:: iklaneka ::

Tuesday, November 24, 2009

Pagi yang terlena dan penat sedikit....

Semalaman meneliti dan menganalisa coding php yang intermediate membuatkan saya makin lemah dan terlena kadang-kadang ketika melaksanakan kerja di pejabat. Memang saya benar-benar tak boleh tidur lewat dan kurang masa tidur. Tidur kena cukup dan kena tidur awal. Kesilapan ini tak boleh diulangi lagi pada masa yang akan datang. InsyaAllah. Mungkin 10.30 mlm merupakan masa mandatori untuk saya tidur. InsyaAllah.

Hari ini tidak begitu banyak hambatan kerja dan waktu yang diperlukan oleh staf di pejabat. Alhamdulillah, boleh lah saya fokus pada usaha untuk stabilkan kerja-kerja unit. Akhirnya saya sempat juga menyiapkan satu pc yang rosak akibat serangan trojan dan worm yang sememangnya menjadi musuh saya pada tahun 2006. Memang tertekan kerana tak tahu nak buat macamana. Masa tu perisian antivirus dan internet security mahal dan menelan kos yang tinggi untuk digunakan. Jadi terpaksa guna antivirus percuma dan terhad perlindungannya.

Sekarang masa untuk berehat sekejap sementara menunggu sebarang hambatan kerja dan waktu yang akan dihadapi sekejap lagi. InsyaAllah, mohon pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kejayaan atas setiap pekerjaan yang dilakukan pada hari ini dan pada masa akan datang. Kadang-kadang kita kena kenali diri kita melalui rehat yang cukup dan kerja yang menepati masa dan berdisiplin membolehkan kita tahu siapa diri kita dari dalam. Boleh dan mampukah kita berdisiplin dalam apa jua lapangan kerja dan hidup kita? Kalau mampu, apakah kemampuan itu boleh menjamin hidup kita? Sama-sama kita renungkan.

Hari ini banyak juga saya membaca artikel-artikel dan posting-posting dari blog-blog lain dalam pelbagai bidang termasuk ict, teknologi, peribadi, politik, sosial, agama dan sebagainya. Memang tak puas dan tak boring jika baca artikel dan makalah dari internet kerana caranya berbeza dan fokus kita tinggi. Mata kita akan lebih fokus malah tidak letih apabila melihat artikel yang dipaparkan di blog/web kerana antaramukanya yang menarik dan tidak meletihkan. Jom rehat jap! :-)

AmBank Melancarkan Aplikasi Mudah-Alih AmGenie

AmBank hari ini telah melancarkan perbankan mudah-alih mereka yang mana dipanggil AmGenie. Melalui perbankan mudah-alih ini, para pengguna boleh menggunakan servis AmBank untuk menyemak baki, melihat senarai transaksi, memindah wang ke akaun lain, membayar bil dan sebagainya dengan mudah melalui telefon mudah alih.
amgenie
Antaramuka Aplikasi AmGenie
Pada masa yang sama juga, anda boleh menyemah senarai cawangan AmBank yang terdekat, selain mengetahui mesin ATM terdekat dengan mudah. Selain daripada informasi berkaitan perbankan, AmGeni juga menyediakan perkhidmatan tambahan seperti informasi berkaitan wayang, KWSP dan juga waktu solat semasa.

Untuk menggunakannya, para pengguna boleh memuat-turun aplikasi AmGenie Pro ke telefon bimbit mereka, ataupun dengan mengakses laman WAP AmGenie. AmBank membawakan servis mudah-alih ini dengan kerjasama FSBM Net Media Sdn. Bhd. Sebelum ini, CiMB telah memperkenalkan aplikasi khas perbankan untuk para pengguna iPhone dengan kerjasama bersama Maxis.
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com