:: iklaneka ::

Sunday, May 10, 2009

Operasi Worm.32 (dalam famili Brontok.bro)

Dua tiga hari lepas, saya buat maintenance pada 3 buah PC yang hampir2 nazak sebab banyak sangat Worm.32. Worm jenis ni dalam kelompok keluarga Brontok.bro. Dia create satu folder dalam folder yang dikandungnya. Faham tak? hehehe... Maknanya worm ni duplicate folder. Tapi folder tu menggunakan ikon "Run Windows" atau .exe files. Pelik2...

Sekitar tahun 2006, dunia siber dikejutkan dengan serangan brontok.bro worm yang datang dari mat-mat indon. Mungkin kita pernah terlihat skrin kita dipenuhi dengan browser internet yang full skrin. Dalam browser itu tertulis "Kiamat Sudah Dekat". Saya terfikir, mat-mat hacker indon ni tahu pulak kiamat sudah dekat. Macam orang Islam jer. Tapi orang yahudi pun ada yang percaya pada judgement day ni. Judgement day tu maknanya "Hari Pengadilan".

Apa motif mereka guna slogan "Kiamat Sudah Dekat"???? Itu yang menjadi tanda tanya dan kepelikan di benak fikiran setiap mangsa-mangsa brontok.bro worm ni. Bagi saya mudah jer, itu semua sekadar momokan semata-mata untuk mengaburi mata kita. Istilah orang putihnya : "Diversion".

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com