:: iklaneka ::

Showing posts with label sumber terbuka. Show all posts
Showing posts with label sumber terbuka. Show all posts

Monday, April 13, 2009

Ubuntu atau Windows ?



Hari ini agak busy dengan kerja-kerja yang sentiasa ada. Bukan bermusim tapi rutin harian. Masa saya mula2 berjinak2 dengan OSS ni, saya pernah buat instalasi Linux Ubuntu pada sebuah PC desktop member ofis. Memang pada awal2 lepas install memang mudah dan sedap guna Ubuntu ni katanya. Lama kelamaan jadi pening sebab banyak benda2 yang ada pada Windows tak sama dengan Ubuntu. Ada yang ada pada windows tapi tak ada pada Ubuntu. Memanglah sebab masa tu Ubuntu masih lagi dalam proses pengemaskinian dan proses menaiktaraf (upgrading) sentiasa berjalan pada setiap hari. Group2 programmer Ubuntu memang ramai dan ada di merata dunia. Mereka memang amat komited dalam melakukan kerja2 pengaturcaraan.
Malah Canonical sendiri berusaha dan strive habis2 untuk meramaikan lagi developer sambilan di merata dunia supaya mudah Ubuntu nak integrate dengan environment dan culture seluruh dunia. Apa yang saya maksudkan ialah jika orang Malaysia nak pakai Ubuntu, ada Ubuntu versi Malaysia. Jika ada orang Jepun nak pakai Ubuntu, ada Ubuntu versi Jepun. Maknanya Ubuntu ada dan compatible dengan semua tempat, budaya dan bahasa penggunanya. Anda tahu siapa dan apa Canonical? Ia sebuah company yang ditubuhkan oleh seorang Jutawan yang bernama Mark Shuttleworth. Dia ni macam founder Canonical dan orang yang bersungguh2 untuk mewujudkan freedom dalam dunia perkomputeran global.

Sengaja environment dan moto Ubuntu diambil dari spirit kebebasan di Afrika. Menggambarkan betapa global memerlukan satu alternatif dan freedom dalam menggunakan komputer dan alat2 teknologi ICT yang lain. Mungkin ada di kalangan kita yang pernah pakai MacOS X dan seanteronya. Kita mungkin akan kata MacOS X ada paparan yang menarik, cantik dan kemas. Ubuntu lebih dari itu malah kita pun pening kepala kenapa Ubuntu boleh buat macam tu dan macam ni. Tak disangka2.

Nantikan posting terbaru saya mengenai Ubuntu Linux pada esok hari. Saya akan postingkan banyak lagi artikel2 yang related dengan Ubuntu Linux. Jadikan Ubuntu sebagai alternatif kepada OS anda. Bebaskan diri anda daripada cengkaman Microsoft.

Monday, April 6, 2009

Jimatkan kos IT anda sekarang!

Jimatkan kos IT anda sekarang! Bagaimana nak jimat kalau setiap bulan setiap tahun kita asyik purchase produk2 komersil yang mahal2 harganya. Sebagai contoh anda perlu berbelanja sehingga beratus2 untuk sebuah Operating System software Microsoft Windows Vista sedangkan anda boleh mendapatkan alternatif kepada OS tersebut dengan memuat turun OS Linux seperti Ubuntu, Fedora, Slaxx dan sebagainya secara PERCUMA dan tak ada sebarang permasalahan untuk muat turunnya.

Bukannya susah kan? Anda akses jer web Google.com kemudian search jer keyword 'Linux' . Anda akan dapati berpuluh2 search result berkenaan dengan Linux. Linux pun ada yang berbayar dan ada yang FREE! Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana satu berkenan di hati. Linux yang berbayar tu biasanya dikhaskan untuk pengguna yang dah mahir dan mempunyai skills yang tinggi. Manakala yang FREE tu dikhaskan untuk pengguna yang baru nak berjinak2 dengan OS Linux.

Cuba surf, baca, teliti dan download software OSS kemudian sebarkan kewujudan dan kelebihannya kepada member2 yang ada dalam YM kita, Friendster, Hi5, MySpace, Flickr dan sebagainya. Itulah antara benefits social network portal (Friendster, Hi5, MySpace). Banyak2 involve dalam forum2 yang berkaitan dengan software atau forum2 yang santai2 dan sempoi2.

Jika anda malas atau tak berapa berminat untuk surf info berkenaan dengan OSS ni, anda boleh akses website "Koleksi OSS" dan dapatkan lebih info mengenainya. Dan anda boleh terus download, install dan guna OSS tersebut terus menerus.

Rebutlah peluang untuk mendapatkan lebih info mengenai OSS sekarang >>>

Koleksi OSS - Jimatkan kos IT anda sekarang !

 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com