:: iklaneka ::

Tuesday, September 1, 2009

KoleksiOSS - Sumber maklumat perisian sumber terbuka

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan satu lagi blog yang memaparkan maklumat mengenai perisian sumber terbuka. Anda boleh layari blog tersebut di :


Pada zaman awal ICT, penggunaan perisian komersil yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat besar perisian seperti Microsoft, Sierra, Adobe, Macromedia dan sebagainya menjadi igauan dan buruan para pengguna perisian tegar seperti designer, webmaster, web administrator, network administrator dan novice user (pengguna biasa). Mereka menyangka penggunaan perisian komersil akan membolehkan mereka secara bebas menyebarkan perisian tersebut dengan memasang di pc-pc yang berlainan atas satu lesen. Sedangkan tindakan itu salah dan menyalahi.

Oleh hal demikian, Open Source Matters (OSM) iaitu satu organisasi yang berperanan untuk menpromosikan penggunan perisian sumber terbuka (open source software) telah ditubuhkan atas semangat kebebasan perisian. OSM begitu berperanan sekitar tahun 2003 apabila Mozilla Firefox 1.0 telah dilancarkan secara rasmi oleh komuniti Mozilla. Firefox merupakan web browser yang dibangunkan atas platform Netscape Navigator dan ditaja sepenuhnya oleh American Online. Netscape Navigator pada zaman awalnya merupakan web browser yang famous kerana menjadi alternatif kepada I.E ketika itu. Namun setelah OSM ditubuhkan, maka Mozilla juga turut memainkan peranan untuk menggiatkan usaha dengan mengumpulkan seramai mungkin komuniti developer di seluruh dunia untuk sama-sama membangunkan web browser baru yang diberi nama Mozilla Firefox. Firefox merupakan web browser yang begitu ringan, mudah digunakan dan tak banyak masalah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita Firefox, anda boleh layari blog :


Saya akan ceritakan dengan panjang lebar mengenai Firefox dan OSS yang lain dalam blog tersebut. InsyaAllah. :-) Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan kepada semua umat Islam walau dimana pun anda berada. Semoga puasa kita akan menjadikan kita lebih mulia di sisi Yang Maha Kuasa. InsyaAllah! Selamat berbuka puasa!

Rahsiaebiz Launch CD Logo & Fonts 2010

Hari ini masuk hari yang ke-11 puasa Ramadhan. Begitu asyik dan tenang dengan Ramadhan yang penuh makna. :-) Semasa buat preparation untuk kerja ofis, saya sempat surf web RahsiaEbiz.com. RahsiaEbiz launch satu produk digital baru iaitu : CD Logo & Fonts 2010. Tahniah Code7 di atas kejayaan menghasilkan produk digital yang ke-5 saya rasa. :-) Betulkan saya jika saya salah. Saya begitu kagum dengan kreativiti dan keterrerannya dalam dunia grafik. Saya pun suka grafik tapi tidaklah terlalu maniac.



Dari minisite yang beliau paparkan produk tersebut, saya telah buat satu kesimpulan bahawa CD ini memang patut dimiliki oleh semua designer, blogger, webmaster, newbie dalam IM dan semua genre masyarakat di negara kita. Banyak manfaat yang kita boleh perolehi daripada CD ini. Saya pula lebih suka simpannya sebagai koleksi. InsyaAllah, hari ini atau esok saya akan purchase CD ini.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk tersebut sila klik :

http://logo.rahsiaebiz.com/

Jangan lupa masukkan entri berkaitan dengan produk tersebut dalam web atau blog anda.
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com