:: iklaneka ::

Wednesday, June 24, 2009

Dunia yang kian goyah...

"Hari ini seorang personaliti tv telah berjaya mendapat rayuan saman terhadap seorang ahli perniagaan kerana didakwa melanggar perjanjian penyelesaian RM5.5 juta kerana memungkiri janji untuk berkahwin. Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri Datuk Seri S.Augustine Paul, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff, memerintahkan agar kes itu didengar semula di Mahkamah Tinggi untuk pengurusan kes dan perbicaraan.

Tahun lepas, seorang penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi, membatalkan saman itu dengan alasan kes itu adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana kedua-dua yang terlibat adalah orang Islam dan ia berhubung kait dengan perkahwinan.

Pada 2004, Maria, 39, pengacara program "Jalan-Jalan Cari Makan", memohon agar dikuatkuasakan perjanjian melibatkan janji oleh Datuk Wan Johani Wan Hussin, 56, untuk membayarnya RM5.5 juta kerana beliau (Maria) tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan itu kerana enggan mengahwininya seperti yang dijanjikan.

Dalam pembelaannya, Wan Johani, menafikan wujud sebarang kontrak, dan sebagai alternatifnya, berkata perjanjian itu tidak sah dan mempunyai unsur ugutan dan pujukan.

Maria dibenar merayu kepada Mahkamah Persekutuan selepas beliau gagal berbuat demikian di Mahkamah Rayuan, yang membuat keputusan pada 5 Ogos 2008, bahawa beliau tidak dapat menguatkuasakan perjanjian itu kerana ianya tidak sah mengikut Akta Kontrak memandangkan pada masa perjanjian itu dibuat, beliau masih menjadi isteri orang. - BERNAMA"

Ketika membaca kenyataan akhbar ini, saya ketawa kecil. Kenapa saya ketawa? Kenapa dia sanggup menyaman ahli perniagaan tersebut semata-mata kerana ahli perniagaan itu memungkiri janji hendak mengahwininya? Tidakkah itu satu perbuatan yang tidak molek untuk disebut di mahkamah? Sedangkan ketika perjanjian kahwin itu dibuat, beliau masih lagi isteri orang. Begitu pening masyarakat Islam sekarang ini.

Jika kita imbau zaman dahulu, mana ada kejadian-kejadian seperti ini. Masyarakat zaman dahulu aman dan tenang dari fitnah seperti ini. Mungkin yang menyaman itu syok sendiri. Pelik pelik...

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com