:: iklaneka ::

Sunday, May 11, 2008

MyHOTTIPs Siri 1

TIPS 1
BLOG ? Kenapa perlu blog ? Adakah ianya suatu keperluan dan kemestian di dunia tanpa sempadan sekarang ini ?

BLOG adalah sejenis laman web yang sama seperti forum, portal dan sebagainya cuma skop sasaran dan antaramukanya sahaja yang berbeza. Blog ada banyak jenis. Antaranya ialah :


  • Blog jurnal, diari dan peribadi
  • blogfoto - flickr, facebook
  • vblog
  • podcast
  • music blog - MySpace

Tetapi dalam banyak-banyak yang dibina di seluruh dunia, blog peribadi dan jurnal yang paling banyak sekali dibina dan diuruskan di seluruh dunia. Ini adalah tren semasa dunia dan seharusnya tidak terlepas dalam memiliki sebuah blog untuk diri anda sendiri.

Kenapa anda perlu kepada blog ? Berikut dipaparkan 6 sebab mengapa anda perlu blog :

  1. EMOSI - Blogger boleh meluahkan segala ekspresi diri dan hati melalui blog kerana blog merupakan salah satu platform untuk meredakan ketegangan fikiran dan emosi. Anda mungkin salah seorang dari mereka ini. Jika anda tinggal di bandar-bandar besar, maka anda semestinya akan mengalami tekanan-tekanan hidup walau pada tahap mana sekalipun. Jadi, binalah blog untuk meluahkan segala rasa hati dan perasaan anda. Tidak kira perasaan marah, gembira, sedih, kecewa dan sebagainya boleh diluahkan melalui blog. Tidak ada orang akan menyekat atau membantah anda. Anda bebas untuk menyuarakan pandangan dan luahan hati anda. Anda juga boleh berkongsi luahan hati tersebut dengan rakan-rakan blogger melalui ruangan dan kemudahan "comments" atau "bulletin" yang disediakan oleh administrator laman blog.
  2. EKONOMI - Dewasa kini, blog menjadi salah satu platform untuk menjana pendapatan sampingan atau utama ! Percaya tak jika saya katakan ada blogger di Malaysia mampu menjana pendapatan sekitar RM5,000 sebulan melalui blog ??? Mustahilkan ??? Tetapi ianya benar !!! Anda boleh berkunjung ke laman blog beliau di alamat berikut : http://sultanmuzaffar.blogspot.com/ . Ramai yang berjaya dan ramai juga yang gagal. Bagaimana boleh berjaya ? Perlu ada perancangan dan menjana pendapatan melalui blog perlu kepada pemikiran seorang yang berniaga. Bagaimana caranya menjana pendapatan melalui blog ??? Mudah sahaja, anda bina satu blog kemudian kemaskini blog anda setiap hari dan masukkan artikel-artikel yang menarik dan semasa berkaitan tentang apa isu sekalipun. Anda juga boleh sedut dan copy & paste artikel dari mana-mana laman blog lain asalkan ditulis artikel itu berasal dari mana. Pastikan usaha ini berterusan sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai setiap hari, ia merupakan satu advantage (kelebihan) kepada anda !!! :-) Kemudian anda boleh menyertai mana-mana program pengiklanan di mana mereka memberikan anda komisen atau menjual ruang blog untuk iklan terus kepada sesiapa yang mahu. Selain itu, anda boleh menjual blog anda dengan harga yang tinggi !!! [ jangan jual blog peribadi anda ]. Jika anda telah terlalu maniac dengan blog, anda boleh menceburkan diri dalam bidang ProBlogger !!! Nak tahu apa itu ProBlogger boleh emailkan kepada saya.
