:: iklaneka ::

Tuesday, September 1, 2009

KoleksiOSS - Sumber maklumat perisian sumber terbuka

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan satu lagi blog yang memaparkan maklumat mengenai perisian sumber terbuka. Anda boleh layari blog tersebut di :


Pada zaman awal ICT, penggunaan perisian komersil yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat besar perisian seperti Microsoft, Sierra, Adobe, Macromedia dan sebagainya menjadi igauan dan buruan para pengguna perisian tegar seperti designer, webmaster, web administrator, network administrator dan novice user (pengguna biasa). Mereka menyangka penggunaan perisian komersil akan membolehkan mereka secara bebas menyebarkan perisian tersebut dengan memasang di pc-pc yang berlainan atas satu lesen. Sedangkan tindakan itu salah dan menyalahi.

Oleh hal demikian, Open Source Matters (OSM) iaitu satu organisasi yang berperanan untuk menpromosikan penggunan perisian sumber terbuka (open source software) telah ditubuhkan atas semangat kebebasan perisian. OSM begitu berperanan sekitar tahun 2003 apabila Mozilla Firefox 1.0 telah dilancarkan secara rasmi oleh komuniti Mozilla. Firefox merupakan web browser yang dibangunkan atas platform Netscape Navigator dan ditaja sepenuhnya oleh American Online. Netscape Navigator pada zaman awalnya merupakan web browser yang famous kerana menjadi alternatif kepada I.E ketika itu. Namun setelah OSM ditubuhkan, maka Mozilla juga turut memainkan peranan untuk menggiatkan usaha dengan mengumpulkan seramai mungkin komuniti developer di seluruh dunia untuk sama-sama membangunkan web browser baru yang diberi nama Mozilla Firefox. Firefox merupakan web browser yang begitu ringan, mudah digunakan dan tak banyak masalah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita Firefox, anda boleh layari blog :


Saya akan ceritakan dengan panjang lebar mengenai Firefox dan OSS yang lain dalam blog tersebut. InsyaAllah. :-) Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan kepada semua umat Islam walau dimana pun anda berada. Semoga puasa kita akan menjadikan kita lebih mulia di sisi Yang Maha Kuasa. InsyaAllah! Selamat berbuka puasa!

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara PANDUANOSS 2009-2012. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke : mamn85@gmail.com