:: iklaneka ::

Friday, June 26, 2009

PC 'hang' kerana banyak sangat software

Kadang-kadang PC mudah juga 'hang' kerana banyak sangat software dalam PC. Semasa saya mula-mula berkecimpung dalam kerja-kerja teknikal PC ni (sekitar tahun 2000-2003), kebanyakan PC customer install banyak software dalam PC. Software yang tak perlu dan tak guna pun install juga. Hampir semua jenis software nak install dan letak dalam PC. Sampaikan PC tu pun dah tak larat nak tampung banyak sangat beban ruangan (space) dalam cakera keras (hard disk). Antara software yang biasa diinstall dalam PC tersebut ialah :
  • Screensaver
  • Desktop Themes
  • Utilities seperti Norton Utilities, Systemwork, Ghost
  • Search Engine toolbar kat browser (internet explorer, netscape)
  • Downloader dan banyak lagi
Software screensaver contohnya boleh menyebabkan PC menjadi lambat dan 'betat'. Kadang-kadang boleh menyebabkan kad grafik konflik atau problem. Kesannya kualiti paparan grafik akan menurun dan rendah.

Manakala software Utilities boleh menyebabkan PC menjadi lambat sangat-sangat sebab PC terpaksa melaksanakan operasi yang banyak dalam satu masa. Kadang-kadang PC pun boleh pening juga kerana tak tahu nak laksana operasi yang mana dahulu.

Sebelum saya terlupa, software screensaver kadang-kadang didatangkan bersama dengan spyware atau malware dari internet. Spyware ini bertindak senyap-senyap dan tanpa disedari oleh kita. Spyware ini akan mengumpul maklumat-maklumat penting dalam PC kita kemudian akan menghantar maklumat-maklumat ini ke komputer pelayan yang ada ditempat lain melalui internet.

Jadi, jalan penyelesaian untuk menangani masalah ini dengan berkesan adalah seperti berikut :
  1. Jangan install software yang tidak perlu dan yang tidak digunakan. Install software yang benar-benar ingin digunakan sahaja. (MANDATORI)
  2. Buang 'Remove' mana-mana software yang tidak digunakan.
  3. Sentiasa kemaskini software Anti virus anda.
  4. Lakukan operasi penyelenggaraan (maintenance) sekali seminggu (sekurang-kurangnya) agar prestasi PC anda sentiasa di tahap optimun. Caranya adalah seperti berikut : Klik 'Start' > 'All Programs' > 'Accessories' > 'System Tools' > 'Disk Defragmenter' . Aplikasi 'Disk Defragmenter' akan muncul. Kemudian klik 'C' > 'Defragment'. Tunggu sehingga operasi tersebut selesai. Operasi ini mungkin mengambil masa yang lama bergantung kepada saiz cakera keras (hard disk) anda dan saiz 'RAM' anda. [ Jika anda tidak faham, boleh YM saya, just add saya = haley_mamn@yahoo.com ]
  5. Jangan biarkan desktop anda penuh dengan ikon-ikon. Buang ikon-ikon atau fail yang tidak digunakan ke dalam 'Recycle Bin' atau pindahkan ikon-ikon atau fail tersebut ke dalam satu folder baru. Ini membolehkan memori pada desktop mantap.
Itulah lima cara bagaimana anda boleh menyelesaikan masalah PC 'hang' kerana banyak sangat software. Walaubagaimanapun, anda boleh YM saya jika anda tak faham atau ingin dapatkan secara detail bagaimana cara-cara tersebut boleh diaplikasikan.

Ok, saya nak blah sekejap. Datang balik esok. Jangan lupa YM saya. (haley_mamn@yahoo.com)
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com