:: iklaneka ::

Monday, September 28, 2009

Solway's Multimail - Software mail sender yang begitu simple

Aidilfitri kali ini begitu busy dengan pelbagai wedding event yang rancak. Sana-sini kat kampung semuanya wedding. Sampaikan perut pun penuh dengan gulai kawah. Tapi keseronokan wedding event kat kampung memang tak dapat dilupakan. Saya sempat menghadiri beberapa wedding event yang diadakan kat kampung. Begitu meriah dan happening sekali.

Saya pergi dan makan je apa yang ada. Sampaikan perut membesar dengan drastik. Oleh sebab itu hari ni tak dapat masuk ofis sebab badan panas. Tak demam cuma tak berapa sihat. Sama je lah tu kan? hehehe....

Solway's Multimail

Hari ini saya nak umumkan satu kewujudan software yang berfungsi untuk menghantar email kepada receipent yang begitu banyak atau dalam istilah mudah mailing list. Perkenalkan "Solway's Multimail". Software ini boleh didapati secara percuma melalui pautan di bawah :


Solway's begitu simple dan mudah untuk digunakan. Dengan beberapa step, anda sudah boleh menggunakannya dengan cepat dan berkesan. Dan yang paling penting software ini FREE dan boleh disebarkan secara bebas kepada member2 anda. Berikut adalah screen capture untuk software tersebut :



Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009M / 1430H


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009M/1430H kepada semua pembaca dan pelawat yang dikasihi. Semoga anda berbahagia dan gembira di sisi keluarga tercinta. Jika ada tersilap dan terkasar bahasa harap dimaafkan dan dihalalkan makan dan minum. Bersama kita raikan kejayaan yang besar ini dengan penuh kesederhanaan dan kebaikan. InsyaAllah! Semoga Aidilfitri kali ini membawa lebih makna kepada kita.

Saya mewakili blog saya yang saya sayang sangat ni (panduanoss.blogspot.com) ingin mewar-warkan kepada anda semua tawaran terakhir untuk 50 pembeli pertama untuk ebook "Koleksi OSS" dengan hanya RM10 sahaja! Cepat-cepat jangan lepaskan peluang ini! Layari laman :

http://koleksioss.blogspot.com

Semoga anda berbahagia dan tenang di sisi keluarga tercinta! Raikan kejayaan ini dengan penuh kesederhanaan dan kebaikan!

Pesanan Istimewa dari :
FARABI

Wednesday, September 16, 2009

Aidilfitri menghampiri kita, Ramadhan menjauhi kita

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke-26 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Tinggal 4 hari sahaja lagi untuk kita menghabiskan puasa yang penuh kenikmatan ini. Ramadhan kali ini saya rasakan amat bermakna bagi saya kerana berjaya menjana semula semangat untuk berblog dan memasukkan pelbagai info berkaitan OSS. Sebenarnya kemeriahan dunia oss begitu hebat pada masa kini.

Ramai user pc mencari-cari pelbagai alternatif kepada produk2 komersil yang ada di pasaran. Selain nak menjimatkan duit, melalui penggunaan OSS juga membolehkan user belajar secara trial&error mana-mana OSS yang dipasang di dalam pc atau laptop. Itulah kelebihan dan manfaat OSS kepada IT user di seluruh dunia.

Kita tidak mahu terikat sangat dengan penggunaan produk2 komersil kerana banyak produk komersil yang mementingkan keuntungan berbanding tanggungjawab sosial. Kaedah yang digunakan oleh penggiat OSS untuk menjana pendapatan begitu mudah dan fleksibel. Mereka membangunkan satu perisian sebagai contoh perisian pelayar internet. Mereka mengedarkannya secara PERCUMA kepada IT user di seluruh dunia. User akan menginstallkan perisian tersebut kemudian menyebarkannya kepada orang lain atau member2 mereka. Programmer atau founder untuk perisian tersebut akan membangunkan satu laman komuniti atau laman blog untuk memudahkan user/blogger/programmer berkomunikasi dan berinteraksi secara maya dan direct di satu platform yang khusus. Sebarang permasalahan mengenai perisian tersebut boleh dihantar melalui laman komuniti atau blog tersebut. Mudah saja!

Soalan yang diajukan oleh user akan dijawab secepat mungkin oleh programmer atau founder perisian tersebut. Proses ini tidak melibatkan sebarang kos wang ringgit. Semua maklumat yang diperoleh dari pertanyaan tersebut adalah PERCUMA dan boleh disebarkan secara meluas melalui internet. Segala pertanyaan/laporan/kekurangan dan komentar yang diajukan oleh user atau programmer akan disimpan dan direkodkan ke dalam pangkalan data laman komuniti atau blog tersebut.

