:: iklaneka ::

Wednesday, October 14, 2009

Eugene Kaspersky nak datang KL..

Betul ke tak berita ni? Memang betul pun sebab saya sendiri berkunjung ke Low Yatt plaza semalam. Mr. Eugene Kaspersky a.k.a CEO dan Founder kepada Kasperksy Company akan berkunjung ke Malaysia. Beliau akan berkunjung ke Low Yatt Plaza, Jalan Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia pada 16 Oktober 2009 (Jumaat). Kunjungan beliau merupakan suatu pengiktirafan kepada lapangan ICT di negara kita.


Beliau merupakan pengasas atau founder kepada syarikat Kasperksy iaitu pengeluar perisian anti virus dan internet security terkenal dunia. Bermula sebagai pengguna biasa, beliau telah berusaha dengan gigih untuk mencipta satu projek yang boleh melawan balik virus dan malware yang ada di internet. Bagaimana beliau boleh berjaya dalam menjayakan projek yang bernama Kaspersky Lab ini kita boleh dengar dan ikuti 'talk' beliau yang akan beliau sampaikan pada hari tersebut.

Jadi, jom datang beramai-ramai ke Low Yatt Plaza pada 16 Oktober 2009 (Jumaat) pukul 2.00 petang.
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com