:: iklaneka ::

Thursday, June 24, 2010

Another small web application for lectures...just using php & mysql

Hari ni saya nak siapkan satu lagi web application untuk lectures. Just using php & mysql. :-) Another in-house project using open source software. We moving towards software freedom! Web application sebelum ni pun memang guna php & mysql. Sebab tu lambat siap sikit sebab saya dah lama tinggal world of development. hehehe... bukannya expert pun. Baru nak merangkak balik. Begitulah tradisi programming ni. Ada jatuh bangun juga macam bisnes.

Hari-hari nak kena update akal dengan teknologi terkini. Semuanya melalui bacaan secara online. Akses web news tech yang berkaitan dengan IT atau yang seumpama dengannya. Kalau kita involve dalam programming, kita kenalah news tech yang berkaitan dengan programming. Seelok-eloknya yang menggunakan oss (open source software) sebab updates untuk teknologi oss ni sentiasa ada. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Mesti ada updatesnya.

Kita nak belajar programming ni bukannya susah macam zaman-zaman awal internet ada. Sekarang ni begitu banyak sekali resources untuk belajar programming. Yang PERCUMA pun banyak. Jadi jom belajar programming!

Tuesday, June 8, 2010

Berjaya selesai satu projek kecil... Tiny & Light web application

Hari ini saya berjaya selesaikan satu projek kecil. Alhamdulillah, aplikasi web yang ringan dan kecil telah berjaya saya siapkan dalam tempoh 2 minggu. Orang lain hanya ambil masa beberapa hari sahaja. Tapi saya 2 minggu nak siapkan aplikasi web yang kecil dan ringan ni. Susah sangat ke? hehehe... tak lah. Sebenarnya benda tak lah susah sangat. Cuma nak kena fokus je.

InsyaAllah, aplikasi web ini akan menjadi platform yang baru untuk kembangkan banyak lagi aplikasi web yang lain. Setiap hari saya fikirkan pelbagai cara untuk selesaikan projek ni. Pelbagai cara saya gunakan dan dah banyak manual yang dirujuk. Sampai pening kepala. Mutar itik. Akhirnya saya bertemu juga dengan solusinya. Alhamdulillah.

Tentu anda semua tertanya-tanya apa projek kecil yang saya develop tu? Projek ini adalah aplikasi web yang digunakan untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar. Benda kecil je. Bukannya susah sangat pun. :-) Tapi saya suka study elok-elok codingnya. Saya tak nak buat saja tapi tak faham-faham apa yang saya buat. Sesetengah developer hanya buat je dan copy&paste je coding dari Google.com atau mana-mana web yang diorang jumpa. Kemudian diorang akan elaborate sendiri coding tu. Tapi saya cuba nak lari sikit dari normalisasi metod programming tu. Alhamdulillah, banyak variasi programming (pengaturcaraan) yang saya jumpa dan saya simpan dalam laptop untuk rujukan masa depan.

Pengaturcaraan menggunakan PHP & MySQL bukannya sesenang ASP.net atau VB.net. Banyak benda yang kita kena kaji. Lain developer lain cara dan gaya programmingnya. Sebagai contoh, kalau kita nak bina satu form yang boleh terima data/maklumat, ada lebih dari 5 variasi/gaya programming yang saya jumpa. Semuanya berbeza-beza dan ada identiti masing-masing. hehehe.... Kadang-kadang dalam satu hari tu saya tak kemana asyik dok melekat kat pc/laptop je.

Tapi buat programming ni memang cukup menyeronokkan kerana kita dapat merasai kepuasannya bila user boleh menggunakan sistem yang kita develop tu dengan mudah dan senang hati. Kita pun senang hati dan gembira serta bahagia je rasa.

