:: iklaneka ::

Friday, April 24, 2009

OSS - Open Source Software

Open Source Software didefinisikan sebagai computer software yang kod sumbernya (source code) dan hak2 user untuk melakukan salinan berkali-kali pada software OSS tersebut. Lesen penggunaan OSS ini dikenali juga sebagai General End User License (GNU License).  Dengan adanya lesen ini membenarkan pengguna untuk guna, mengubah dan memantapkan lagi software OSS tersebut, kemudian menyebarkannya dalam bentuk yang telah diubah atau bentuk sediakala. OSS biasanya dibangunkan dengan menggunakan komuniti web atau hasil perkongsian maklumat daripada kalangan developer2 dan programmer2 di seluruh dunia. Pada pandangan saya, ini menggalakkan lagi percambahan dan pertumbuhan minda dan maklumat kod sumber (source code) tersebut.

OSS biasanya dihasilkan dan disebarkan oleh end-user yang mana mereka merasakan amat bertuah dapat dan boleh menggunakan OSS secara PERCUMA, mudah dan senang untuk digunakan. Berbeza dengan software komersil, user boleh menghantar sebarang komen dan kritikan mengenai OSS yang dibangunkan dan disebarkan secara terbuka. Apa yang perlu user lakukan ialah dengan menyertai laman komuniti OSS tersebut kemudian membaca dan meneliti setiap posting komuniti tersebut kemudian melontarkan kritikan atau komentar mengenai tajuk perbincangan posting tersebut. Sebagai contoh laman komuniti software Mozilla Firefox, user boleh menyertai laman komuniti tersebut kemudian cuba teliti apakah isu yang dibincangkan dalam mana-mana senarai tajuk posting yang terdapat dalam laman tersebut. Jika ahli2 dalam laman tersebut sedang diskus mengenai kelajuan Firefox yang semakin slow. Ada user yang cadangkan kena kurangkan plug-ins, ada user yang cadangkan kurangkan paparan grafik yang cantik2, banyakkan atau lebihkan sokongan pada laman web yang ada aplikasi dan sebagainya. Kita sebagai member laman tersebut boleh lontarkan idea macamana nak bagi Firefox laju. Cadangkan apa sahaja asalkan ianya tidak lari dari tajuk posting. Kalau lari, memang kena halau.  Hehehehe... Dalam nak komen atau kritik tu pun ada etika dia tau. 

Ok, Got to go now! Salam Ketenangan! Happy using OSS! Kita sambung next week, insyaAllah. Saya akan diskus lebih lanjut and more deeper about this matters. 

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com