:: iklaneka ::

Friday, August 28, 2009

3 Langkah Asas Untuk Bina Laman Web Peribadi

Selepas beberapa jam menghabiskan masa dengan melaksanakan beberapa kerja yang tertangguh, akhirnya saya berpeluang untuk masukkan satu lagi artikel untuk dikongsi bersama dengan anda semua. Saya nak dedahkan 3 Langkah Asas Untuk Bina Laman Web Peribadi. Artikel ini saya sedut dari blog sifoo.com (http://sifoo.com/v7/2009/03/19/3-langkah-bina-laman-web/). Untuk membina laman web peribadi pengguna perlu mengetahui 3 Langkah Asas ini iaitu :

Langkah A : Dapatkan Tapak, Alamat

Nama-nama seperti www.sifoo.com, www.yahoo.com, www.google.com, www.utusan.com.my adalah alamat laman web atau lebih biasa dipanggil domain name. Domain name adalah penting supaya orang ramai tahu bagaimana hendak mengakses laman web anda.

Tips: Domain name hendak ringkas dan tak mengelirukan, dan menarik perhatian

Nama-nama antarabangsa: *.com, *.net, *.org

Nama-nama tempatan: *.com.my, *.net.my, *.org.my (dot my adalah pengenalan untuk Malaysia)

Contoh lain:

dot sg: Singapura

dot kr: Korea

dot cn: China

dot jp: Jepun

Pada dasarnya, nama-nama tersebut tidak mempunyai sebarang batasan berkaitan tentang akses. Maksudnya, anda boleh menggunakan apa juga domain name dan sesiapa sahaja walau di mana sahaja mereka berada boleh mengakses laman web anda. Cuma kelebihan nama antarabangsa adalah lebih ringkas dan pendek dan nama tempatan mendekatkan diri anda dengan semangat kenegaraan.

Di mana anda boleh mendapatkan nama-nama tersebut?

Pertamanya, anda harus membuat semakan samada nama yang anda bercadang untuk gunakan masih boleh digunakan atau sudah diambil oleh orang lain.

Nota: Domain name adalah unik. Hanya satu nama sahaja boleh wujud dalam satu masa.

Jadi, anda perlu membuat senarai pilihan nama sekiranya nama yang hendak gunakan telah digunapakai oleh orang lain. Semakan boleh dibuat di www.register.com, atau di www.mercumaya.net (sekadar beberapa contoh sahaja).

Setelah semakan dibuat, anda boleh terus membuat bayaran untuk nama pilihan anda. Harga untuk satu domain name adalah dalam lingkungan RM30 hingga RM100 setahun (bergantung kepada harga tawaran oleh ejen jualan).

Seterusnya, dapatkan tapak atau hosting. Hosting adalah ruangan yang diperlukan untuk menyimpan semua fail laman web. Hosting adalah umpama ruangan hard disk yang terdapat di dalam komputer anda. Anda tidak boleh menyimpan fail laman web di dalam komputer anda kerana ianya tidak boleh diakses oleh orang lain. Untuk membolehkan orang lain mengakses fail-fail laman web sebuah web server diperlukan. Web server inilah yang mempunyai ruangan yang akan menyimpan fail laman web anda. Oleh itu, anda perlu memindahkan fail laman web dari komputer anda ke dalam web server.

Bagi mendapatkan ruangan di dalam web server tersebut, anda perlu membayar sewa hosting. Dengan harga serendah RM100 setahun, anda sudah boleh memiliki ruangan di dalam web server. Anda akan diberi sebuah akaun untuk membolehkan anda mengakses ruangan tersebut dan memindahkan semua fail laman web anda ke dalam web server.

Nota: FTP (File Transfer Protocol) adalah protokol pemindahan fail daripada komputer anda ke web server.

Pemindahan menggunakan FTP boleh dibuat menggunakan perisian seperti Adobe Dreamweaver.

Setakat ini, kos memiliki domain name dan hosting adalah kurang daripada RM200 setahun iaitu kurang daripada RM20 sebulan. Murahkan?

