:: iklaneka ::

Tuesday, September 29, 2009

Google Wave - Satu lagi servis terbaru dari Google.com

Hari ini saya baca satu posting dari blog Amanz yang bertajuk "Penantian Google Wave Bakal Berakhir". Saya tertanya-tanya apa itu Google Wave??? Setelah membaca sehingga habis posting tersebut, akhirnya saya mendapat gambaran kasar mengenai servis tersebut. Google Wave merupakan servis yang menggabungkan segala medium komunikasi seperti emel, IM, Wiki dan sebagainya dalam satu medium pusat. Jadi pengguna tidak perlu membuka banyak aplikasi internet untuk berkomunikasi. Cukup dengan satu medium pusat ini untuk mengakses semua medium komunikasi dalam satu masa.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai servis tersebut sila akses laman ini : blog Amanz

Saksikan klip video servis Google Wave:



Macamana? Ok tak? Sama2 kita nantikan kemunculannya 30 September 2009!

Monday, September 28, 2009

Solway's Multimail - Software mail sender yang begitu simple

Aidilfitri kali ini begitu busy dengan pelbagai wedding event yang rancak. Sana-sini kat kampung semuanya wedding. Sampaikan perut pun penuh dengan gulai kawah. Tapi keseronokan wedding event kat kampung memang tak dapat dilupakan. Saya sempat menghadiri beberapa wedding event yang diadakan kat kampung. Begitu meriah dan happening sekali.

Saya pergi dan makan je apa yang ada. Sampaikan perut membesar dengan drastik. Oleh sebab itu hari ni tak dapat masuk ofis sebab badan panas. Tak demam cuma tak berapa sihat. Sama je lah tu kan? hehehe....

Solway's Multimail

Hari ini saya nak umumkan satu kewujudan software yang berfungsi untuk menghantar email kepada receipent yang begitu banyak atau dalam istilah mudah mailing list. Perkenalkan "Solway's Multimail". Software ini boleh didapati secara percuma melalui pautan di bawah :


Solway's begitu simple dan mudah untuk digunakan. Dengan beberapa step, anda sudah boleh menggunakannya dengan cepat dan berkesan. Dan yang paling penting software ini FREE dan boleh disebarkan secara bebas kepada member2 anda. Berikut adalah screen capture untuk software tersebut :



Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009M / 1430H


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009M/1430H kepada semua pembaca dan pelawat yang dikasihi. Semoga anda berbahagia dan gembira di sisi keluarga tercinta. Jika ada tersilap dan terkasar bahasa harap dimaafkan dan dihalalkan makan dan minum. Bersama kita raikan kejayaan yang besar ini dengan penuh kesederhanaan dan kebaikan. InsyaAllah! Semoga Aidilfitri kali ini membawa lebih makna kepada kita.

Saya mewakili blog saya yang saya sayang sangat ni (panduanoss.blogspot.com) ingin mewar-warkan kepada anda semua tawaran terakhir untuk 50 pembeli pertama untuk ebook "Koleksi OSS" dengan hanya RM10 sahaja! Cepat-cepat jangan lepaskan peluang ini! Layari laman :

http://koleksioss.blogspot.com

Semoga anda berbahagia dan tenang di sisi keluarga tercinta! Raikan kejayaan ini dengan penuh kesederhanaan dan kebaikan!

Pesanan Istimewa dari :
FARABI

Wednesday, September 16, 2009

Aidilfitri menghampiri kita, Ramadhan menjauhi kita

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke-26 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Tinggal 4 hari sahaja lagi untuk kita menghabiskan puasa yang penuh kenikmatan ini. Ramadhan kali ini saya rasakan amat bermakna bagi saya kerana berjaya menjana semula semangat untuk berblog dan memasukkan pelbagai info berkaitan OSS. Sebenarnya kemeriahan dunia oss begitu hebat pada masa kini.

Ramai user pc mencari-cari pelbagai alternatif kepada produk2 komersil yang ada di pasaran. Selain nak menjimatkan duit, melalui penggunaan OSS juga membolehkan user belajar secara trial&error mana-mana OSS yang dipasang di dalam pc atau laptop. Itulah kelebihan dan manfaat OSS kepada IT user di seluruh dunia.

