:: iklaneka ::

Tuesday, November 24, 2009

Pagi yang terlena dan penat sedikit....

Semalaman meneliti dan menganalisa coding php yang intermediate membuatkan saya makin lemah dan terlena kadang-kadang ketika melaksanakan kerja di pejabat. Memang saya benar-benar tak boleh tidur lewat dan kurang masa tidur. Tidur kena cukup dan kena tidur awal. Kesilapan ini tak boleh diulangi lagi pada masa yang akan datang. InsyaAllah. Mungkin 10.30 mlm merupakan masa mandatori untuk saya tidur. InsyaAllah.

Hari ini tidak begitu banyak hambatan kerja dan waktu yang diperlukan oleh staf di pejabat. Alhamdulillah, boleh lah saya fokus pada usaha untuk stabilkan kerja-kerja unit. Akhirnya saya sempat juga menyiapkan satu pc yang rosak akibat serangan trojan dan worm yang sememangnya menjadi musuh saya pada tahun 2006. Memang tertekan kerana tak tahu nak buat macamana. Masa tu perisian antivirus dan internet security mahal dan menelan kos yang tinggi untuk digunakan. Jadi terpaksa guna antivirus percuma dan terhad perlindungannya.

Sekarang masa untuk berehat sekejap sementara menunggu sebarang hambatan kerja dan waktu yang akan dihadapi sekejap lagi. InsyaAllah, mohon pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kejayaan atas setiap pekerjaan yang dilakukan pada hari ini dan pada masa akan datang. Kadang-kadang kita kena kenali diri kita melalui rehat yang cukup dan kerja yang menepati masa dan berdisiplin membolehkan kita tahu siapa diri kita dari dalam. Boleh dan mampukah kita berdisiplin dalam apa jua lapangan kerja dan hidup kita? Kalau mampu, apakah kemampuan itu boleh menjamin hidup kita? Sama-sama kita renungkan.

Hari ini banyak juga saya membaca artikel-artikel dan posting-posting dari blog-blog lain dalam pelbagai bidang termasuk ict, teknologi, peribadi, politik, sosial, agama dan sebagainya. Memang tak puas dan tak boring jika baca artikel dan makalah dari internet kerana caranya berbeza dan fokus kita tinggi. Mata kita akan lebih fokus malah tidak letih apabila melihat artikel yang dipaparkan di blog/web kerana antaramukanya yang menarik dan tidak meletihkan. Jom rehat jap! :-)

AmBank Melancarkan Aplikasi Mudah-Alih AmGenie

AmBank hari ini telah melancarkan perbankan mudah-alih mereka yang mana dipanggil AmGenie. Melalui perbankan mudah-alih ini, para pengguna boleh menggunakan servis AmBank untuk menyemak baki, melihat senarai transaksi, memindah wang ke akaun lain, membayar bil dan sebagainya dengan mudah melalui telefon mudah alih.
amgenie
Antaramuka Aplikasi AmGenie
Pada masa yang sama juga, anda boleh menyemah senarai cawangan AmBank yang terdekat, selain mengetahui mesin ATM terdekat dengan mudah. Selain daripada informasi berkaitan perbankan, AmGeni juga menyediakan perkhidmatan tambahan seperti informasi berkaitan wayang, KWSP dan juga waktu solat semasa.

Untuk menggunakannya, para pengguna boleh memuat-turun aplikasi AmGenie Pro ke telefon bimbit mereka, ataupun dengan mengakses laman WAP AmGenie. AmBank membawakan servis mudah-alih ini dengan kerjasama FSBM Net Media Sdn. Bhd. Sebelum ini, CiMB telah memperkenalkan aplikasi khas perbankan untuk para pengguna iPhone dengan kerjasama bersama Maxis.

Saturday, November 21, 2009

Google Chrome OS

Semalam Google memperlihatkan Google Chrome OS yang telah dilancarkan secara BETA di khalayak ramai. Ianya begitu ringan, mudah, cepat dan lancar sekali. Chrome OS berasaskan antaramuka browser Chrome OS. Begitu mudah dan ringan sekali. Saya tak sempat melihat video youtube mengenai persembahan Google Chrome OS ini daripada Google kerana kelajuan internet di ofis begitu perlahan. Jadi saya ambil beberapa screen capture dari blog Amanz.net. Cuba anda perhatikan ciri-ciri dan antaramukanya yang begitu simple sekali.
ChromeOS - Boot
Walaupun tiada sebarang pelancaran ataupun beta untuk hari ini, Google telah pun melepaskan kod sumber bagi sistem operasi Chrome OS hari ini. Segala pembangunan Chrome OS adalah berasaskan pada pelayar web Chrome yang telah lebih setahun dibangunkan, dan kini digunakan oleh hampir 30 juta pengguna seluruh dunia. Dan perkara biasa yang kita dengar berkenaan dengan Chrome adalah pantas, dan inilah yang dititik-beratkan pada Chrome OS.

