:: iklaneka ::

Showing posts with label ubuntu. Show all posts
Showing posts with label ubuntu. Show all posts

Thursday, April 16, 2009

CD Kit Ubuntu dengan Ubuntu 8.10

Dapatkan CD Kit Ubuntu dengan Ubuntu 8.10 di web ni :- KIT UBUNTU : JOMLINUX . Mudah jer nak dapatkan Ubuntu sebab kat Malaysia pun dah ada komuniti Ubuntu yang mantap dan tip top. Kebanyakkannya terdiri dari student2 IPT yang memang gilakan OSS. Freedom in using Software. Elakkan diri kita dari guna software yang komersil dan yang mencekik darah kita setiap bulan atau setiap tahun. 

Anda boleh klik button Kit Ubuntu di sebelah kanan blog saya ni. Bawah button eBOOK manual HTML. Senang jer nak order. Nak bayar pun mudah. Murah jer. Sekitar RM15.00 jer. Tak perlu fikir panjang2. Fikir pendek jer. Beli dulu kemudian try. Selepas beli anda terus install dan kalau ada apa2 yang bermasalah masa nak guna boleh contact dan query pada technical support. Mudah jer. Kalau tak boleh settle jugak masalah, boleh rujuk laman blog atau komuniti Ubuntu. Just akses web rasmi Ubuntu : www.ubuntu.org then tanya jer apa2 yang musykil di laman komunitinya.

Kalau anda rasa anda nak jimatkan kos software anda, anda boleh klik button eBOOK "Koleksi OSS" yang terletak disebelah kanan blog saya ni. Mudah jer. Percayalah saya. 

Monday, April 13, 2009

Ubuntu atau Windows ?



Hari ini agak busy dengan kerja-kerja yang sentiasa ada. Bukan bermusim tapi rutin harian. Masa saya mula2 berjinak2 dengan OSS ni, saya pernah buat instalasi Linux Ubuntu pada sebuah PC desktop member ofis. Memang pada awal2 lepas install memang mudah dan sedap guna Ubuntu ni katanya. Lama kelamaan jadi pening sebab banyak benda2 yang ada pada Windows tak sama dengan Ubuntu. Ada yang ada pada windows tapi tak ada pada Ubuntu. Memanglah sebab masa tu Ubuntu masih lagi dalam proses pengemaskinian dan proses menaiktaraf (upgrading) sentiasa berjalan pada setiap hari. Group2 programmer Ubuntu memang ramai dan ada di merata dunia. Mereka memang amat komited dalam melakukan kerja2 pengaturcaraan.
Malah Canonical sendiri berusaha dan strive habis2 untuk meramaikan lagi developer sambilan di merata dunia supaya mudah Ubuntu nak integrate dengan environment dan culture seluruh dunia. Apa yang saya maksudkan ialah jika orang Malaysia nak pakai Ubuntu, ada Ubuntu versi Malaysia. Jika ada orang Jepun nak pakai Ubuntu, ada Ubuntu versi Jepun. Maknanya Ubuntu ada dan compatible dengan semua tempat, budaya dan bahasa penggunanya. Anda tahu siapa dan apa Canonical? Ia sebuah company yang ditubuhkan oleh seorang Jutawan yang bernama Mark Shuttleworth. Dia ni macam founder Canonical dan orang yang bersungguh2 untuk mewujudkan freedom dalam dunia perkomputeran global.

Sengaja environment dan moto Ubuntu diambil dari spirit kebebasan di Afrika. Menggambarkan betapa global memerlukan satu alternatif dan freedom dalam menggunakan komputer dan alat2 teknologi ICT yang lain. Mungkin ada di kalangan kita yang pernah pakai MacOS X dan seanteronya. Kita mungkin akan kata MacOS X ada paparan yang menarik, cantik dan kemas. Ubuntu lebih dari itu malah kita pun pening kepala kenapa Ubuntu boleh buat macam tu dan macam ni. Tak disangka2.

Nantikan posting terbaru saya mengenai Ubuntu Linux pada esok hari. Saya akan postingkan banyak lagi artikel2 yang related dengan Ubuntu Linux. Jadikan Ubuntu sebagai alternatif kepada OS anda. Bebaskan diri anda daripada cengkaman Microsoft.
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com