:: iklaneka ::

Friday, January 15, 2010

Cloud Computing vs. Webbase Storage

Benda ni lebih kurang sama saja. Cloud computing adalah aplikasi yang dipelopori oleh Google. Penampilan pertamanya ialah melalui GDrive (Google Drive) yang diaplikasikan pada Google Docs. Manakala aplikasi lain yang sama dengan GDrive ini ialah SkyDrive dari Microsoft, Dropbox, Rapid Share dan banyak lagi. Beratus-ratus produk FREE yang ada.

Kita cerita pasal GDrive ni, pertama sekali dia FREE and completely OSS. :-) Ruangan storan 1GB dan sekali upload file maximun sehingga ke 250MB per file. Banyak tu kan? Mudah dan cepat! Ringan! Anda boleh lihat sendiri pada Google Mail (GMail)! Kan GMail itu lebih ringan dan laju berbanding Yahoo! Mail, LiveMail dan sebagainya??? Betul tak??? Kenapa ia laju? Sebab antaramukanya (interface) lebih kepada berasaskan teks (text-base) manakala yang lain lebih kepada interface grafik semata-mata. Adalah sikit-sikit teks tu. Hehehe...

Kalau anda nak try GDrive, anda boleh try sekarang! PERCUMA saja! http://docs.google.com 

Tuesday, November 24, 2009

Pagi yang terlena dan penat sedikit....

Semalaman meneliti dan menganalisa coding php yang intermediate membuatkan saya makin lemah dan terlena kadang-kadang ketika melaksanakan kerja di pejabat. Memang saya benar-benar tak boleh tidur lewat dan kurang masa tidur. Tidur kena cukup dan kena tidur awal. Kesilapan ini tak boleh diulangi lagi pada masa yang akan datang. InsyaAllah. Mungkin 10.30 mlm merupakan masa mandatori untuk saya tidur. InsyaAllah.

Hari ini tidak begitu banyak hambatan kerja dan waktu yang diperlukan oleh staf di pejabat. Alhamdulillah, boleh lah saya fokus pada usaha untuk stabilkan kerja-kerja unit. Akhirnya saya sempat juga menyiapkan satu pc yang rosak akibat serangan trojan dan worm yang sememangnya menjadi musuh saya pada tahun 2006. Memang tertekan kerana tak tahu nak buat macamana. Masa tu perisian antivirus dan internet security mahal dan menelan kos yang tinggi untuk digunakan. Jadi terpaksa guna antivirus percuma dan terhad perlindungannya.

Sekarang masa untuk berehat sekejap sementara menunggu sebarang hambatan kerja dan waktu yang akan dihadapi sekejap lagi. InsyaAllah, mohon pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kejayaan atas setiap pekerjaan yang dilakukan pada hari ini dan pada masa akan datang. Kadang-kadang kita kena kenali diri kita melalui rehat yang cukup dan kerja yang menepati masa dan berdisiplin membolehkan kita tahu siapa diri kita dari dalam. Boleh dan mampukah kita berdisiplin dalam apa jua lapangan kerja dan hidup kita? Kalau mampu, apakah kemampuan itu boleh menjamin hidup kita? Sama-sama kita renungkan.

Hari ini banyak juga saya membaca artikel-artikel dan posting-posting dari blog-blog lain dalam pelbagai bidang termasuk ict, teknologi, peribadi, politik, sosial, agama dan sebagainya. Memang tak puas dan tak boring jika baca artikel dan makalah dari internet kerana caranya berbeza dan fokus kita tinggi. Mata kita akan lebih fokus malah tidak letih apabila melihat artikel yang dipaparkan di blog/web kerana antaramukanya yang menarik dan tidak meletihkan. Jom rehat jap! :-)

AmBank Melancarkan Aplikasi Mudah-Alih AmGenie

AmBank hari ini telah melancarkan perbankan mudah-alih mereka yang mana dipanggil AmGenie. Melalui perbankan mudah-alih ini, para pengguna boleh menggunakan servis AmBank untuk menyemak baki, melihat senarai transaksi, memindah wang ke akaun lain, membayar bil dan sebagainya dengan mudah melalui telefon mudah alih.
amgenie
Antaramuka Aplikasi AmGenie
Pada masa yang sama juga, anda boleh menyemah senarai cawangan AmBank yang terdekat, selain mengetahui mesin ATM terdekat dengan mudah. Selain daripada informasi berkaitan perbankan, AmGeni juga menyediakan perkhidmatan tambahan seperti informasi berkaitan wayang, KWSP dan juga waktu solat semasa.

