:: iklaneka ::

Wednesday, August 26, 2009

Kemunculan AVAST 5.0 Free AV dinanti-nantikan oleh user...

Avast merupakan salah satu perisian anti virus percuma yang begitu famous sekitar tahun 2005-2006. Masa tu cecacing (worm) Brontok.32Win begitu bermaharajalela di alam siber. Sehinggakan ada company yang terpaksa menangguhkan operasi kerana serangan worm ini. Brontok.32Win dilahirkan di Indonesia. Developernya sudah semestinya orang Indonesia. Terrer jugak mat-mat indon ni.

Berbalik kepada Avast tadi, Avast merupakan perisian anti virus percuma yang mendapat tempat di hati pengguna IT di dunia ketika serangan brontok. Terkini, Avast sudah pun mempunyai antivirus percuma versi 4.8 dan kini Avast Free Antivirus 5.0 Beta sudah pun boleh dicuba dan diuji oleh para pengguna sekalian.

Ia masih lagi dalam peringkat beta, maknanya belum semua komponen perisian tersebut boleh digunakan buat masa sekarang ini. Salah satu perubahan drastik yang diperlihatkan pada Avast 5.0 ini adalah antaramukanya yang telah diubah kepada antaramuka yang lebih ceria berbanding sebelumnya. Walaubagaimanapun, rekabentuk baru ini masih belum selesai sepenuhnya, dan akan diperkemaskini dari masa ke semasa. Penggunaan nama juga telah diubah daripada Avast Home Edition kepada Avast Free AV.

Anda boleh memuat-turun Avast 5.0 Free AV Beta daripada laman forum mereka. Walaubagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa ianya masih lagi dalam peringkat beta, dan tidak digalakkan digunakan pada mesin utama anda. Versi akhir Avast 5.0 Free AV dijangka akan menemui para pengguna pada bulan Oktober kelak.
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com