Kita tidak mahu terikat sangat dengan penggunaan produk2 komersil kerana banyak produk komersil yang mementingkan keuntungan berbanding tanggungjawab sosial. Kaedah yang digunakan oleh penggiat OSS untuk menjana pendapatan begitu mudah dan fleksibel. Mereka membangunkan satu perisian sebagai contoh perisian pelayar internet. Mereka mengedarkannya secara PERCUMA kepada IT user di seluruh dunia. User akan menginstallkan perisian tersebut kemudian menyebarkannya kepada orang lain atau member2 mereka. Programmer atau founder untuk perisian tersebut akan membangunkan satu laman komuniti atau laman blog untuk memudahkan user/blogger/programmer berkomunikasi dan berinteraksi secara maya dan direct di satu platform yang khusus. Sebarang permasalahan mengenai perisian tersebut boleh dihantar melalui laman komuniti atau blog tersebut. Mudah saja!

Soalan yang diajukan oleh user akan dijawab secepat mungkin oleh programmer atau founder perisian tersebut. Proses ini tidak melibatkan sebarang kos wang ringgit. Semua maklumat yang diperoleh dari pertanyaan tersebut adalah PERCUMA dan boleh disebarkan secara meluas melalui internet. Segala pertanyaan/laporan/kekurangan dan komentar yang diajukan oleh user atau programmer akan disimpan dan direkodkan ke dalam pangkalan data laman komuniti atau blog tersebut.

Bagaimana mereka menjana pendapatan?

Mereka boleh menjana pendapatan melalui jualan barang2 cenderahati (souvenir) seperti topi, baju t-shirt, seluar, beg dan sebagainya. Barang2 ini boleh didapati di Online Shop mereka. Selain itu, mereka juga akan meletakkan homepage bagi perisian pelungsur internet tersebut dengan laman search engine mereka yang diasosiasi dengan search engine yang popular seperti Google.com, Yahoo!.com dan sebagainya. Mereka juga akan meletakkan sticky advertisement pada perisian tersebut.

Sunday, September 13, 2009

Celcom broadband dengan pakej yang terbaharu..

Dua hari lepas saya berkunjung ke low yatt plaza untuk follow-up pelbagai kemeriahan teknokrat di sana. Pelbagai pc-tools, handphone, pda, gadget dan accecories computer yang boleh didapati di sana termasuklah servis internet mobile broadband. Tentu anda pernah dengar broadband? Adakah anda pernah mendengar istilah mobile broadband pula? Broadband dalam bahasa Melayu bermakna 'jalur lebar'. Ia adalah satu teknologi capaian internet yang berteraskan kabel yang mempunyai jalur yang lebar. Manakala mobile broadband ialah 'jalur lebar' yang boleh dicapai melalui tanpa wayar (wayarless). Antara contoh broadband ialah streamyx, maxis, jaring dan sebagainya. Manakala antara contoh mobile broadband ialah Celcom broadband, Maxis broadband, DiGi broadband dan sebagainya.

Pada kebiasaannya broadband menggunakan sambungan wayar ke talian telefon tetap. Manakala mobile broadband menggunakan 3G, GPRS, WAP, HSDPA dan sebagainya. Beza antara dua jenis broadband ini ialah satu guna wayar dan satu lagi tak guna wayar. Mudah je kan? :-)

Dalam satu dok pusing first floor tu, saya singgah jap kat kiosk Celcom broadband. Memang kaw kaw lah pakej yang dijanjikan oleh Celcom. Yang terbaharu, Celcom menawarkan pakej basic RM68 (tanpa kontrak + percuma 1 bulan capaian + modem + 384kbps ) = RM299.00 sahaja!
Manakala pakej advanced RM98 (tanpa kontrak + modem + 3.6Mbps speed) = RM329.00 sahaja! Saya pun sambar satu pakej advanced RM98.00. Activation hanya mengambil masa selama satu jam sahaja!

Jom kita berbroadband!

Tuesday, September 8, 2009

Laptop asyik restart sebab windows corrupt

Hari ni saya service satu laptop yang pakai windows xp home edition. Mudah benar corrupt windows xp ni. Kalu tersalah dan tersilap install, mesti corrupt windows tu. Pelik betul Microsoft ni. Nak jual produk kat customer biarlah betul2 mantap dan tip top.

