Thursday, October 22, 2009
What is Open Source Software (OSS) ?
Tuesday, September 1, 2009
KoleksiOSS - Sumber maklumat perisian sumber terbuka
Pada zaman awal ICT, penggunaan perisian komersil yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat besar perisian seperti Microsoft, Sierra, Adobe, Macromedia dan sebagainya menjadi igauan dan buruan para pengguna perisian tegar seperti designer, webmaster, web administrator, network administrator dan novice user (pengguna biasa). Mereka menyangka penggunaan perisian komersil akan membolehkan mereka secara bebas menyebarkan perisian tersebut dengan memasang di pc-pc yang berlainan atas satu lesen. Sedangkan tindakan itu salah dan menyalahi.
Oleh hal demikian, Open Source Matters (OSM) iaitu satu organisasi yang berperanan untuk menpromosikan penggunan perisian sumber terbuka (open source software) telah ditubuhkan atas semangat kebebasan perisian. OSM begitu berperanan sekitar tahun 2003 apabila Mozilla Firefox 1.0 telah dilancarkan secara rasmi oleh komuniti Mozilla. Firefox merupakan web browser yang dibangunkan atas platform Netscape Navigator dan ditaja sepenuhnya oleh American Online. Netscape Navigator pada zaman awalnya merupakan web browser yang famous kerana menjadi alternatif kepada I.E ketika itu. Namun setelah OSM ditubuhkan, maka Mozilla juga turut memainkan peranan untuk menggiatkan usaha dengan mengumpulkan seramai mungkin komuniti developer di seluruh dunia untuk sama-sama membangunkan web browser baru yang diberi nama Mozilla Firefox. Firefox merupakan web browser yang begitu ringan, mudah digunakan dan tak banyak masalah.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita Firefox, anda boleh layari blog :
Saya akan ceritakan dengan panjang lebar mengenai Firefox dan OSS yang lain dalam blog tersebut. InsyaAllah. :-) Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan kepada semua umat Islam walau dimana pun anda berada. Semoga puasa kita akan menjadikan kita lebih mulia di sisi Yang Maha Kuasa. InsyaAllah! Selamat berbuka puasa!
Sunday, May 24, 2009
Sedikit Coretan Hujung Bulan...
Saya cuba nak format pakai windows xp, tapi tak boleh nak detect hard disk. Jadi, saya tak nak fikir panjang, saya terus install Ubuntu 9.0. Saya tak ada softcopy ubuntu tu. Jadi, saya pun download lah pakai GetThemAll plug-in yang ada dalam mozilla firefox. Bukan main laju lagi download ratenya. Fail yang bersaiz 600 MB lebih saya download dalam masa 45 minit sahaja! Laju kan? Lajunya sebab saya download dari server yang ada kat indonesia. Tak apa. Tak jadi masalah dan tak langgar undang2.
Jadi, selesai download, saya pun burn dalam cd-rom dalam format ISO image. Bila selesai jer, saya terus masukkan dalam dvd drive laptop customer. Then, saya pun follow jer instalation procedure ubuntu tu. Dalam masa 45 minit, instalation selesai dengan suksesnya! Manyak laju woooo...
Then, saya pun present pada customer ubuntu 9.0 yang saya install dalam laptopnya. Dia kagum dan impress bila saya tunjuk kat dia beberapa kelebihan ubuntu 9.0 terutama dari segi appearance dan GUI yang begitu menarik. Menurut laman web rasmi ubuntu, ubuntu 9.0 mempunyai beberapa kelebihan antaranya :
- Ada software untuk burn cd, dvd, cd-rw, dvd-rw dan banyak lagi
- Ada appearance 3D.
- dan banyak lagilah...
So, apa tunggu lagi??? Download ubuntu 9.0 cepat2! Jangan lepaskan untuk memiliki ubuntu 9.0 sekarang juga.
Friday, April 24, 2009
OSS - Open Source Software
Thursday, April 16, 2009
CD Kit Ubuntu dengan Ubuntu 8.10
Monday, April 13, 2009
Ubuntu atau Windows ?

Friday, April 10, 2009
RSSOwl - Read More Than One Article In One Time
Anda pernah terfikir bagaimana kita boleh baca lebih dari satu artikel dalam satu-satu masa? Mesti tak pernah kan? Jadi hari ni saya nak paparkan satu OSS yang cukup bagus untuk melaksanakan idea kita tadi. RSSOwl merupakan satu OSS yang amat berguna dan banyak kegunaannya pada sesiapa yang gemar membaca berita pada setiap masa.Mereka yang gemar mengikuti perkembangan semasa tidak kira dalam apa lapangan sekalipun samaada politik, sains, teknologi, agama dan sebagainya bolehlah menggunakan OSS ni untuk memudahkan lagi kerja-kerja pembacaan anda. Saya pun gemar juga baca artikel2 terbaru di blog2 kegemaran saya. Sampaikan ada yang tak terlayan sebab banyak sangat yang di feedkan oleh OSS ni. RSSOwl ni bertindak seolah2 dia memakan artikel2 yang terbaru yang dipostkan dalam blog2 atau portal2 di internet.
Tuesday, April 7, 2009
TWITTER : What are you doing now???
Monday, April 6, 2009
Jimatkan kos IT anda sekarang!
Jimatkan kos IT anda sekarang! Bagaimana nak jimat kalau setiap bulan setiap tahun kita asyik purchase produk2 komersil yang mahal2 harganya. Sebagai contoh anda perlu berbelanja sehingga beratus2 untuk sebuah Operating System software Microsoft Windows Vista sedangkan anda boleh mendapatkan alternatif kepada OS tersebut dengan memuat turun OS Linux seperti Ubuntu, Fedora, Slaxx dan sebagainya secara PERCUMA dan tak ada sebarang permasalahan untuk muat turunnya.
Bukannya susah kan? Anda akses jer web Google.com kemudian search jer keyword 'Linux' . Anda akan dapati berpuluh2 search result berkenaan dengan Linux. Linux pun ada yang berbayar dan ada yang FREE! Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana satu berkenan di hati. Linux yang berbayar tu biasanya dikhaskan untuk pengguna yang dah mahir dan mempunyai skills yang tinggi. Manakala yang FREE tu dikhaskan untuk pengguna yang baru nak berjinak2 dengan OS Linux.
Cuba surf, baca, teliti dan download software OSS kemudian sebarkan kewujudan dan kelebihannya kepada member2 yang ada dalam YM kita, Friendster, Hi5, MySpace, Flickr dan sebagainya. Itulah antara benefits social network portal (Friendster, Hi5, MySpace). Banyak2 involve dalam forum2 yang berkaitan dengan software atau forum2 yang santai2 dan sempoi2.
Jika anda malas atau tak berapa berminat untuk surf info berkenaan dengan OSS ni, anda boleh akses website "Koleksi OSS" dan dapatkan lebih info mengenainya. Dan anda boleh terus download, install dan guna OSS tersebut terus menerus.
Rebutlah peluang untuk mendapatkan lebih info mengenai OSS sekarang >>>
Koleksi OSS - Jimatkan kos IT anda sekarang !