Untuk menggunakannya, para pengguna boleh memuat-turun aplikasi AmGenie Pro ke telefon bimbit mereka, ataupun dengan mengakses laman WAP AmGenie. AmBank membawakan servis mudah-alih ini dengan kerjasama FSBM Net Media Sdn. Bhd. Sebelum ini, CiMB telah memperkenalkan aplikasi khas perbankan untuk para pengguna iPhone dengan kerjasama bersama Maxis.

Saturday, November 21, 2009

Google Chrome OS

Semalam Google memperlihatkan Google Chrome OS yang telah dilancarkan secara BETA di khalayak ramai. Ianya begitu ringan, mudah, cepat dan lancar sekali. Chrome OS berasaskan antaramuka browser Chrome OS. Begitu mudah dan ringan sekali. Saya tak sempat melihat video youtube mengenai persembahan Google Chrome OS ini daripada Google kerana kelajuan internet di ofis begitu perlahan. Jadi saya ambil beberapa screen capture dari blog Amanz.net. Cuba anda perhatikan ciri-ciri dan antaramukanya yang begitu simple sekali.
ChromeOS - Boot
Walaupun tiada sebarang pelancaran ataupun beta untuk hari ini, Google telah pun melepaskan kod sumber bagi sistem operasi Chrome OS hari ini. Segala pembangunan Chrome OS adalah berasaskan pada pelayar web Chrome yang telah lebih setahun dibangunkan, dan kini digunakan oleh hampir 30 juta pengguna seluruh dunia. Dan perkara biasa yang kita dengar berkenaan dengan Chrome adalah pantas, dan inilah yang dititik-beratkan pada Chrome OS.

ChromeOS - Google
Chrome OS menumpukan pada tiga perkara penting, iaitu kelajuan, mudah dan ringkas serta sekuriti. Chrome OS amat pantas, yang mana membolehkan anda menggunakan pelayar web sebaik sahaja anda memulakan sistem operasi anda. Pada demo yang diperlihatkan, ianya mengambil masa lebih kurang 7 saat untuk ke skrin log masuk, dan 3 saat lagi untuk ke aplikasi. Menariknya, pihak pembangun Chrome OS masih dalam pembangunan, dan perkara ini dijangka lebih pantas pada versi akhir kelak.

Pada Chrome OS, segala aplikasi yang digunakan adalah aplikasi berasaskan web, dan semua data adalah menggunakan konsep perkomputeran awam. Ini diperlihatkan melalui demo, dimana aplikasi Notepad dibuka dan diisi dengan sedikit info, dan seterusnya, apabila membuka Google Docs, fail tersebut telah disimpan disana secara automatik.

Pada masa yang sama, Chrome OS bakal menjadi sistem operasi yang paling selamat, kerana tiada sebarang fail binary yang boleh dipasang, jadi ianya mungkin agak sukar untuk dicerobohi. Selain itu, model sekurit pada pelayar web turut diintegrasikan menjadikan Chrome OS lebih selamat.

 ChromeOS -App

Chrome OS juga didatangkan bersama tab aplikasi,dimana pada menu aplikasi, anda boleh memilih aplikasi yang anda ingin gunakan daripada senarai aplikasi yang dipersembahkan. Selain daripada itu, anda juga boleh memainkan media seperti video dan muzik dengan mudah pada Google Chrome OS.

 Desktop Google Chrome
  Desktop Chrome OS Apabila Semua Di Minimize




Friday, November 13, 2009

2 hari tak boleh akses internet, dunia macam kelam-kabut

Dah 2 hari saya tak boleh akses internet, dunia kat ofis macam kelam-kabut. :-) Macamlah internet ini ibarat nyawa. Kalau tak ada, terus mati. :-) Pelik2 manusia zaman sekarang ni. Duduk di pejabat kalau tak ada kerja, carilah kerja yang bermanfaat dan berfaedah.

Lebih baik saya fokus pada proposal yang akan datang. InsyaAllah, dunia kelam-kabut akan berakhir tidak lama lagi. InsyaAllah. :-)

Tuesday, November 3, 2009

Dalam banyak2 servis emel, servis emel mana yang terbaik???



