:: iklaneka ::

Friday, October 16, 2009

Adakah Chrome OS Bakal Saingi Windows 7?

Google dan Microsoft sememangnya bersaing antara satu sama lain dari pelbagai sektor sejak dulu lagi. Selepas mengumumkan Chrome OS tidak lama sebelum ini, kini beberapa paparan antaramuka sistem operasi Chrome OS mula kelihatan di alam maya ini.
Ianya semua bermula apabila seorang peminat sistem operasi daripada Google ini mengenal pasti folder khas pada laman pembangunan Chrome, dan mencubanya terlebih dahulu. Menariknya, beliau berjaya mencubanya terlebih dahulu sebelum Google mengeluarkan fail-fail berkenaan daripada laman tersebut.
Chrome OS
Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat awal pembangunan, dan fungsi yang ditawarkan olehnya juga amat minimum sekali buat masa ini. Malah, untuk menggunakannya, anda masih memerlukan sistem operasi Linux yang lain, seperti Ubuntu.
Chrome OS
Melalui paparan antaramuka yang diperlihatkan, anda boleh melihat sebuah logo khas Chrome OS pada penjuru kiri, manakala jam dan beberapa pautan tambahan pada penjuru kanan. Ianya masih lagi dalam bentuk minimal, dan banyak fungsi lain yang masih belum diketahui lagi.
Selain daripada itu, esok, Google bakal mengadakan acara khas yang mana berkaitan dengan Google Chrome OS. Mungkin kita akan mendapat maklumat tambahan berkaitan sistem operasi daripada Google ini esok. Dengan pembangunanya yang agak drastik buat masa kini, adakah kita akan dapat melihat sesuatu inovasi dalam sistem operasi dalam masa terdekat ini, ataupun adakah Google Chrome OS ini akan memberikan impak kepada Windows 7?

Firefox 3.6 : Web Mengikut Orientasi Laptop

Satu perkara yang menarik pada Firefox adalah inovasinya dari hari ke hari. Terkini, mereka memperlihatkan sokongan untuk memperlihatkan halaman web mengikut orientasi laptop anda. Ianya merupakan salah satu fungsi baru yang dibangunkan untuk Firefox 3.6.
Ianya sebelum ini dibangunkan khas untuk pelayar web mudah alih Mozilla. Namun begitu, setelah mengambil-kira beberapa perkara, mereka membuat keputusan untuk memperkenalkannya pada versi desktop bersama-sama dengan versi mudah-alih kelak. Walaubagaimanapun, bukan semua laptop dan notebook yang menyokong fungsi orientasi ini buat masa ini. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih menarik, anda boleh menonton video ringkas berikut:


Mozilla Firefox 3.6 dijangka akan dilepaskan pada penghujung tahun ini, yang mana bakal membawakan beberapa perkara dan fungsi baru, selain menyokong teknologi-teknologi baru.

Mozilla Menyokong Paparan Thumbnail Mengikut Tab

Kini, kemaskini terkini versi pembangunan Mozilla Firefox 3.7 mula menyokong fungsi preview bagi setiap tabs yang dibuka melaluinya, sama seperti apa yang dilakukan pada Internet Explorer 8. Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya disokong pada Windows 7 sahaja buat masa ini.

Sesiapa yang menggunakan Windows 7, boleh mencuba fungsi ini dengan mencuba versi pembangunan Firefox 3.7 yang mana dikenali sebagai Minefield buat masa ini. Sebelum ini, ianya hanya menyokong paparan preview untuk tetingkap Minefield yang dibuka sahaja, namun begitu, kini ianya menyokong paparan preview untuk setiap tab yang dibuka pada Minefield.
Mungkin ianya bukanlah satu fungsi yang menarik minat para pengguna, tetapi, melalui fungsi ini, ianya membolehkan para pengguna untuk menutup sesuatu tab itu tanpa perlu mengaktifkannya terlebih dahulu pada pelayar web. Bagi sesiapa yang ingin mencuba Minefield ini, anda boleh memuat-turun dan mencubanya pada komputer anda dengan mudah sama seperti Firefox.

Sumber : amanz.my
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com