Hari ni saya dikejutkan oleh seorang member ofis yang datang dalam keadaan tergesa-gesa. Katanya Mozilla Firefoxnya tiba2 memaparkan mesej = "Offline Mode". Kelam-kabut dia. Kasihan kat dia. Apabila dengar saja istilah tu, saya bagi cadangan kat dia supaya check kalau2 wireless connection ofis ok ke tak. Katanya ok. Saya cadangkan kepada dia supaya dia repair connection wireless tu. Dia kata dia dah buat, tapi status firefox masih lagi sama.
Jadi saya suruh dia restart PC, mana tahu kalau2 PC tu pening sebab malware threat terlalu banyak kat internet. Dia terus pergi restart PC. Selepas 5 minit, saya jenguk kat pintu pejabat. Dia datang lagi kat saya, katanya masih lagi tak ok. Jadi saya terus ke mejanya. Setelah meneliti firefoxnya, saya try click menu 'File'. Kemudian, perhatikan pada sub menu 'Work Offline' ada tanda check atau tak. Rupa2nya ada. Jadi saya pun uncheck sub menu 'Work Offline' tu. Kemudian click pada butang refresh pada firefox. Alhamdulillah, firefox kembali online. Mudah saja! Katanya kecil saja problemnya. Hehehe...
Sebaik2nya kita check dan trial and error dulu jika ada apa2 masalah pada internet connection, jika tak dapat settle, baru panggil IT staff. Kadang2 masalah internet connection itu disebabkan kerana human error atau kesalahan user itu sendiri.