Soalan ini mesti kita tanya pada diri kita ketika kita mula2 nak berjinak2 dengan servis emel. Ada yang kata Yahoo! Mail adalah yang terbaik, ada yang kata GMail yang terbaik, ada yang kata MSN mail yang terbaik. Tetapi pada saya, servis emel yang terbaik ialah GMail. Kenapa GMail? GMail ada banyak fungsi yang memenuhi citarasa dan kehendak saya. Antaranya ialah fungsi anti spam, Search Engine Google, Blogspot, Google Reader, Google Apps, Google News, Google Maps dan banyak lagi.


Itu merupakan sebab2 mengapa saya suka guna GMail. Mudah, cepat, ringkas, canggih dan powerful sangat2. Yahoo! Mail banyak kekangan dan masalah. Ada kawan2 bagitahu, kadang2 emel yang mereka hantar pada emel Yahoo! saya tak sampai atau tak masuk dalam inbox. Itu yang pelik. Kadang2 ada yang sampai separuh. Kadang2 ada yang failed delivery. Macam2 masalah yang timbul apabila kita guna Yahoo! Mail. Jadi untuk mengelakkan dari semua benda2 tu berlaku, saya pun mengambil keputusan untuk guna GMail. Anda boleh surf web GMail sekarang juga : http://mail.gmail.com

Sign Up akaun baru kemudian try lah godek2 sendiri GMail tu. Ada banyak misteri yang anda boleh bongkar dari GMail. :-)

Wednesday, October 28, 2009

Nak lajukan lagi PC / Laptop anda?

Saya sentiasa mendapat pertanyaan seperti ini ketika saya mula-mula terlibat dalam kerja-kerja teknikal komputer. Setelah hampir lima tahun saya terlibat dalam kerja-kerja ini, akhirnya saya membuat beberapa kesimpulan yang mudah untuk kita sama-sama aplikasikan segera apabila kita mahu lajukan lagi PC / laptop kita. Lihat tips-tips berikut :
  • Jangan install software yang tidak mahu digunakan atau yang tidak berguna.
  • Kurangkan shortcut atau file di desktop. Kalau boleh tinggalkan satu baris sahaja shortcut atau file di desktop.
  • Uninstall atau remove mana-mana software yang tidak berguna.
  • Jangan gunakan software tema seperti windows blind dan sebagainya. Gunakan tema yang standard saja.
  • Jangan letak wallpaper kat desktop. 
  • Sentiasa clearkan cache atau history dalam browser internet.
  • Gunakan software Ccleaner untuk mencuci dan membersihkan pc / laptop anda dari segala benda-benda yang tidak berguna.
  • Jangan guna Yahoo! Messenger atau mana-mana software Chat yang lain. Kalau nak chatting, sila guna web chat seperti Yahoo! Mail chat dan sebagainya.
  • Jangan guna efffects pada windows appearance. 
  • Nak tahu lebih lanjut ke? Nantikan kemunculan ebook terbaru saya Januari 2010 nanti!!!!!
Nantikan kemunculan ebook "15 Tips Keselamatan dan Kelajuan PC / LAPTOP" !!!

"Kadang-kadang kerosakan PC / LAPTOP itu adalah disebabkan human error juga"

Sunday, October 25, 2009

JDownloader – perisian downloader terbaik untuk rapidshare, megaupload, mediafire

Saya biasanya pengguna tegar IDM sejak beberapa tahun lepas, tetapi baru2 ini telah uninstall IDM kerana bosan menggunakannya. Saya kini pengguna JDownloader sepenuh masa, iaitu perisian downloader yang bagi saya agak bagus kerana memudahkan fungsi download dari file sharing seperti rapidshare, megaupload, mediafire dan lain2 hosting.

JDownloader adalah perisian yang wajib dicuba jika anda seorang pendownload tegar. Alasan mengapa saya kata perisian JDownloader ini sangat bagus;


1. Dioptimasikan untuk download dari laman file hosting
Perisian downloader lain seperti IDM, FDM, Orbit dll tidak dioptimasikan untuk download dari file hosting. Dengan JDownloader, anda hanya perlu copy link dan secara automatic JDownloader akan capture dan terus download. Tidak perlu buka link melalui browser atau taip captcha dan tunggu beberapa saat untuk download; kerana download menggunakan JDownload semuanya automatic.

