:: iklaneka ::

Saturday, July 17, 2010

Apa itu Portal ?

Dah banyak kali saya diutarakan soalan tersebut. Apa itu Portal ? Portal merupakan salah satu medium web untuk menyampaikan maklumat. Bezanya dengan laman web biasa ialah portal umpama "gateway" atau pintu masuk atau pusat pengumpulan untuk banyak sumber maklumat lain. Melalui portal kita boleh lakukan pencarian maklumat dalaman web, pendaftaran pengguna dan login pengguna, sistem undian online, news feeder atau suapan berita, takwim solat dan banyak lagi module-module yang kita boleh dapati dalam sesebuah portal. 

Kebanyakan kita mungkin pernah mendengar portal seperti iluvislam.com, hannan.com.my dan banyak lagi. Semuanya menggunakan konsep portal untuk menguruskan laman web mereka. Pada zaman awal internet di Malaysia, sekitar awal tahun 90-an, kebanyakan portal perlu dibangunkan secara berbayar maknanya kalau kita nak urus laman web dengan sistem portal, kita kena upah syarikat web designer untuk bina portal. Kosnya tinggi sehinggakan ada yang mencecah puluhan ribu untuk satu-satu portal itu tak termasuk kos maintenance yang berkala dan ada yang berjadual. 

Oleh kerana timbul kekangan seperti diatas (pada saya itu satu kekangan), maka ramai developer dan programmer yang otai-otai di dunia telah membina satu laman web komuniti untuk sama-sama berbincang macamana nak buat satu alternatif untuk menggantikan proprietary portal ini. Selepas itu lahirlah idea "Free Content Management Software" atau "Free CMS" untuk mana-mana individu atau organisasi yang inginkan kebebasan dan penjimatan kos untuk pembinaan dan penyelenggaraan portal. Sekarang ini dah banyak CMS yang percuma telah direka dan dibangunkan oleh programmer-programmer yang otai ni. Antaranya seperti Joomla, phpNuke, Mambo, Drupal dan banyak lagi. Dan semua CMS ini FREE! Cuma satu lagi kekangan timbul, webmaster atau web admin yang nak kena urus CMS ni kenalah study dan belajar cara-cara untuk mengendalikannya. Tak susah, berlambak-lambak manual dan tutorial yang kita boleh baca dan ikut dalam internet. Dan kebanyakkannya FREE!

Saya juga mengadakan kelas atau trainning untuk pengurusan Portal menggunakan CMS percuma ini. Jika anda berminat sila hubungi saya untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Emailkan kepada saya : mamn85@gmail.com
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com