:: iklaneka ::

Sunday, January 11, 2009

NEW PROJECT for 2009/1430Hijrah !

Salam perjumpaan sekali lagi kepada rakan-rakan pelawat/blogger. Dah lama saya tak menulis dalam blog ni. Saya sekarang ni sedang sibuk dengan projek terbaru POWERFULLBODYdotCOM (http://www.powerfullbody.com/). Ini adalah projek PORTAL. Portal adalah laman web yang mempunyai pelbagai fungsi seperti Polling, User Login Form/Authentication, Search Engine, RSS Feeds, Feedback Form, Who's Online Module, Most Review Module dan etc2. PORTAL ni saya pakai Content Management System (CMS) Open Source - Joomla! 1.5. Bagus dan fun tau main2 dengan CMS Joomla! ni.

Saya kalut jugaklah nak siapkan projek ni. CMS ni banyak mengajar saya tentang teknik2 penggunaan module, plug-in yang biasa terdapat dalam mana2 programming language yang lain. CMS Joomla! base pada bahasa skrip PHP dan database MySQL. Semuanya open source. Tak perlu risau mengenai copyright owner, licenses, piracy, counterfeiting dan etc2. Jangan samakan open source dengan mana-mana komersil software seperti Microsoft, Apple dan sebagainya.

Anda bebas untuk install, guna, edar dan siap boleh buat salinan dalam cd-rom lagi dan boleh diedar2kan kpd member2 anda. POWERFULLBODYdotCOM merupakan portal yang memuatkan artikel-artikel mengenai Islam, Tips Web Development, Cabang2 ilmu Islam dan artikel mengenai isu semasa. Selain itu Portal ini juga menawarkan produk kesihatan GOJI keluaran Syarikat Health Builders Sdn. Bhd. Juga turut menawarkan perkhidmatan web design and development berasaskan (base) portal.

Portal ini diuruskan oleh MULTISERV Team (MST). MST ini merupakan satu rangkaian kumpulan usahawan muda yang inginkan perubahan dalam kehidupan umat Islam di Malaysia khususnya dan di dunia amnya. Perubahan diri/pengislahan diri biarlah seiring dengan perubahan kontemporari. Diri boleh berubah kearah cahaya kebaikan seiring dengan perubahan zaman dan masa dan teknologi.

Material bukannya matlamat utama MST. Yang penting output atau natijah dari usaha dakwah yang tak seberapa itu dapat dijadikan dasar untuk perubahan umat Islam. InsyaAllah.

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com