:: iklaneka ::

Friday, October 2, 2009

Drafting buletin layout - AI or CD ?

Adobe Illustrator (AI) atau Corel Draw XX (CD) ? Begitulah persoalan yang timbul dalam fikiran saya ketika saya mula2 involve dalam arena desktop publishing (sekadar memenuhi tugas harian dan bukan sebagai rutin harian atau hobi). Saya mengenali arena desktop publishing ketika saya di tingkatan 4 di sekolah menengah. Saya saja main2 dengan AI. Yang main2 tulah yang menyebabkan saya semakin serius nak trial & error software tu. Akhirnya saya berjaya hasilkan satu karya bisnes kad yang simple tapi menarik. Itu kata member seperjuangan dengan saya ketika itu. Sejak dari hari tu saya semakin berani untuk trial & error sebab aktiviti ini tidak melibatkan apa risiko atau beban. Akhirnya saya berjaya hasilkan satu buletin kecil untuk Badan Disiplin sekolah ketika itu tapi tak dirasmikan kewujudannya. Jadi, projek tersebut terbengkalai.

Ketika saya berada di kolej, saya biasakan diri untuk menggunakan software desktop publishing yang lain seperti Publisher dan sebagainya. Alhamdulillah, saya berjaya kuasai dalam masa sehari sahaja sebab saya dah biasa dengan AI. AI lebih advance berbanding Publisher. Saya berjaya hasilkan satu buletin setebal 4 helai untuk persatuan pengajian di kolej. Saya sempat hasilkan 3 keluaran buletin tersebut. Alhamdulillah. Sambutan begitu menggalakkan. :-)

Itu dulu. Masa mula2 saya involve dalam arena ini. Sekarang saya lebih suka menggunakan Corel Draw X3 sebab software ni lebih ringan dan tak kelam kabut berbanding AI. AI nampak serabut dan berat. Kena pakai RAM yang tinggi. Itu yang malas nak pakai AI tu. Lagikan banyak effect yang saya kena buat secara manual. CD mudah saja. Just drag & drop jer.

Ok, sekarang saya nak drafting buletin ofis untuk keluaran minggu pertama Oktober 2009. Semestinya saya pakai Corel Draw X3! :-)

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com