Buat masa ini, saya mencuba dengan rapidshare, megaupload, mediafire, hotfile dan hasilnya agak bagus. Mungkin hosting2 lain juga disupport. Jimat masa, jimat tenaga.

2. Laju, dan support resume


Ini antara fungsi saya paling suka, download dari megaupload (free user) sangat laju dan boleh resume pula tu. Save duit tanpa beli akaun premium MU. Cuma tak boleh simultaneous download sahaja la.

3. Boleh download Youtube juga


JDownload juga boleh download Youtube, dan anda boleh pilih format apa untuk didownload seperti 3gp, mp4, mp3 dll.

4. Plugin terbina dalam
JDownload mempunyai plugin untuk integrasi dengan Firefox melalui Flashgot. Juga mempunyai plugin seperti hjsplit, jdunrar dll memudahkan anda mencantum file2 dalam banyak part serta extract file rar secara terus.

5. Percuma
JDownload adalah percuma, dan tidak memerlukan crack atau serial seperti perisian downloader lain. Fungsi menarik, laju dan percuma, sangat menarik bukan?

Download JDownloader.

Saturday, October 24, 2009

Intipati Belanjawan 2010 Untuk Dunia ICT

Sama seperti tahun-tahun lalu, Belanjawan 2010 yang dibentangkan petang tadi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak turut menyentuh beberapa aspek dunia ICT, dimana sedikit peruntukan diberikan kepada pembangunan ICT negara.

Berikut merupakan serba sedikit intipati Belanjawan 2010 yang menyentuh aspek ICT negara:
  • Pekerja awam akan mendapat pinjaman sebanyak RM5,000 setiap tahun untuk membeli PC peribadi.
  • Pakej netbook khas akan diperkenalkan kepada para pelajar IPT yang mana membolehkan mereka memperolehi netbook dengan broadband pada harga RM50 sebulan. Pakej ini akan mula diperkenalkan mulai 1 Januari kelak.
  • Pusat Inovasi Negara akan dibangunkan untuk mengalakkan pembangunan inovasi dalam negara.
  • RM11.3 billion diperuntukan untuk pembangunan infrastruktur jalur lebar negara. Ianya dijangka, pada tahun 2010, pakej selaju 10Mpbs akan diperkenalkan pada bandar-bandar utama, diikuti dengan kawasan lain secara berperingkat.
  • Potongan cukai akan diberikan keatas langganan jalur lebar yang mana membawakan potongan sehingga RM500. Potongan ini diberikan untuk tiga tahun, iaitu mulai 2010 sehingga tahun 2012.
  • Sebanyak RM200 juta diperuntukan untuk pembangunan industri kreatif untuk mengalakkan pembanggunan industri seni dan juga kandungan kreatif.
(Source : Amanz.my)

Mari Kita Sama-Sama Analisa Pembentangan Belanjawan 2010

Ini kali pertama saya buat analisa untuk pembentangan belanjawan negara. Ada dalam 28 item belanjawan yang telah saya rumuskan dari pembentangan belanjawan negara bagi tahun 2010. Harap-harap anda semua boleh mendapat manfaat darinya.




Semalam, Datuk Seri Najib Razak pertama kali membentangkan belanjawan untuk tahun 2010 selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6  di Dewan Rakyat. Belanjawan 2010 kali ini berjumlah RM191.5 billion yang mana RM138.28 billion (72.2%) untuk perbelanjaan mengurus manakala  RM53.22  billion  (27.8%) untuk tujuan perbelanjaan pembangunan. Dengan pembentangan belanjawan 2010 ini, ekonomi Malaysia dijangka berkembang kepada 2-3 peratus pada 2010, perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratusan, perkhidmatan 3.6 peratus,  penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus dan pendapatan per kapita meningkat daripada 2.5 peratus kepada RM24,661.


Belanjawan 1: Jabatan kerajaan wajib menyediakan pusat penjagaan harian anak-anak
Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan peruntukan RM200,000 kepada setiap kementerian dan jabatan.

Belanjawan 2 : Bajet 2010: Bayaran khas RM500 untuk penjawat awam gred 41 hingga 54
Penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500 pada bulan Disember ini.