Berbalik kepada PHP & MySQL tadi, kedua-dua tools ni merupakan open source punya komponen. PHP merupakan bahasa pengaturcaraan web bahagian pelayan (server) yang percuma dan semestinya Open Source. Setiap hari mesti ada pembaharuan yang dilakukan pada bahasa pengaturcaraan ini oleh pembangun/pengaturcara. Bahasa ini mudah dipelajari dan kod atau manualnya boleh didapati di internet dengan mudah. Taip sahaja 'php' dalam enjin carian Google.com, anda akan dapat lihat beribu-ribu results yang ada berkaitan dengan PHP. Ini menunjukkan banyaknya resources berkaitan PHP ni.

Anda boleh belajar secara PERCUMA code PHP di laman web w3schools (http://www.w3schools.com/). Kat sini banyak benar resources dan tutorial berkaitan dengan bahasa programming termasuklah PHP. Anda boleh try and error je tutorial tu. Tutorial pun dibuat dalam bahasa yang ringan dan mudah difahami. Perisian yang perlu digunakan tak lah hebat sangat. Cukup sekadar pakai notepad, anda sudah boleh menjalani tutorial. Tapi sebelum itu anda kenalah install HTTP server. Tools yang ini pun PERCUMA! :-) Boleh download di : http://www.apachefriends.org/en/xampp.html

Tak perlu guna kad kredit untuk bayar dan yang penting tak perlu bayar. Sebab PERCUMA! :-) Bila dah abis download, anda boleh install HTTP server tu dan ikut step by step yang mudah dan mudah difahami. Kemudian mulakan tutorial PHP anda pada bila-bila masa sahaja. Anda nak tahu lebih lanjut bagaimana nak bangunkan sebuah laman web menggunakan PHP? Ikuti artikel terbaru saya pada masa akan datang. InsyaAllah. Mungkin saya akan update pada hari Ahad ini.

Salam buat semua dan salam kebebasan perisian!

Monday, June 7, 2010

Adakah anda tahu setiap kali anda login Facebook, anda menempah tiket untuk pembunuhan saudara anda?

Adakah anda tahu, setiap kali anda login Facebook anda menempah tiket untuk pembunuhan saudara anda? Untuk pengetahuan anda semua, Facebook merupakan salah satu laman web rangkaian sosial (social networking) yang menyokong kekejaman rejim Israel di Palestin. Anda pasti tertanya-tanya, betul ke? Betul lah wahai pak cik, mak cik, abang, adik, kakak sekalian. Sekarang ni Malaysia merupakan negara pengguna FB terbesar di dunia. Sehinggakan Administrator FB terpaksa membina versi Bahasa Melayu FB. Bagi admin FB, itu merupakan satu keuntungan besar bagi mereka. Kerana semakin ramai pengguna yang masuk ke FB mereka, maka semakin tinggilah hits FB mereka. Dan peluang untuk PPC (Pay-Per-Click) mereka semakin tinggi.

Adakah anda tahu bagaimana FB menjana pendapatan? Mereka tiada produk untuk diniagakan namun mereka banyak mengiklankan produk-produk dari luar. Hasil dari iklan tersebut mereka kenakan cas dalam bentuk komisen. Sehingga kini pendapatan FB hampir-hampir bilion dolar Amerika. Anda percaya atau tidak, FB pernah ditawarkan harga 1 bilion dolar Amerika kepada pembida-pembida laman web di seluruh dunia? Itulah kebenarannya.


Namun walau sekaya mana sekalipun FB, setiap hari ada saja saudara kita di Palestin yang dibunuh hasil dari kerja tangan kita juga. Kerana kita asyik dengan kesedapan melayari laman web FB. Sedangkan saudara se-Islam kita di Palestin mengalami kepayahan, kesusahan dan kesengsaraan hidup di bawah kekejaman dan kezaliman Yahudi Israel. Sebelum anda login FB, cuba anda fikir sejenak, apakah tindakan anda itu akan memberi kesan positif atau negatif pada Islam? Itu pun jika anda memikirkan tentang Islam dan masa depan umat Islam. 

Kita tidak memaksa tapi kita mengajak sama-sama kita berfikir dan merenung akan tindakan kita setiap kali berada di dunia maya ini. :-)
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com