:: iklaneka ::

Saturday, October 9, 2010

Lama menyepi...

Alhamdulillah, rasanya dah lama tak update blog ni. Bukan apa, kesibukan dengan hal-hal yang wajib menyebabkan blog ini kesepian buat seketika. Hari ini saya berjaya selesaikan satu kes laptop yang asyik restart setiap kali lepas format. Rupa2nya motherboardnya mudah panas. Lagipun usia laptop tu hampir 7 tahun rasanya sebab guna processor Intel Celeron Mobile manakala RAM pun 256MB saja. Banyak kelemahan kalau nak dibandingkan dengan latest technology. Solusinya hanya satu, guna Cooler Pad. :-)


InsyaAllah akan datang pula kes-kes yang baru yang mungkin lebih mencabar berbanding dengan yang hari ni. Web Ofis pun hampir tak sempat nak update lantaran terlalu sibuk dengan kerja-kerja teknikal. But at least banyak pengalaman yang saya dapat hasil dari mengerjakan laptop2 dan pc2 yang bermacam-macam kes. Pengalaman itu tidak boleh dijual beli dan tak ternilai harganya. Hanya orang yang mengalaminya saja yang tahu bagaimana pahit manis pengalaman tersebut. Wah macam sasterawan lah pulak. :-)

Jadi malam ni nak selesaikan satu lagi installation software. Selesai yang ini, mungkin esok atau lusa boleh delivered kat owner. Ini yang suka ni. Kita puas hati dengan hasil kerja yang kita usahakan.
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com