:: iklaneka ::

Friday, October 16, 2009

Mozilla Menyokong Paparan Thumbnail Mengikut Tab

Kini, kemaskini terkini versi pembangunan Mozilla Firefox 3.7 mula menyokong fungsi preview bagi setiap tabs yang dibuka melaluinya, sama seperti apa yang dilakukan pada Internet Explorer 8. Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya disokong pada Windows 7 sahaja buat masa ini.

Sesiapa yang menggunakan Windows 7, boleh mencuba fungsi ini dengan mencuba versi pembangunan Firefox 3.7 yang mana dikenali sebagai Minefield buat masa ini. Sebelum ini, ianya hanya menyokong paparan preview untuk tetingkap Minefield yang dibuka sahaja, namun begitu, kini ianya menyokong paparan preview untuk setiap tab yang dibuka pada Minefield.
Mungkin ianya bukanlah satu fungsi yang menarik minat para pengguna, tetapi, melalui fungsi ini, ianya membolehkan para pengguna untuk menutup sesuatu tab itu tanpa perlu mengaktifkannya terlebih dahulu pada pelayar web. Bagi sesiapa yang ingin mencuba Minefield ini, anda boleh memuat-turun dan mencubanya pada komputer anda dengan mudah sama seperti Firefox.

Sumber : amanz.my

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com