:: iklaneka ::

Wednesday, October 7, 2009

Yahoo Meme dan Facebook Lite

Hari ini saya baca posting dari blog JomPHP mengenai Yahoo Meme yang dikatakan bakal memberi saingan hebat kepada Twitter. Servis ini sama juga dengan Twitter. Fungsinya pun sama. Cuma dibangunkan oleh Yahoo! Sekarang Yahoo! Meme masih lagi dalam versi Beta. Mana-mana pengguna ingin menggunakannya perlu mendapat invitations daripada pengguna Yahoo! Meme yang sedia ada terlebih dahulu.

InsyaAllah, saya akan cuba contact admin JomPHP untuk mendapatkan invitations daripadanya. Kemudian saya akan invite anda jika anda mahu mencubanya. Setelah melihat antaramukanya, saya dapati kebanyakan antaramukanya tidak ubah seperti Twitter. Simple, mudah dan laju. Kebanyakan metod web designing menggunakan style macam itu. Anda boleh lihat screen capture di bawah :

Hampir sama dengan Twitter cuma bezanya Twitter antaramuka defaultnya adalah berwarna biru cerah manakala Yahoo! Meme berwarna hitam bright.

Satu lagi servis yang anda boleh cuba ialah Facebook Lite yang fungsinya sama dengan Twitter juga. Facebook Lite lebih kurang sama dengan Facebook biasa. Cuma ia lebih laju. Kalau anda berminat untuk mencuba Yahoo! Meme sila isikan borang komen dalam blog ini.
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com