Belanjawan 3 : Bajet 2010: RM3.7 bilion untuk pertingkat pasukan keselamatan
Sejumlah RM1 bilion akan disediakan untuk meningkatkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2010 bagi memastikan matlamat kerajaan untuk melaksanakan langkah mencegah jenayah yang dikenal pasti sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) terpenting negara bagi mencapai hasrat kerajaan untuk mengurangkan indeks jenayah sebanyak lima peratus termasuk mengurangkan kadar jenayah jalanan seperti ragut dan samun sebanyak 20 peratus pada akhir 2010. Antara langkah yang bakal diambil,
  • Menyediakan balai polis bergerak di 50 “hot spots” yang dikenal pasti di kawasan berisiko tinggi bagi meningkatkan kehadiran anggota polis agar orang awam merasa yakin dan selamat.
  • Mempertingkatkan latihan dan kecekapan 3,000 anggotaIkatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam untuk melakukan rondaan bersama polis serta meningkatkan kempen pencegahan jenayah dan melaksanakan program integrasi polis dalam komuniti masyarakat
  • Keselamatan sempadan negara juga turut diberi perhatian serius dengan menyediakan sejumlah RM1.9 bilion untuk meningkatkan kelengkapan anggota tentera serta membina dan menaik taraf pos kawalan.
  • Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) turut diberikan RM622 juta bagi memastikan kawasan perairan negara bebas daripada penyeludupan dan pencerobohan termasuk ancaman lanun, katanya.
Belanjawan 4 : Penjawat awam boleh pinjam 3 tahun sekali beli komputer
Penjawat awam kini boleh membuat pinjaman untuk membeli komputer peribadi (PC) tiga tahun sekali berbanding lima tahun yang dilaksanakan sekarang

Belanjawan 5 : Akta “Whistle Blower” akan diperkenal
Akta “Whistle Blower” akan diperkenalkan tahun depan manakala 14 Mahkamah Sesysen Khas Rasuah dan empat Mahkmah Tinggi Khas Rayuan akan ditambah untuk memerangi rasuah.

Belanjawan 6 : Tunjuk MyKad beli minyak
Pengguna kenderaan di negara ini wajib menggunakan MyKad untuk membeli bahanapi petrol atau diesel untuk memastikan subsidi minyak yang diperuntukan sampai ke golongan sasar

Belanjawan7 : Biasiswa nasional untuk pelajar terbaik
Seramai 30 pelajar terbaik berasaskan merit akan diberikan biasiswa Nasional untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti tersohor di dunia manakala pinjaman PTPTN bakal ditukar kepada biasiswa bagi pelajar ijazah sarjana muda yang mendapat kelas pertama mulai tahun 2010 selain kad diskaun tambang 50 peratus 1Malaysia untuk pelajar, pakej netbook termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 ringgit sebulan untuk 2 tahun

Belanjawan 8 : Subsidi RM2 bilion untuk petani dan nelayan
RM2 bilion akan disediakan untuk tujuan subsidi, insentif dan bantuan untuk petani dan nelayan, subsidi harga padi lebih RM400 juta, subsidi baja padi hampir RM300 juta, subsidi beras hampir RM220 juta dan peruntukan RM170 juta sebagai elaun sara hidup dan insentif untuk nelayan.

Belanjawan 9 : Pelepasan cukai RM500 langganan jalur lebar
Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 sehingga 2012.

Belanjawan 10 : Sistem pengurusan dan penyampaian agensi kerajaan dipertingkat
Bagi mencapai tujuan ini, Institut Tadbiran Awam negara (INTAN,) Bukit Kiara akan distruktur semula sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia,” katanya. INTAN Bukit Kiara akan dinaik taraf sebagai “School of Government” dengan kuasa autonomi, ditadbir secara profesional dibantu tenaga pengajar berpengalaman dan menjalin kerjasama dengan institusi terkemuka dunia.”

Kemudiannya kerajaan juga dalam peringkat akhir kajian pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), terutamanya untuk menilai impak sosial terhadap rakyat supaya rakyat tidak dibebankan dengan pengenalan cukai ini, jika didapati GST perlu dilaksanakan bagi mencapai kestabilan kewangan kerajaan. Sekiranya GST dilaksanakan, ia akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedia ada serta pengecualian tertentu diberikan kepada golongan berpendapatan rendah. Kadar GST yang akan dikenakan dijangka lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedia ada.