Bagaimana mereka menjana pendapatan?

Mereka boleh menjana pendapatan melalui jualan barang2 cenderahati (souvenir) seperti topi, baju t-shirt, seluar, beg dan sebagainya. Barang2 ini boleh didapati di Online Shop mereka. Selain itu, mereka juga akan meletakkan homepage bagi perisian pelungsur internet tersebut dengan laman search engine mereka yang diasosiasi dengan search engine yang popular seperti Google.com, Yahoo!.com dan sebagainya. Mereka juga akan meletakkan sticky advertisement pada perisian tersebut.

Sunday, September 13, 2009

Celcom broadband dengan pakej yang terbaharu..

Dua hari lepas saya berkunjung ke low yatt plaza untuk follow-up pelbagai kemeriahan teknokrat di sana. Pelbagai pc-tools, handphone, pda, gadget dan accecories computer yang boleh didapati di sana termasuklah servis internet mobile broadband. Tentu anda pernah dengar broadband? Adakah anda pernah mendengar istilah mobile broadband pula? Broadband dalam bahasa Melayu bermakna 'jalur lebar'. Ia adalah satu teknologi capaian internet yang berteraskan kabel yang mempunyai jalur yang lebar. Manakala mobile broadband ialah 'jalur lebar' yang boleh dicapai melalui tanpa wayar (wayarless). Antara contoh broadband ialah streamyx, maxis, jaring dan sebagainya. Manakala antara contoh mobile broadband ialah Celcom broadband, Maxis broadband, DiGi broadband dan sebagainya.

Pada kebiasaannya broadband menggunakan sambungan wayar ke talian telefon tetap. Manakala mobile broadband menggunakan 3G, GPRS, WAP, HSDPA dan sebagainya. Beza antara dua jenis broadband ini ialah satu guna wayar dan satu lagi tak guna wayar. Mudah je kan? :-)

Dalam satu dok pusing first floor tu, saya singgah jap kat kiosk Celcom broadband. Memang kaw kaw lah pakej yang dijanjikan oleh Celcom. Yang terbaharu, Celcom menawarkan pakej basic RM68 (tanpa kontrak + percuma 1 bulan capaian + modem + 384kbps ) = RM299.00 sahaja!
Manakala pakej advanced RM98 (tanpa kontrak + modem + 3.6Mbps speed) = RM329.00 sahaja! Saya pun sambar satu pakej advanced RM98.00. Activation hanya mengambil masa selama satu jam sahaja!

Jom kita berbroadband!

Tuesday, September 8, 2009

Laptop asyik restart sebab windows corrupt

Hari ni saya service satu laptop yang pakai windows xp home edition. Mudah benar corrupt windows xp ni. Kalu tersalah dan tersilap install, mesti corrupt windows tu. Pelik betul Microsoft ni. Nak jual produk kat customer biarlah betul2 mantap dan tip top.

Sekarang saya masih dok try pelbagai cara untuk settle windows corrupt ni. Antaranya :

  1. Reinstall balik windows xp home edition tersebut
  2. kurangkan software2 yang tidak digunakan dengan cara uninstall / remove software tersebut.
  3. cuba clearkan cache dalam browser (either firefox atau i.e)
  4. kurangkan icons kat desktop, tinggalkan satu baris jer icons. kalau boleh tinggalkan icon recycle bins jer
  5. kurangkan item dalam start menu.
  6. cara yang ke-6 dok fikir lagi...
InsyaAllah, saya akan jumpa cara macamana nak solve problem ni step by step.

Tuesday, September 1, 2009

KoleksiOSS - Sumber maklumat perisian sumber terbuka

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan satu lagi blog yang memaparkan maklumat mengenai perisian sumber terbuka. Anda boleh layari blog tersebut di :


Pada zaman awal ICT, penggunaan perisian komersil yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat besar perisian seperti Microsoft, Sierra, Adobe, Macromedia dan sebagainya menjadi igauan dan buruan para pengguna perisian tegar seperti designer, webmaster, web administrator, network administrator dan novice user (pengguna biasa). Mereka menyangka penggunaan perisian komersil akan membolehkan mereka secara bebas menyebarkan perisian tersebut dengan memasang di pc-pc yang berlainan atas satu lesen. Sedangkan tindakan itu salah dan menyalahi.

