:: iklaneka ::

Monday, June 22, 2009

Anak bangsa yang lemah

Saya terkedu bila melihat beberapa keping gambar yang diambil dari blog seorang wartawan politik. Begitu sedih dan menyentuh hati. Risau dan bimbang jika generasi penerus kepimpinan negara kita berkelakuan dan bertingkah laku seperti dalam gambar tersebut. Bagaimanakah masa depan negara jika negara dan masyarakat Malaysia dipimpim oleh orang seperti dalam gambar tersebut.

Bila melihat gambar-gambar tersebut, saya teringatkan sepupu-sepupu di kampung. Begitu bimbang jika ada yang terpengaruh dengan kawan-kawan. Kawan-kawan banyak pengaruhnya kepada kita. Tetapi tak semua pengaruh itu terletak pada kawan-kawan. Kadang-kadang tekanan dari keluarga seperti ibubapa, adik-beradik dan sebagainya boleh memberi impak yang besar kepada pemikiran dan akal budi remaja tersebut.

Ada sesetengah pihak menyatakan pihak sekolah perlu dipersalahkan dalam hal dan permasalahan yang melibatkan golongan belia remaja ini. Maka kelam-kabutlah Menteri Pelajaran menyusun pelbagai aktiviti dan program untuk menangani permasalahan ini. Manakala agensi-agensi kerajaan yang lain serta NGO-NGO yang mengambil berat tentang permasalahan ini turun padang untuk cuba menyelesaikan permasalahan ini secara total. Namun permasalahan semakin hari semakin menjadi-jadi.

Kenapa terjadi sedemikian rupa? Sebenarnya semua pihak perlu sama-sama bijaksana untuk bekerjasama dalam menyelesaikan permasalahan ini. Jangan asyik saling tuding-menuding jari macam ular tedung. Tak selesai masalah sampai bila-bila. Apa yang pasti, permasalahan seperti ini tidak boleh dibiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Bahkan semua pihak perlu mengambil inisiatif masing-masing untuk sama-sama menangani permasalahan ini.

Jangan ambil sikap lepas tangan saja. Jika ada anggota masyarakat yang terlihat sesuatu yang luar biasa maka kenalah tegur. Budaya tegur-menegur perlu dipraktikkan secara meluas tapi jangan sampai berkejar-kejar dengan parang selepas ditegur. Buruk bunyinya. Zaman dahulu kala, orang tua dan jiran tetangga suka menegur kesalahan dan kesilapan anak cucu cicit kita. Sampaikan ada yang tutup aurat pun ditegur. Tapi sekarang nak tegur anak gadis yang tak tutup aurat, boleh kirim salam. Yang diharapkan agar menegur tu pulak yang ambil kesempatan mengurat anak dara orang. Kata mereka suka tengok anak dara yang tak tutup aurat. Dah rezeki, kata mereka. Itu namanya rezeki dosa bukannya rezeki pahala.

Jika ada yang cuba memberi sejuta alasan untuk mengurat anak dara orang, maka lambat laun negara ini akan dimusnahkan dengan sejuta alasan tersebut. Jadi sama-samalah kita berfikir dan merenung bagaimana nak menyelesaikan permasalahan tersebut secara bijaksana dan berhikmah.

Tulisan penuh artikel tersebut boleh dilayari di sini : http://msomelayu.blogspot.com/2009/06/padamkan-mata.html
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com