Belanjawan 11 : Suruhanjaya baru bagi pengangkutan awam darat
Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan dapat menguatkuasakan piawaian perkhidmatan serta menyedia rancangan jangka panjang pengangkutan awam bandar.

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) juga akan ditambah lapan unit “electric multiple units” (EMU) yang baru dan membaik pulih sembilan EMU dan langkah itu akan dapat meningkatkan kekerapan dan kecekapan perkhidmatan komuter sedia ada. Syarikat milik negara, Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) juga akan menambah 35 unit Aliran Transit Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya-Taman Melati. Empat unit tren telah diterima dan sedang beroperasi manakala 22 unit akan diterima pada tahun 2010 dan bakinya pada 2011. Langkah ini akan dapat menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat.

Kerajaan bercadang membina laluan berbumbung menghubungkan stesen-stesen LRT ke pusat aktiviti berhampiran iaitu Plaza Rakyat, Pasar Seni, Bandaraya, Jalan Sultan Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra dan Jalan Hang Tuah. Kerajaan juga akan memperluaskan laluan khas dan menambah bilangan bas untuk meningkatkan kekerapan perkhidmatannya di Kuala Lumpur dan di samping itu, empat hab baru akan dibina di Pulau Pinang untuk meningkatkan perkhidmatan bas dan penambahan rangkaian laluan.

Selain itu, cadangan pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu di  Gombak diharap dapat dapat mengurangkan kesesakan di pusat bandar raya. Kerajaan juga akan melaksanakan laluan khas untuk bas di lebuh raya yang kurang digunakan dan mengubah suai laluan Touch n” Go di plaza-plaza tol.

Belanjawan 12 : Pertukaran nama Kementerian Wilayah Persekutuan
Kementerian Wilayah Persekutuan ditukar nama kepada Kementerian Wilayah Persektuuan dan Kesejahteraan Bandar dan ditugaskan menyediakan plan tindakan untuk menangani masalah kemiskinan di bandar.

Belanjawan 13 : Klinik kesihatan komuniti 1Malaysia diperkenal
Klinik kesihatan komuniti 1Malaysia akan diperkenalkan di bandar tahun depan di kawasan perumahan dan dikendalikan oleh pembantu pegawai perubatan dan dibuka setiap hari untuk rawatan sakit biasa seperti demam, batuk dan selsema. Sebagai permulaan, sebanyak 50 buah klink akan dibuka dengan peruntukan RM10 juta.

Belanjawan 14 : Kerajaan terbit sukuk 1Malaysia berjumlah RM3 bilion
Sukuk 1Malaysia akan diterbitkan berjumlah RM3 bilion untuk memberi peluang kepada rakyat meningkatkan pendapatan mereka. Sukuk itu akan ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun dan ke atas, dengan pelaburan minima RM1,000 dan maksima RM50,000. Tempoh matang sukuk ini ialah tiga tahun dengan kadar pulangan lima peratus setahun yang akan dibayar setiap tiga bulan.

Belanjawan 15 : Diskaun Tambang 50 Peratus KTMB Kepada Pelajar
Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) jarak jauh kan diberikan kepada pelajar, terutama bagi mereka dari kalangan keluarga berpendapatan rendah. Diskaun itu adalah kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma itu boleh diperoleh dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010.

Belanjawan 16 : Pelepasan Diri Bagi Cukai Pendapatan Dinaikkan Kepada RM9,000
Peningkatan dalam jumlah pelepasan diri bagi pembayar cukai daripada RM8,000 kepada RM9,000, dan penstrukturan semula skim subsidi minyak.

Merujuk kepada pelepasan cukai, bermakna setiap pembayar cukai individu akan menikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000, dan pelepasan ini juga berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2010. Kerajaan juga mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus mulai tahun depan. Manakala kadar cukai maksimum bagi koperasi diturunkan kepada 26 peratus, dan kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin dikurangkan kepada 26 peratus.