Oleh hal demikian, Open Source Matters (OSM) iaitu satu organisasi yang berperanan untuk menpromosikan penggunan perisian sumber terbuka (open source software) telah ditubuhkan atas semangat kebebasan perisian. OSM begitu berperanan sekitar tahun 2003 apabila Mozilla Firefox 1.0 telah dilancarkan secara rasmi oleh komuniti Mozilla. Firefox merupakan web browser yang dibangunkan atas platform Netscape Navigator dan ditaja sepenuhnya oleh American Online. Netscape Navigator pada zaman awalnya merupakan web browser yang famous kerana menjadi alternatif kepada I.E ketika itu. Namun setelah OSM ditubuhkan, maka Mozilla juga turut memainkan peranan untuk menggiatkan usaha dengan mengumpulkan seramai mungkin komuniti developer di seluruh dunia untuk sama-sama membangunkan web browser baru yang diberi nama Mozilla Firefox. Firefox merupakan web browser yang begitu ringan, mudah digunakan dan tak banyak masalah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita Firefox, anda boleh layari blog :


Saya akan ceritakan dengan panjang lebar mengenai Firefox dan OSS yang lain dalam blog tersebut. InsyaAllah. :-) Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan kepada semua umat Islam walau dimana pun anda berada. Semoga puasa kita akan menjadikan kita lebih mulia di sisi Yang Maha Kuasa. InsyaAllah! Selamat berbuka puasa!

Rahsiaebiz Launch CD Logo & Fonts 2010

Hari ini masuk hari yang ke-11 puasa Ramadhan. Begitu asyik dan tenang dengan Ramadhan yang penuh makna. :-) Semasa buat preparation untuk kerja ofis, saya sempat surf web RahsiaEbiz.com. RahsiaEbiz launch satu produk digital baru iaitu : CD Logo & Fonts 2010. Tahniah Code7 di atas kejayaan menghasilkan produk digital yang ke-5 saya rasa. :-) Betulkan saya jika saya salah. Saya begitu kagum dengan kreativiti dan keterrerannya dalam dunia grafik. Saya pun suka grafik tapi tidaklah terlalu maniac.



Dari minisite yang beliau paparkan produk tersebut, saya telah buat satu kesimpulan bahawa CD ini memang patut dimiliki oleh semua designer, blogger, webmaster, newbie dalam IM dan semua genre masyarakat di negara kita. Banyak manfaat yang kita boleh perolehi daripada CD ini. Saya pula lebih suka simpannya sebagai koleksi. InsyaAllah, hari ini atau esok saya akan purchase CD ini.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk tersebut sila klik :

http://logo.rahsiaebiz.com/

Jangan lupa masukkan entri berkaitan dengan produk tersebut dalam web atau blog anda.

Saturday, August 29, 2009

Order satu lagi ebook untuk buat duit raya

Alhamdulillah, saya selesai melakukan order untuk satu ebook buat duit raya karangan seorang IM (Internet Marketer) terkenal di Malaysia. Menarik juga ebook ini. Saya rasa ebook ni ringkas sahaja sebab harganya begitu murah sekali iaitu RM10 saja. Jadi kalau tak keberatan bolehlah order ebook ni.

Kadang-kadang kita terfikir, ada tak perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar. Kita tidak perlu berhadapan dengan customer. Tidak perlu mengeluarkan peluh untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang berlipat kali ganda. Memang ada perniagaan tersebut. Itulah Perniagaan Internet (E-Bisnes). Kita jual produk dalam bentuk softcopy kepada pengguna-pengguna internet di seluruh dunia. Skop pelanggan begitu luas kerana pengguna internet ini adalah terdiri dari negara-negara di seluruh dunia.

Jadi, apa tunggu lagi? Mulakan perniagaan internet anda sekarang! Dengan bermodalkan RM500 sudah cukup untuk memulakan e-bisnes ini. Satu lagi jangan lupa baca ebook2 yang berkaitannya dan dapatkan nasihat pakar. Akhir sekali tingkatkan komitmen dalam arena ini sebaik dan setinggi mungkin. InsyaAllah akan ada hasilnya nanti.

Friday, August 28, 2009

3 Langkah Asas Untuk Bina Laman Web Peribadi

Selepas beberapa jam menghabiskan masa dengan melaksanakan beberapa kerja yang tertangguh, akhirnya saya berpeluang untuk masukkan satu lagi artikel untuk dikongsi bersama dengan anda semua. Saya nak dedahkan 3 Langkah Asas Untuk Bina Laman Web Peribadi. Artikel ini saya sedut dari blog sifoo.com (http://sifoo.com/v7/2009/03/19/3-langkah-bina-laman-web/). Untuk membina laman web peribadi pengguna perlu mengetahui 3 Langkah Asas ini iaitu :

Langkah A : Dapatkan Tapak, Alamat

Nama-nama seperti www.sifoo.com, www.yahoo.com, www.google.com, www.utusan.com.my adalah alamat laman web atau lebih biasa dipanggil domain name. Domain name adalah penting supaya orang ramai tahu bagaimana hendak mengakses laman web anda.