Selain daripada hosting berbayar, anda juga boleh mendapatkan hosting percuma. Antara laman web yang menyediakan hosting percuma ini ialah geocities.yahoo.com dan www.tripod.com. Hosting percuma ini boleh anda miliki tetapi dengan batasan-batasan tertentu seperti menggunakan domain name yang diberikan sahaja (seperti: http://geocities.yahoo.com/syarikat_abc), ruangan yang terhad, anda terpaksa memaparkan iklan mereka di dalam laman web anda dan ketidakbolehan untuk membesarkan fungsi laman web anda.

Langkah B: Bina Laman Web

Langkah seterusnya ialah membina laman web. Bagaimana agaknya nak mulakan langkah ini ya? Mudah saja… Banyak perisian biasa yang boleh anda gunakan untuk membina laman web. Antara yang paling mudah ialah Microsoft Word. Anda hanya perlu menyusun kandungan laman web anda di dalam satu dokumen Word (taipkan teks, masukkan gambar, letakkan jadual, dsb). Setelah siap, simpan dokumen tersebut sebagai fail HTML (HTML – Hyper Text Mark Up Language). Apa juga yang anda letak di dalam dokumen tersebut adalah apa yang akan terpapar di dalam web browser (seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox). Ini dipanggil What You See Is What You Get (WYSWYG).

Perisian WYSWYG membolehkan sesiapa sahaja membina laman web tanpa mengetahui pengaturcaraan web seperti HTML, Javascript dan Cascading Style Sheet (CSS).

Perisian lain bagi membina laman web adalah Microsoft FrontPage dan Adobe Dreamweaver. Pembinaan laman web akan dilakukan di dalam komputer peribadi anda. Setelah siap barulah anda akan memindahkan (upload) ke dalam web server (hosting).

Pembinaan laman web memerlukan sedikit perancangan bagi menyusun kandungan supaya lebih teratur dan kemas. Asingkan kandungan anda kepada beberapa bahagian seperti:

  1. Halaman Utama
  2. Pengenalan atau Profail
  3. Produk dan Servis
  4. Hubungi Kami

Masukkan info yang ringkas dan padat serta bersesuaian di dalam setiap bahagian yang telah disusun. Gambar-gambar yang hendak dimasukkan juga mesti bersesuaian dan tidak terlalu besar saiznya (dimensi dan juga jumlah baitnya).

Pastikan anda meletakkan jaringan (link) navigasi supaya pengunjung dapat melungsuri laman web anda tanpa tersesat. Jaringan navigasi atau menu navigasi adalah sangat penting.

Setelah siap kesemua halaman yang anda inginkan, cuba dahulu secara local sebelum memindahkan (upload) ke dalam web server (hosting) anda. Pastikan tiada jaringan yang terputus. Pastikan tiada gambar yang gagal dipaparkan. Pastikan navigasi anda tiada masalah. Jika semuanya baik, pindahkan ke dalam web server.

Langkah C: Promosikan Laman Web Anda

Kewujudan laman web anda tidak akan diketahui umum sekiranya tidak diwar-warkan. Promosi adalah penting supaya laman web anda tidak terbiar sepi. Promosi boleh dibuat dengan beberapa cara, antaranya:

  • Sampaikan secara lisan (mungkin kepada rakan atau saudara-mara terdekat)
  • E-melkan kepada senarai rakan (contact list)
  • SMSkan alamat laman web anda kepada phone book
  • Menyertai internet groups atau forum dan membuat sedikit ulasan kepada ahli groups / forum
  • Melanggan ruangan iklan di dalam laman web yang mempunyai trafik yang tinggi
  • Mendapatkan ruangan di dalam majalah / suratkhabar / rancangan TV
  • Mempromosikan kepada pengunjung pameran / karnival / konvensyen
  • Menaja acara-acara besar

Cuba fikirkan bagaimana cara supaya pengunjung laman web anda sentiasa berkunjung dari semasa ke semasa dan supaya pengunjung baru sentiasa bertambah. Inilah strategi yang begitu mantap, ringkas dan padat yang pernah saya baca sepanjang pengalaman saya menceburkan diri dalam bidang ebiz ini. Namun begitu, semua ini tidak akan menjadi kenyataan jika kita tidak bertindak dari sekarang. Bertindaklah sekarang !

Selamat mencuba!

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com