan kira-kira yang simple, graf dan sebagainya. Kebanyakan kepenggunaannya (usability) lebih kepada mathematical calculations atau pengiraan matematik.

Terdetik di hati saya nak buat satu buku yang akan menceritakan perihal Excel ni. InsyaAllah. Saya kaji dan selidiki buku2 yang ada di pasaran, kebanyakan buku-buku atau manual Excel ini lebih ke arah teori 70% dan praktikal 30%. Jadi, pembaca2 tak boleh nak praktikkan betul2 sebab bila baca buku2 tu, pembaca akan berkhayal dan berimaginasi terlebih dahulu sebelum buat atau praktik teori tersebut. Itu merupakan sedikit kegagalan dalam penyampaian ilmu kepada para pembaca.

Saya akan usaha untuk ubah kaedah penyampaian buku teknikal yang melibatkan software ini ke arah yang lebih memahamkan para pembaca dalam mempraktikkan teori yang diajar. InsyaAllah 30% teori dan 70% praktikal. :-)

Monday, May 25, 2009

Terminator Salvation - Ledakan A.I dalam sejarah manusia

Mungkin anda pernah dan gemar tengok filem Terminator 1-3 ? Saya memang dah favourite filem ni. Dari kecil lagi. Masa sekolah rendah lagi kalau tak silap saya. Memang sedap dan menarik filem ni. Masa first time tengok filem tu memang tak berapa faham sebab jalan ceritanya melibatkan kaitan masa depan dengan masa sekarang. Actionnya tu memang tak payah cakaplah. Memang seronok dan menarik.

Dalam Terminator 4 : Salvation ni, lakonan Christian Bale sebagai John Conor. Masa tu bumi sudah diancam dan diserang oleh computer software yang intelligent. Memang menarik dan interesting. Sebab itulah antara sebab mengapa saya minat IT. Bermula dari situlah.

Ok, saya nak tengok filem spider man jap. Selamat malam!

Sunday, May 24, 2009

Sedikit Coretan Hujung Bulan...

Dah 2 minggu saya tak menulis. Jadi, hari ni saya nak menulis. Dua minggu lepas saya ada menerima sebuah laptop untuk diservis dan diformatkan. Customer bagi kata mudah saja, "settlekan" apa yang patut. Jadi, bermulalah episod perjuangan menyelesaikan benda yang tak sudah itu.

Saya cuba nak format pakai windows xp, tapi tak boleh nak detect hard disk. Jadi, saya tak nak fikir panjang, saya terus install Ubuntu 9.0. Saya tak ada softcopy ubuntu tu. Jadi, saya pun download lah pakai GetThemAll plug-in yang ada dalam mozilla firefox. Bukan main laju lagi download ratenya. Fail yang bersaiz 600 MB lebih saya download dalam masa 45 minit sahaja! Laju kan? Lajunya sebab saya download dari server yang ada kat indonesia. Tak apa. Tak jadi masalah dan tak langgar undang2.

Jadi, selesai download, saya pun burn dalam cd-rom dalam format ISO image. Bila selesai jer, saya terus masukkan dalam dvd drive laptop customer. Then, saya pun follow jer instalation procedure ubuntu tu. Dalam masa 45 minit, instalation selesai dengan suksesnya! Manyak laju woooo...

Then, saya pun present pada customer ubuntu 9.0 yang saya install dalam laptopnya. Dia kagum dan impress bila saya tunjuk kat dia beberapa kelebihan ubuntu 9.0 terutama dari segi appearance dan GUI yang begitu menarik. Menurut laman web rasmi ubuntu, ubuntu 9.0 mempunyai beberapa kelebihan antaranya :
  • Ada software untuk burn cd, dvd, cd-rw, dvd-rw dan banyak lagi
  • Ada appearance 3D.
  • dan banyak lagilah...

So, apa tunggu lagi??? Download ubuntu 9.0 cepat2! Jangan lepaskan untuk memiliki ubuntu 9.0 sekarang juga.

 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com