:: iklaneka ::

Friday, April 17, 2009

Sibuk sangat2 sampai tak sempat nak rehat..

Hari ini sibuk dan busy sangat sampai tak sempat nak rehat. Nak buat posting untuk hari ini pun tak sempat. Ini pun curi-curi masa ketika waktu rehat pejabat yang terhad. Pening kepala, badan lenguh pun ada. Tapi tak apa. Anggap ianya sebagai mehnah dan semangat juang kerja yang tak akan putus sehingga mati.

Kita bekerja biarlah ada tujuan dan niat biarlah baik. InsyaAllah apa2 sahaja kerja yang kita buat pasti ada hasil yang memuaskan hati kita. So, kali ini saya nak review satu gift yang cukup hebat dan cool untuk sahabat kita yang pening kepala apa software yang ringan, mudah dan yang paling penting FREE of Charge ! Perkenalkan "AbiWord". Satu software yang amat2 sesuai untuk menggantikan Microsoft Word yang kena bayar tu. Fungsinya sama saja dengan Word. Ada macam2 fungsi yang begitu mudah untuk digunakan malah lebih mudah difahami berbanding dengan Word.

AbiWord dibangunkan oleh AbiSource. Satu komuniti developer software yang famous di University Twente. Kat mana universiti ini terletak, itu saya tak berapa pasti. Yang pastinya kebanyakkan dari developer OSS ni adalah dari warga University Twente. Student2 dan lecturer2 kat situ. Mungkin mereka buat projek ni untuk memudahkan lagi urusan P&P kat universiti. Jimatkan kos lagi. Setiap hari ada jer updates source dari komuniti AbiSource. Maknanya jika kita install dan guna AbiWord ni, kita akan sentiasa alert jika ada apa2 penambahbaikan pada AbiWord. Mereka lakukan projek ni secara sukarela sambil belajar2 selok-belok programming method dan environment.

AbiWord sudah pun dapat Lima Award dari pelbagai agensi / organisasi IT di seluruh dunia. So, tak janggallah jika kita pakai AbiWord ni sebab ia sudah mendapat pengiktirafan dunia. Hehehe... Jika anda nak tahu lebih lanjut dan download terus OSS ni, sila jangan malu2 untuk layari website officialnya : http://www.abisource.com/
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com