Adakah anda tahu, setiap kali anda login Facebook anda menempah tiket untuk pembunuhan saudara anda? Untuk pengetahuan anda semua, Facebook merupakan salah satu laman web rangkaian sosial (social networking) yang menyokong kekejaman rejim Israel di Palestin. Anda pasti tertanya-tanya, betul ke? Betul lah wahai pak cik, mak cik, abang, adik, kakak sekalian. Sekarang ni Malaysia merupakan negara pengguna FB terbesar di dunia. Sehinggakan Administrator FB terpaksa membina versi Bahasa Melayu FB. Bagi admin FB, itu merupakan satu keuntungan besar bagi mereka. Kerana semakin ramai pengguna yang masuk ke FB mereka, maka semakin tinggilah hits FB mereka. Dan peluang untuk PPC (Pay-Per-Click) mereka semakin tinggi.
Adakah anda tahu bagaimana FB menjana pendapatan? Mereka tiada produk untuk diniagakan namun mereka banyak mengiklankan produk-produk dari luar. Hasil dari iklan tersebut mereka kenakan cas dalam bentuk komisen. Sehingga kini pendapatan FB hampir-hampir bilion dolar Amerika. Anda percaya atau tidak, FB pernah ditawarkan harga 1 bilion dolar Amerika kepada pembida-pembida laman web di seluruh dunia? Itulah kebenarannya.
Namun walau sekaya mana sekalipun FB, setiap hari ada saja saudara kita di Palestin yang dibunuh hasil dari kerja tangan kita juga. Kerana kita asyik dengan kesedapan melayari laman web FB. Sedangkan saudara se-Islam kita di Palestin mengalami kepayahan, kesusahan dan kesengsaraan hidup di bawah kekejaman dan kezaliman Yahudi Israel. Sebelum anda login FB, cuba anda fikir sejenak, apakah tindakan anda itu akan memberi kesan positif atau negatif pada Islam? Itu pun jika anda memikirkan tentang Islam dan masa depan umat Islam.
Kita tidak memaksa tapi kita mengajak sama-sama kita berfikir dan merenung akan tindakan kita setiap kali berada di dunia maya ini. :-)
No comments:
Post a Comment