ChromeOS - Google
Chrome OS menumpukan pada tiga perkara penting, iaitu kelajuan, mudah dan ringkas serta sekuriti. Chrome OS amat pantas, yang mana membolehkan anda menggunakan pelayar web sebaik sahaja anda memulakan sistem operasi anda. Pada demo yang diperlihatkan, ianya mengambil masa lebih kurang 7 saat untuk ke skrin log masuk, dan 3 saat lagi untuk ke aplikasi. Menariknya, pihak pembangun Chrome OS masih dalam pembangunan, dan perkara ini dijangka lebih pantas pada versi akhir kelak.

Pada Chrome OS, segala aplikasi yang digunakan adalah aplikasi berasaskan web, dan semua data adalah menggunakan konsep perkomputeran awam. Ini diperlihatkan melalui demo, dimana aplikasi Notepad dibuka dan diisi dengan sedikit info, dan seterusnya, apabila membuka Google Docs, fail tersebut telah disimpan disana secara automatik.

Pada masa yang sama, Chrome OS bakal menjadi sistem operasi yang paling selamat, kerana tiada sebarang fail binary yang boleh dipasang, jadi ianya mungkin agak sukar untuk dicerobohi. Selain itu, model sekurit pada pelayar web turut diintegrasikan menjadikan Chrome OS lebih selamat.

 ChromeOS -App

Chrome OS juga didatangkan bersama tab aplikasi,dimana pada menu aplikasi, anda boleh memilih aplikasi yang anda ingin gunakan daripada senarai aplikasi yang dipersembahkan. Selain daripada itu, anda juga boleh memainkan media seperti video dan muzik dengan mudah pada Google Chrome OS.

 Desktop Google Chrome
  Desktop Chrome OS Apabila Semua Di Minimize




Friday, November 13, 2009

2 hari tak boleh akses internet, dunia macam kelam-kabut

Dah 2 hari saya tak boleh akses internet, dunia kat ofis macam kelam-kabut. :-) Macamlah internet ini ibarat nyawa. Kalau tak ada, terus mati. :-) Pelik2 manusia zaman sekarang ni. Duduk di pejabat kalau tak ada kerja, carilah kerja yang bermanfaat dan berfaedah.

Lebih baik saya fokus pada proposal yang akan datang. InsyaAllah, dunia kelam-kabut akan berakhir tidak lama lagi. InsyaAllah. :-)

Tuesday, November 3, 2009

Dalam banyak2 servis emel, servis emel mana yang terbaik???



Soalan ini mesti kita tanya pada diri kita ketika kita mula2 nak berjinak2 dengan servis emel. Ada yang kata Yahoo! Mail adalah yang terbaik, ada yang kata GMail yang terbaik, ada yang kata MSN mail yang terbaik. Tetapi pada saya, servis emel yang terbaik ialah GMail. Kenapa GMail? GMail ada banyak fungsi yang memenuhi citarasa dan kehendak saya. Antaranya ialah fungsi anti spam, Search Engine Google, Blogspot, Google Reader, Google Apps, Google News, Google Maps dan banyak lagi.


Itu merupakan sebab2 mengapa saya suka guna GMail. Mudah, cepat, ringkas, canggih dan powerful sangat2. Yahoo! Mail banyak kekangan dan masalah. Ada kawan2 bagitahu, kadang2 emel yang mereka hantar pada emel Yahoo! saya tak sampai atau tak masuk dalam inbox. Itu yang pelik. Kadang2 ada yang sampai separuh. Kadang2 ada yang failed delivery. Macam2 masalah yang timbul apabila kita guna Yahoo! Mail. Jadi untuk mengelakkan dari semua benda2 tu berlaku, saya pun mengambil keputusan untuk guna GMail. Anda boleh surf web GMail sekarang juga : http://mail.gmail.com

Sign Up akaun baru kemudian try lah godek2 sendiri GMail tu. Ada banyak misteri yang anda boleh bongkar dari GMail. :-)
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com