Sekarang saya masih dok try pelbagai cara untuk settle windows corrupt ni. Antaranya :

  1. Reinstall balik windows xp home edition tersebut
  2. kurangkan software2 yang tidak digunakan dengan cara uninstall / remove software tersebut.
  3. cuba clearkan cache dalam browser (either firefox atau i.e)
  4. kurangkan icons kat desktop, tinggalkan satu baris jer icons. kalau boleh tinggalkan icon recycle bins jer
  5. kurangkan item dalam start menu.
  6. cara yang ke-6 dok fikir lagi...
InsyaAllah, saya akan jumpa cara macamana nak solve problem ni step by step.

Tuesday, September 1, 2009

KoleksiOSS - Sumber maklumat perisian sumber terbuka

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan satu lagi blog yang memaparkan maklumat mengenai perisian sumber terbuka. Anda boleh layari blog tersebut di :


Pada zaman awal ICT, penggunaan perisian komersil yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat besar perisian seperti Microsoft, Sierra, Adobe, Macromedia dan sebagainya menjadi igauan dan buruan para pengguna perisian tegar seperti designer, webmaster, web administrator, network administrator dan novice user (pengguna biasa). Mereka menyangka penggunaan perisian komersil akan membolehkan mereka secara bebas menyebarkan perisian tersebut dengan memasang di pc-pc yang berlainan atas satu lesen. Sedangkan tindakan itu salah dan menyalahi.

Oleh hal demikian, Open Source Matters (OSM) iaitu satu organisasi yang berperanan untuk menpromosikan penggunan perisian sumber terbuka (open source software) telah ditubuhkan atas semangat kebebasan perisian. OSM begitu berperanan sekitar tahun 2003 apabila Mozilla Firefox 1.0 telah dilancarkan secara rasmi oleh komuniti Mozilla. Firefox merupakan web browser yang dibangunkan atas platform Netscape Navigator dan ditaja sepenuhnya oleh American Online. Netscape Navigator pada zaman awalnya merupakan web browser yang famous kerana menjadi alternatif kepada I.E ketika itu. Namun setelah OSM ditubuhkan, maka Mozilla juga turut memainkan peranan untuk menggiatkan usaha dengan mengumpulkan seramai mungkin komuniti developer di seluruh dunia untuk sama-sama membangunkan web browser baru yang diberi nama Mozilla Firefox. Firefox merupakan web browser yang begitu ringan, mudah digunakan dan tak banyak masalah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita Firefox, anda boleh layari blog :


Saya akan ceritakan dengan panjang lebar mengenai Firefox dan OSS yang lain dalam blog tersebut. InsyaAllah. :-) Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan kepada semua umat Islam walau dimana pun anda berada. Semoga puasa kita akan menjadikan kita lebih mulia di sisi Yang Maha Kuasa. InsyaAllah! Selamat berbuka puasa!

Rahsiaebiz Launch CD Logo & Fonts 2010

Hari ini masuk hari yang ke-11 puasa Ramadhan. Begitu asyik dan tenang dengan Ramadhan yang penuh makna. :-) Semasa buat preparation untuk kerja ofis, saya sempat surf web RahsiaEbiz.com. RahsiaEbiz launch satu produk digital baru iaitu : CD Logo & Fonts 2010. Tahniah Code7 di atas kejayaan menghasilkan produk digital yang ke-5 saya rasa. :-) Betulkan saya jika saya salah. Saya begitu kagum dengan kreativiti dan keterrerannya dalam dunia grafik. Saya pun suka grafik tapi tidaklah terlalu maniac.



Dari minisite yang beliau paparkan produk tersebut, saya telah buat satu kesimpulan bahawa CD ini memang patut dimiliki oleh semua designer, blogger, webmaster, newbie dalam IM dan semua genre masyarakat di negara kita. Banyak manfaat yang kita boleh perolehi daripada CD ini. Saya pula lebih suka simpannya sebagai koleksi. InsyaAllah, hari ini atau esok saya akan purchase CD ini.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk tersebut sila klik :

http://logo.rahsiaebiz.com/

Jangan lupa masukkan entri berkaitan dengan produk tersebut dalam web atau blog anda.
 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com