Tips: Domain name hendak ringkas dan tak mengelirukan, dan menarik perhatian

Nama-nama antarabangsa: *.com, *.net, *.org

Nama-nama tempatan: *.com.my, *.net.my, *.org.my (dot my adalah pengenalan untuk Malaysia)

Contoh lain:

dot sg: Singapura

dot kr: Korea

dot cn: China

dot jp: Jepun

Pada dasarnya, nama-nama tersebut tidak mempunyai sebarang batasan berkaitan tentang akses. Maksudnya, anda boleh menggunakan apa juga domain name dan sesiapa sahaja walau di mana sahaja mereka berada boleh mengakses laman web anda. Cuma kelebihan nama antarabangsa adalah lebih ringkas dan pendek dan nama tempatan mendekatkan diri anda dengan semangat kenegaraan.

Di mana anda boleh mendapatkan nama-nama tersebut?

Pertamanya, anda harus membuat semakan samada nama yang anda bercadang untuk gunakan masih boleh digunakan atau sudah diambil oleh orang lain.

Nota: Domain name adalah unik. Hanya satu nama sahaja boleh wujud dalam satu masa.

Jadi, anda perlu membuat senarai pilihan nama sekiranya nama yang hendak gunakan telah digunapakai oleh orang lain. Semakan boleh dibuat di www.register.com, atau di www.mercumaya.net (sekadar beberapa contoh sahaja).

Setelah semakan dibuat, anda boleh terus membuat bayaran untuk nama pilihan anda. Harga untuk satu domain name adalah dalam lingkungan RM30 hingga RM100 setahun (bergantung kepada harga tawaran oleh ejen jualan).

Seterusnya, dapatkan tapak atau hosting. Hosting adalah ruangan yang diperlukan untuk menyimpan semua fail laman web. Hosting adalah umpama ruangan hard disk yang terdapat di dalam komputer anda. Anda tidak boleh menyimpan fail laman web di dalam komputer anda kerana ianya tidak boleh diakses oleh orang lain. Untuk membolehkan orang lain mengakses fail-fail laman web sebuah web server diperlukan. Web server inilah yang mempunyai ruangan yang akan menyimpan fail laman web anda. Oleh itu, anda perlu memindahkan fail laman web dari komputer anda ke dalam web server.

Bagi mendapatkan ruangan di dalam web server tersebut, anda perlu membayar sewa hosting. Dengan harga serendah RM100 setahun, anda sudah boleh memiliki ruangan di dalam web server. Anda akan diberi sebuah akaun untuk membolehkan anda mengakses ruangan tersebut dan memindahkan semua fail laman web anda ke dalam web server.

Nota: FTP (File Transfer Protocol) adalah protokol pemindahan fail daripada komputer anda ke web server.

Pemindahan menggunakan FTP boleh dibuat menggunakan perisian seperti Adobe Dreamweaver.

Setakat ini, kos memiliki domain name dan hosting adalah kurang daripada RM200 setahun iaitu kurang daripada RM20 sebulan. Murahkan?

Selain daripada hosting berbayar, anda juga boleh mendapatkan hosting percuma. Antara laman web yang menyediakan hosting percuma ini ialah geocities.yahoo.com dan www.tripod.com. Hosting percuma ini boleh anda miliki tetapi dengan batasan-batasan tertentu seperti menggunakan domain name yang diberikan sahaja (seperti: http://geocities.yahoo.com/syarikat_abc), ruangan yang terhad, anda terpaksa memaparkan iklan mereka di dalam laman web anda dan ketidakbolehan untuk membesarkan fungsi laman web anda.

Langkah B: Bina Laman Web

Langkah seterusnya ialah membina laman web. Bagaimana agaknya nak mulakan langkah ini ya? Mudah saja… Banyak perisian biasa yang boleh anda gunakan untuk membina laman web. Antara yang paling mudah ialah Microsoft Word. Anda hanya perlu menyusun kandungan laman web anda di dalam satu dokumen Word (taipkan teks, masukkan gambar, letakkan jadual, dsb). Setelah siap, simpan dokumen tersebut sebagai fail HTML (HTML – Hyper Text Mark Up Language). Apa juga yang anda letak di dalam dokumen tersebut adalah apa yang akan terpapar di dalam web browser (seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox). Ini dipanggil What You See Is What You Get (WYSWYG).

