:: iklaneka ::

Wednesday, September 16, 2009

Aidilfitri menghampiri kita, Ramadhan menjauhi kita

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke-26 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Tinggal 4 hari sahaja lagi untuk kita menghabiskan puasa yang penuh kenikmatan ini. Ramadhan kali ini saya rasakan amat bermakna bagi saya kerana berjaya menjana semula semangat untuk berblog dan memasukkan pelbagai info berkaitan OSS. Sebenarnya kemeriahan dunia oss begitu hebat pada masa kini.

Ramai user pc mencari-cari pelbagai alternatif kepada produk2 komersil yang ada di pasaran. Selain nak menjimatkan duit, melalui penggunaan OSS juga membolehkan user belajar secara trial&error mana-mana OSS yang dipasang di dalam pc atau laptop. Itulah kelebihan dan manfaat OSS kepada IT user di seluruh dunia.

Kita tidak mahu terikat sangat dengan penggunaan produk2 komersil kerana banyak produk komersil yang mementingkan keuntungan berbanding tanggungjawab sosial. Kaedah yang digunakan oleh penggiat OSS untuk menjana pendapatan begitu mudah dan fleksibel. Mereka membangunkan satu perisian sebagai contoh perisian pelayar internet. Mereka mengedarkannya secara PERCUMA kepada IT user di seluruh dunia. User akan menginstallkan perisian tersebut kemudian menyebarkannya kepada orang lain atau member2 mereka. Programmer atau founder untuk perisian tersebut akan membangunkan satu laman komuniti atau laman blog untuk memudahkan user/blogger/programmer berkomunikasi dan berinteraksi secara maya dan direct di satu platform yang khusus. Sebarang permasalahan mengenai perisian tersebut boleh dihantar melalui laman komuniti atau blog tersebut. Mudah saja!

Soalan yang diajukan oleh user akan dijawab secepat mungkin oleh programmer atau founder perisian tersebut. Proses ini tidak melibatkan sebarang kos wang ringgit. Semua maklumat yang diperoleh dari pertanyaan tersebut adalah PERCUMA dan boleh disebarkan secara meluas melalui internet. Segala pertanyaan/laporan/kekurangan dan komentar yang diajukan oleh user atau programmer akan disimpan dan direkodkan ke dalam pangkalan data laman komuniti atau blog tersebut.

Bagaimana mereka menjana pendapatan?

Mereka boleh menjana pendapatan melalui jualan barang2 cenderahati (souvenir) seperti topi, baju t-shirt, seluar, beg dan sebagainya. Barang2 ini boleh didapati di Online Shop mereka. Selain itu, mereka juga akan meletakkan homepage bagi perisian pelungsur internet tersebut dengan laman search engine mereka yang diasosiasi dengan search engine yang popular seperti Google.com, Yahoo!.com dan sebagainya. Mereka juga akan meletakkan sticky advertisement pada perisian tersebut.
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com