:: iklaneka ::

Tuesday, June 8, 2010

Berjaya selesai satu projek kecil... Tiny & Light web application

Hari ini saya berjaya selesaikan satu projek kecil. Alhamdulillah, aplikasi web yang ringan dan kecil telah berjaya saya siapkan dalam tempoh 2 minggu. Orang lain hanya ambil masa beberapa hari sahaja. Tapi saya 2 minggu nak siapkan aplikasi web yang kecil dan ringan ni. Susah sangat ke? hehehe... tak lah. Sebenarnya benda tak lah susah sangat. Cuma nak kena fokus je.

InsyaAllah, aplikasi web ini akan menjadi platform yang baru untuk kembangkan banyak lagi aplikasi web yang lain. Setiap hari saya fikirkan pelbagai cara untuk selesaikan projek ni. Pelbagai cara saya gunakan dan dah banyak manual yang dirujuk. Sampai pening kepala. Mutar itik. Akhirnya saya bertemu juga dengan solusinya. Alhamdulillah.

Tentu anda semua tertanya-tanya apa projek kecil yang saya develop tu? Projek ini adalah aplikasi web yang digunakan untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar. Benda kecil je. Bukannya susah sangat pun. :-) Tapi saya suka study elok-elok codingnya. Saya tak nak buat saja tapi tak faham-faham apa yang saya buat. Sesetengah developer hanya buat je dan copy&paste je coding dari Google.com atau mana-mana web yang diorang jumpa. Kemudian diorang akan elaborate sendiri coding tu. Tapi saya cuba nak lari sikit dari normalisasi metod programming tu. Alhamdulillah, banyak variasi programming (pengaturcaraan) yang saya jumpa dan saya simpan dalam laptop untuk rujukan masa depan.

Pengaturcaraan menggunakan PHP & MySQL bukannya sesenang ASP.net atau VB.net. Banyak benda yang kita kena kaji. Lain developer lain cara dan gaya programmingnya. Sebagai contoh, kalau kita nak bina satu form yang boleh terima data/maklumat, ada lebih dari 5 variasi/gaya programming yang saya jumpa. Semuanya berbeza-beza dan ada identiti masing-masing. hehehe.... Kadang-kadang dalam satu hari tu saya tak kemana asyik dok melekat kat pc/laptop je.

Tapi buat programming ni memang cukup menyeronokkan kerana kita dapat merasai kepuasannya bila user boleh menggunakan sistem yang kita develop tu dengan mudah dan senang hati. Kita pun senang hati dan gembira serta bahagia je rasa.

Berbalik kepada PHP & MySQL tadi, kedua-dua tools ni merupakan open source punya komponen. PHP merupakan bahasa pengaturcaraan web bahagian pelayan (server) yang percuma dan semestinya Open Source. Setiap hari mesti ada pembaharuan yang dilakukan pada bahasa pengaturcaraan ini oleh pembangun/pengaturcara. Bahasa ini mudah dipelajari dan kod atau manualnya boleh didapati di internet dengan mudah. Taip sahaja 'php' dalam enjin carian Google.com, anda akan dapat lihat beribu-ribu results yang ada berkaitan dengan PHP. Ini menunjukkan banyaknya resources berkaitan PHP ni.

Anda boleh belajar secara PERCUMA code PHP di laman web w3schools (http://www.w3schools.com/). Kat sini banyak benar resources dan tutorial berkaitan dengan bahasa programming termasuklah PHP. Anda boleh try and error je tutorial tu. Tutorial pun dibuat dalam bahasa yang ringan dan mudah difahami. Perisian yang perlu digunakan tak lah hebat sangat. Cukup sekadar pakai notepad, anda sudah boleh menjalani tutorial. Tapi sebelum itu anda kenalah install HTTP server. Tools yang ini pun PERCUMA! :-) Boleh download di : http://www.apachefriends.org/en/xampp.html

Tak perlu guna kad kredit untuk bayar dan yang penting tak perlu bayar. Sebab PERCUMA! :-) Bila dah abis download, anda boleh install HTTP server tu dan ikut step by step yang mudah dan mudah difahami. Kemudian mulakan tutorial PHP anda pada bila-bila masa sahaja. Anda nak tahu lebih lanjut bagaimana nak bangunkan sebuah laman web menggunakan PHP? Ikuti artikel terbaru saya pada masa akan datang. InsyaAllah. Mungkin saya akan update pada hari Ahad ini.

Salam buat semua dan salam kebebasan perisian!
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com