Perisian WYSWYG membolehkan sesiapa sahaja membina laman web tanpa mengetahui pengaturcaraan web seperti HTML, Javascript dan Cascading Style Sheet (CSS).

Perisian lain bagi membina laman web adalah Microsoft FrontPage dan Adobe Dreamweaver. Pembinaan laman web akan dilakukan di dalam komputer peribadi anda. Setelah siap barulah anda akan memindahkan (upload) ke dalam web server (hosting).

Pembinaan laman web memerlukan sedikit perancangan bagi menyusun kandungan supaya lebih teratur dan kemas. Asingkan kandungan anda kepada beberapa bahagian seperti:

  1. Halaman Utama
  2. Pengenalan atau Profail
  3. Produk dan Servis
  4. Hubungi Kami

Masukkan info yang ringkas dan padat serta bersesuaian di dalam setiap bahagian yang telah disusun. Gambar-gambar yang hendak dimasukkan juga mesti bersesuaian dan tidak terlalu besar saiznya (dimensi dan juga jumlah baitnya).

Pastikan anda meletakkan jaringan (link) navigasi supaya pengunjung dapat melungsuri laman web anda tanpa tersesat. Jaringan navigasi atau menu navigasi adalah sangat penting.

Setelah siap kesemua halaman yang anda inginkan, cuba dahulu secara local sebelum memindahkan (upload) ke dalam web server (hosting) anda. Pastikan tiada jaringan yang terputus. Pastikan tiada gambar yang gagal dipaparkan. Pastikan navigasi anda tiada masalah. Jika semuanya baik, pindahkan ke dalam web server.

Langkah C: Promosikan Laman Web Anda

Kewujudan laman web anda tidak akan diketahui umum sekiranya tidak diwar-warkan. Promosi adalah penting supaya laman web anda tidak terbiar sepi. Promosi boleh dibuat dengan beberapa cara, antaranya:

  • Sampaikan secara lisan (mungkin kepada rakan atau saudara-mara terdekat)
  • E-melkan kepada senarai rakan (contact list)
  • SMSkan alamat laman web anda kepada phone book
  • Menyertai internet groups atau forum dan membuat sedikit ulasan kepada ahli groups / forum
  • Melanggan ruangan iklan di dalam laman web yang mempunyai trafik yang tinggi
  • Mendapatkan ruangan di dalam majalah / suratkhabar / rancangan TV
  • Mempromosikan kepada pengunjung pameran / karnival / konvensyen
  • Menaja acara-acara besar

Cuba fikirkan bagaimana cara supaya pengunjung laman web anda sentiasa berkunjung dari semasa ke semasa dan supaya pengunjung baru sentiasa bertambah. Inilah strategi yang begitu mantap, ringkas dan padat yang pernah saya baca sepanjang pengalaman saya menceburkan diri dalam bidang ebiz ini. Namun begitu, semua ini tidak akan menjadi kenyataan jika kita tidak bertindak dari sekarang. Bertindaklah sekarang !

Selamat mencuba!

Printer HP 1022n, 1020 tak tahan lama

Seorang staf ofis saya begitu teruja kerana printernya berbunyi seakan-akan manusia terlekat tulang ikan. Ngerinya... Mula-mula saya terkejut juga apabila mendengarkan khabar berita tersebut (Macam penglipur lara lah pulak). So, saya cuba check kalu ada benda2 yang tak sepatutnya berada dalam printer tersebut. Ternyata memang tak ada. Pelik juga...

Lepas itu, macam biasalah saya cabut semua wayar yang ada kat printer tersebut, kemudian saya bawa masuk ke klinik it kat ofis saya. Kena buat report lah sikit. Kadang-kadang tak perlu sebenarnya report ni. Menyusahkan sahaja. Ia hanya sekadar bukti bahawa kita buat kerja dan ada aktiviti dalam satu-satu hari. Tapi saya buat jugalah report. Mudah dan malas nak berhadapan dengan masalah di masa akan datang.

Jadi, sekejap lagi saya akan uruskan printer tersebut sebaik yang mungkin. Kemungkinan besar printer ini akan masuk stor sebab biasanya printer orang tak hantar kedai baiki. Kalau baiki pun, memakan kos yang seakan-akan sama harga dengan printer model baru. Kesimpulannya, saya akan try sedaya upaya untuk settlekan masalah printer tersebut. InsyaAllah.
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com