  3. DIARI - Mungkin kebanyakan di antara kita yang gemar menulis catatan tentang apa yang berlaku di sekeliling kita setiap hari. Biasanya kaum wanita gemar menulis diari. Betul tak ??? Kita boleh ingat perkara-perkara yang berlaku sekejap tadi, pagi tadi, semalam, dua hari lepas atau minggu lepas tetapi bolehkan kita ingat perkara-perkara yang berlaku bulan lepas atau tahun lepas ????? Tentu tidak boleh kan ??? Inilah masanya untuk menggunakan blog untuk mencatat dan menulis segala perkara-perkara yang berlaku bermula dari hari ini lagi. Saya sendiri gemar menulis sesuatu yang berlaku pada hari ini. Kadang-kadang saya akan membaca tulisan-tulisan saya yang telah lalu untuk mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Blog berfungsi sebagai diari yang paperless [ tanpa kertas ]. Anda tidak perlu kepada kertas dan pen untuk menulis diari. Hanya PC dan sambungan internet. Segala catatan anda akan disimpan di dalam Server laman web blog yang anda daftar (contoh : http://www.blogger.com/).
  4. BENCHMARK - Blog berfungsi sebagai kayu pengukur tentang siapa diri kita pada masa kini bila dibandingkan siapa diri kita pada masa lalu. Adakah kita masih sama seperti 3 tahun yang lampau ? Adakah masih berangan-angan tak sudah-sudah seperti masa lampau tanpa melakukan apa-apa ? Jadi blog amat sesuai untuk dijadikan kayu pengukur kepada diri kita sendiri.
  5. PORTFOLIO - Sebagai pernyataan tentang maklumat peribadi anda, kelulusan yang anda ada, kemampuan diri anda dan sebagainya. Amat sesuai untuk anda yang mahu mencari kerja. Katakan suatu hari kelak anda syarikat yang ingin mencari pekerja dengan segera dna menawarkan gaji yang lumayan. Lalu mereka iklankan di dalam akhbar atau mana-mana laman web. Biasanya pemohon akan menghantar resume melalui pos atau tangan. Adalah lebih mudah dan cepat jika resume tersebut dipaparkan melalui blog. Anda hanya perlu memberi alamat blog anda melalui email kepada syarikat tersebut. Mudah & Cepat !!!
  6. KENALAN - Ya, anda juga boleh mencari kenalan lama dan baru melalui blog. Anda boleh masukkan maklumat mengenai sekolah lama anda, kolej atau universiti atau ceritakan tentang memori dan kenangan indah bersama-sama dengan kawan-kawan ketika belajar dahulu.
  7. KOMUNIKASI - Dengan memblog anda boleh menambahkan kemahiran komunikasi anda dan membina keyakinan diri anda. Kebanyakan blogger membuat pos berdasarkan isu-isu semasa. Mereka akan menulis pendapat mereka di blog samaada secara emosi atau kajian terperinci. Ia juga akan menggalakkan perbahasan di alam maya. Berbahas di alam maya umpama berbahas dengan orang yang tidak dikenali (anonymous).
  8. MINAT - Anda boleh menceritakan minat atau hobi anda di blog untuk tatapan dan paparan pengunjung dari seluruh dunia. Untuk lebih mesra maya, anda boleh menggunakan bahasa Inggeris untuk menarik perhatian lebih ramai pengunjung. Sebab itu ada sesetengah suara sumbang menyatakan blogger syok sendiri. Memang benar, kerana itulah cara dan kaedah blogger. Terpulang kepada individu masing-masing untuk menerimanya dan mentafsirnya.
  9. MENJUAL DIRI - Don't judge by it's cover ! Jangan sangka buruk tanpa membaca dengan teliti penerangan ini. MENJUAL DIRI di sini bermaksud mewar-warkan kepada dunia tentang siapakah anda dan apa yang ada pada diri anda. Ilmu anda, kepakaran anda dan kemampuan diri anda. Jual kemampuan diri anda melalui blog.
  10. ILMU - Sebagai alat/platform untuk perkongsian ilmu. Sebagai contoh seorang pakar memasak boleh berkongsi idea dan ilmu memasaknya melalui blog. Beliau boleh mengepos apa-apa artikel mengenai masakan dan tips memasak dengan mudah, murah dan cepat.

Itu adalah 10 sebab yang saya paparkan untuk tatapan anda. Malah ianya boleh jadi lebih daripada itu. Bergantung kepada sebab mengapa anda perlu blog. Jadi, tak rugi jika anda blog. So, start it TODAY ! Don't waste your time brother !

~ Al-Farabi

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com