:: iklaneka ::

Saturday, June 13, 2009

TERMINATOR SALVATION - Satu penilaian

Minggu lepas saya sempat layan movie TERMINATOR SALVATION. Bukan main sedap lagi movie ni. Dari awal hingga akhir memang penuh dengan aksi yang mendebarkan. Terkejut, dikejutkan dan mengejutkan diri kita. Dengan visual effect yang menarik. Sound effect yang jelas dan amat menggiurkan. Tetapi setelah diselidiki beberapa kali setelah habis movie ni, saya dapat ambil beberapa nota yang boleh kita fikirkan bersama :

  1. Betulkah teknologi tersebut akan muncul dan akan digunakan dalam amalan peperangan moden sekarang ini? Untuk pengetahuan pelawat sekalian, movie ini menceritakan pengalaman manusia berperang dan menentang kezaliman askar robot yang direkacipta oleh manusia sendiri. Ia merupakan revolusi dan manifestasi dari pemikiran komputer yang telah mencapai tahap kecerdikan radikal.
  2. Adakah ianya suatu khayalan semata-mata sedangkan barat dan timur sekarang ini sedang bertungkus-lumus untuk membina robot yang bersifat kemanusiaan. Bukan sekadar robot yang boleh buat kereta sahaja malah robot yang boleh buat robot.
  3. Benarkah perang nuklear akan memusnahkan semua spesies manusia? Sedangkan ramai lagi manusia yang hidup ketika itu?
  4. Bolehkah kita meneruskan survival di dalam suasana yang tidak ada pokok, air kurang dan haiwan banyak yang mati dan ada yang terus pupus disebabkan perang nuklear?
  5. Akhir sekali, adakah peristiwa dalam cerita ini kita samakan dengan peristiwa Ya'juj dan Ma'juj yang diceritakan dalam Al-Quran? Adakah producer cerita ini sudah mengkaji Al-Quran terlebih dahulu kemudian mendapat idea hasil dari kajian tersebut? Tak mustahil kerana barat memang suka mengkaji Al-Quran bahkan banyak teknologi yang ada sekarang ini bertitik tolak dari kajian terhadap Al-Quran.
Secara kesimpulannya, cuba kita renungkan nota-nota tersebut di atas. Benarkah atau sebaliknya? Kita berfikir untuk mencari jawapan. Saya tak sempat nak baca review filem tersebut sebab terlampau padat dengan aktiviti harian. Esok ada majlis besar kat ofis. Saya kena buat persediaan yang rapi dan memastikan slide show berjalan lancar. Kalau ada robot, senang saja ceritanya. Buat algoritma dan arahkan robot buat. Selesai kerja. Tetapi itu semua adalah satu khayalan yang mungkin akan menjadi realiti. Mungkin masa itu saya dah tiada di dunia ini. Namun begitu, kita harapkan umat Islam terus teguh berdiri mempertahankan Islam walau di mana jua kita berada.

Kita jangan minta malapetaka datang tetapi kita minta agar kita sentiasa selamat dan bahagia dengan Islam yang kita pegang dan amalkan sepanjang hayat kita. Kita adalah umat yang terpilih dan mendapat rahmat Allah taala. Jadi manfaatkan sepenuhnya kelebihan ini. Gunakan untuk kebahagiaan alam sejagat.

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com