:: iklaneka ::

Friday, May 8, 2009

Serabutnya algorithm asp.net sebagaimana Dun Perak

Salam semua, saya pelik setiap sintaks asp.net ni berbelit2 algorithmnya. Tak semudah php. Pelik2.. Tapi saya pakai dreamweaver jer untuk develop apps base asp.net. Mudah dan cepat. Tak payah nak fikir2 panjang mengenai algorithmnya.
Paper hari ni penuh dengan berita kecoh di Dun Perak. Tak ada kerja lain ke nak buat? Benda2 yang serius dijadikan barang mainan oleh YB2 yang dihormati. Pelik2... Tak ada lagi dalam sejarah sidang Dun di Malaysia kita ni yang buat kerja2 bodoh dan pelik macam tu. Macam budak2 darjah 3. Teringat dulu kenangan semasa di darjah 3. Kawan2 sekelas dok busy main bola dalam kelas. Masa tu minggu exam. Tapi mereka buat tak tahu jer. Tapi bila bergaduh dan bergocoh dalam kelas sebab bola punah jahanam (bola dibuat daripada kertas yang digumpal2). Bodoh dan pelik. Minggu exam orang study ke apa ke. Ni main bola. Bola pulak bola kertas bergumpal2. Pastu berbalah dan bergocoh kerana bola kertas punah jahanam sebab masing-masing bukannya sepak bola tapi kenyek2 bola belake. Hai.... Saya rasa kisah di Dun Perak semalam sama dan lebih kurang ler dengan kisah saya zaman darjah 3 hari tu.
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com