Belanjawan 17 :
Cadangan cukai ke atas pekerja rakyat Malaysia serta asing yang bermastautin dan bekerja di Iskandar Malaysia

Mereka bakal dikenakan cukai hanya pada kadar 15 peratus, berbanding dengan kadar maksimum 26 peratus untuk seluruh negara. Golongan yang layak untuk menikmati cukai ini adalah bekerja  seperti dalam teknologi hijau, bioteknologi, perkhidmatan pendidikan, penjagaan kesihatan, industri kreatif, khidmat nasihat kewangan dan konsultansi serta perkhidmatan logistik dan pelancongan. Mereka juga mestilah menambah nilai dalam aktiviti yang diceburi. Galakan ini ditawar kepada mereka yang memohon dan mula bekerja di Iskandar Malaysia sebelum akhir tahun 2015, dan akan menikmati insentif ini secara berterusan.

Belanjawan 18 : Pakej NETBOOK
Sebagai ganjaran kepada pelajar yang cemerlang dalam pendidikan pula,  kerajaan juga menawarkan pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar (broadband) percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun. Pakej itu jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan keutamaan diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah.  Sebagai permulaan, pakej itu akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010

Belanjawan 19 :
Tukar Status Pinjaman ke Biasiswa
Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan ditukarkan kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf, bermula tahun depan.

Belanjawan 20 :
Membangunkan modal insan
Kerajaan memperuntukkan lebih RM30 bilion kepada pendidikan rendah dan menengah, yang akan memberi manfaat kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, RM1.6 bilion disediakan bagi pembinaan 80 buah sekolah baru serta 1,100 buah blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah. Peruntukan ini adalah untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Rendah dan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Mubaligh.

Belanjawan 21 : Pra Sekolah
RM1.1 bilion disediakan bagi mengubah suai dan menaik taraf, termasuk sekolah di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak. Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur lima dan enam tahun dalam prasekolah kerajaan dan swasta daripada 67 peratus sekarang kepada 87 peratus menjelang 2012. Kerajaan juga akan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada arus perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan dan bagi tujuan itu, kerajaan menyediakan peruntukan RM48 juta tahun depan. Semua kemudahan dan kurikulum prasekolah di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan agensi lain akan diubah suai dan inisiatif itu juga akan dinikmati oleh prasekolah yang dikendalikan oleh swasta.

Belanjawan 22 :
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Kerajaan mensasarkan 20 buah sekolah diberi pengiktirafan SBT, yang akan menumpukan kepada kecemerlangan akademik dan pencapaian keseluruhan pelajar termasuk disiplin dan kebersihan, aktiviti kokurikulum dan penguasaan bidang keutamaan sekolah pada tahun depan, dengan peruntukan tambahan RM20 juta.

Belanjawan 23 : Bai’ah Baru
New Deal atau Bai’ah Baru akan diperkenalkan kerajaan bagi tujuan menghargai jasa dan prestasi para pengetua serta guru besar bagi memastikan sekolah ditadbir secara profesional serta menunjukkan prestasi cemerlang.Sekiranya sasaran itu dicapai, ganjaran berbentuk insentif kewangan dan bukan kewangan serta autonomi dalam mentadbir sekolah akan diberikan. Namun bagi mereka yang tidak mencapai sasaran selama dua tahun berturut-turut, tidaklah terlepas daripada pemerhatian kerajaan.

Belanjawan 24 : Institut Kemahiran/kolej/politeknik
Kerajaan akan menyediakan RM1.3 bilion bagi membiayai pengurusan dan menaik taraf politeknik serta kolej komuniti serta menyediakan peruntukan kepada tabung pinjaman pelajaran untuk 32,000 pelajarnya, di samping memperuntukkan RM504 juta bagi membina dan menaik taraf serta menyelenggara peralatan di Institusi Latihan Perindustrian dan Latihan Teknologi Tinggi.
Kerajaan juga akan menyediakan RM483 juta kepada Institut Kemahiran Mara dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA serta Institusi Kemahiran Belia Negara, juga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara untuk tujuan pengurusan latihan termasuk menaik taraf institusi, serta menyediakan RM110 juta kepada pusat latihan kemahiran negeri dan institusi latihan terpilih bagi menjalankan program latihan industri, terutama dalam bidang teknikal, hospitaliti, kulinari serta perabot.

Belanjawan 25 : Skim Anuiti.
Pelaksanaan satu skim anuiti dalam perancangan kerajaan . Tabungan di Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mungkin tidak mencukupi memandangkan jangka hayat rakyat Malaysia yang semakin meningkat. Justeru itu skim anuiti merupakan satu instrumen kewangan yang sesuai untuk tujuan penampungan pendapatan semasa persaraan.

Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai skim anuiti, kerajaan mencadangkan pelepasan cukai individu sebanyak RM6,000 yang sedia ada untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan kepada RM7,000. Kenaikan RM1,000 ini adalah bagi pelepasan ke atas premium anuiti yang mula dibayar pada 1 Januari 2010 untuk tujuan persaraan yang ditawarkan oleh syarikat insurans.

Belanjawan 26 : Caruman KWSP Dinaikkan Semula Kepada 11 Peratus Pada 1 Jan, 2011
Caruman pekerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dinaikkan semula kepada kadar 11 peratus mulai 1 Jan, 2011 manakala bagi potongan secara sukarela pula berkuat kuasa serta merta, memandangkan keadaan ekonomi dijangka pulih

Sebelum ini, kerajaan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman KWSP mereka secara sukarela daripada 11 peratus kepada 8 peratus selama dua tahun mulai 1 Jan, 2009 sebagai sebahagian Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM7 bilion yang diperkenalkan pada November tahun lepas.

Belanjawan 27 : Industri pelancongan kesihatan.
Pengecualian cukai kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan akan mengembangkan lagi industri pelancongan kesihatan dan seterusnya memperkasakan kualiti sistem kesihatan negara.

Belanjawan 28 : RM6 Bilion Bagi Sektor Pertanian
  • Menaik taraf dan membaik pulih sistem infrastruktur pengairan dan saliran di dalam dan luar jelapang padi melibatkan 180,000 petani dengan peruntukan sejumlah RM137 juta.
  • Melaksanakan projek Empangan Paya Peda di Terengganu, yang akan meningkatkan kapasiti bekalan air Skim Pengairan Padi di Besut membabitkan sejumlah RM70 juta.
  • Memodenkan industri akuakultur dan pelaksanaan skim latihan keusahawanan bagi pengusaha dan penternak akuakultur dengan tumpuan kepada pembenihan perikanan dan penternakan ikan hiasan. Skim itu akan memberi faedah kepada 1,150 peserta melibatkan peruntukan sejumlah RM82 juta.
  • Membangunkan industri tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung walit dengan peruntukan sejumlah RM149 juta.
  • Membangunkan prasarana keperluan asas ladang ternakan dan mewujudkan rantaian bekalan dalam industri pengeluaran daging lembu dan kambing dengan peruntukan sejumlah RM58 juta.
  • Melaksanakan program inkubator untuk melatih dan membimbing belia serta graduan untuk menjadi usahawan tani berjaya.
Kerajaan juga akan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan termasuk subsidi harga padi berjumlah lebih RM400 juta dan subsidi baja padi hampir RM300 juta.

Insentif untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi dan subsidi beras pula membabitkan hampir RM220 juta manakala RM170 juta diperuntukkan untuk menyediakan elaun sara hidup nelayan.  Konsortium Felda, Felcra (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan) and Risda (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil) dengan modal berbayar sebanyak RM300 juta akan diwujudkan menjelang akhir 2009 untuk melaksanakan pelbagai projek hiliran dan huluan berimpak tinggi.

Setiap agensi akan menyumbang RM100 juta dan konsortium itu akan terlibat dalam perkongsian teknologi, pengurusan perladangan, kerjasama perniagaan termasuk aktiviti pembekalan dan pemprosesan keluaran pertanian. MASKargo akan meningkatkan kapasiti kemudahan kargo udara bagi pengedaran hasil pertanian yang mudah rosak untuk dieksport dan langkah itu akan dapat membantu pengusaha untuk mengeksport lebih banyak hasil pertanian. Perdana Menteri berkata pertanian merupakan antara sektor yang menjadi sumber penting pendapatan rakyat di luar bandar dan pertumbuhan ekonomi negara.

Komentar Saya :
Terkejut juga bila melihat begitu banyak insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat dalam menangani pelbagai permasalahan rakyat di negara kita. Tetapi kita harus sedar dan menggunakan segala kemudahan ini dengan sebaik mungkin. Diharapkan tidak timbul sebarang permasalahan integriti dan rasuah dalam bermacam-macam insentif ini.  Jangan pula ada yang memandang semua ini sebagai salah satu cara untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa menghiraukan kepentingan sosial dan kepentingan masyarakat bersama.
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com