Sunday, April 27, 2008
Absolutely Windows 2000 Log On Screen
Add a shortcut to XP-Style Start Menu
Right click any application icon in Start Menu, on the desktop or in Explorer and select "Pin to Start Menu". Alternatively just drag and drop the icon to the Start button.
Salam Perjumpaan Lagi...
Selama 5 hari di sana, bermacam-macam pengalaman dan pengetahuan yang didapati. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya minda yang kosong ini terisi dengan isi yang berguna dan bermanfaat. For your information, Grisoft have relesead a new AVG Free Edition 8.0. Feel free to surf there :-
~ Al-Farabi
Sunday, April 20, 2008
2008 TAHUN BAHAYA ?
Adakah ini wajah dunia pada tahun ini atau dalam masa 20 tahun dari sekarang ?
Dengan peningkatan harga minyak dan bekalan makanan dunia dalam mesyuarat pertubuhan bantuan sedunia itu, Carlo Cirri pernah meluahkan : “Tahun 2008 adalah tahun yang sangat berbahaya.”
Klik gambar ini untuk info tepian :>>>
Ketika itu ramai peserta mesyuarat meluahkan pendapat yang sama tetapi mengharapkan keadaan akan cepat pulih. Namun, kebimbangan Carlo Cirri menjadi kenyataan. Sejak penghujung tahun lalu, protes rakyat ke atas kekurangan bekalan dan harga makanan yang melonjak mula tercetus dari satu negara ke satu negara lain.
Negara-negara termiskin dunia terutamanya di benua Afrika antara yang paling cepat merasai krisis makanan dan komoditi global ini. Daripada mogok pengguna sehinggalah ke pemandu teksi, banyak protes yang melibatkan keganasan berakhir dengan kematian.
Negara miskin, Haiti, majoriti rakyatnya yang hidup dengan pendapatan sekitar RM6.24 sehari turut menyaksikan ketegangan paling hebat. Akibat kegagalan kerajaan Perdana Menteri, Jacques Edouard Alexis, meningkatkan pengeluaran makanan, rakyat bukan sahaja merusuh dan berbunuhan bahkan kerajaan Alexis ditumbangkan oleh parlimennya.
Dari negara-negara miskin, fenomena krisis makanan mula menyerang negara-negara yang menjadi pengimport hasil pertanian asas seperti gandum, beras dan soya. Filipina sebagai pengimport terbesar beras dunia menerima tamparan awal sehinggakan rakyatnya kini berbaris di jalan raya meminta Presiden Gloria Macapagal Arroyo meletakkan jawatan.
Negara lain yang mula menyaksikan ketegangan akibat fenomena terbaru dalam sejarah dunia ini termasuklah Bangladesh, Pakistan, Cameroon, Mesir dan Argentina. Pertubuhan Makanan dan Pertanian Amerika Syarikat (AS) menjangkakan 37 buah negara dunia akan berdepan dengan krisis bekalan makanan terburuk pada milenium baru ini.
UNESCO dalam satu kenyataan memberitahu, sejak setahun lalu, harga gandum di pasaran dunia melonjak hingga mencecah 130 peratus manakala kacang soya pula meningkat sehingga 87 peratus. Harga beras dunia pula sejak lima tahun lalu meningkat tiga kali ganda. Menurut Jabatan Pertanian AS, peningkatan harga beras yang menjadi makanan asasi berbilion penduduk Asia itu adalah yang paling tinggi dalam tempoh dua dekad, sedangkan penghasilannya pula antara yang terendah sejak awal tahun 1980-an.
Malaysia walaupun bukan pengimport besar beras, namun dengan kebergantungan 30 peratus bekalan beras negara dari Thailand dan Vietnam, penduduk negara ini sudah mula merasai bahang krisis itu. Walaupun kenaikan harga beras Malaysia tidak seteruk di Filipina, namun fenomena itu sudah pun tiba. Sejak beberapa hari lalu, kenaikan harga beras dirasai di pasaran tempatan dengan kenaikan sekitar antara 10 hingga 20 peratus.
Walaupun Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa mengumumkan penambahan stok beras negara sebanyak 600,000 tan metrik, namun Mohd. Yusof menggesa agar kerajaan mengambil langkah segera kerana pihaknya sudah mula menerima laporan beberapa kawasan kehabisan bekalan beras.
Melihat kepada fenomena krisis dunia itu, ramai yang menuding jari kepada peningkatan harga bahan api dunia. Harga bahan api dunia pada tahun 2006 ialah pada sekitar AS$78 setong, namun terus meninggi melepasi angka AS$100 setong pada penghujung tahun lalu. Tanpa menampakkan tanda untuk pegun, harga bahan api melonjak lagi ke paras tertinggi pada harga AS$112.78 setong beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, bagi Pengarah Besar Institut Penyelidikan Polisi Makanan Antarabangsa di Washington, AS, Joachim von Braun, dunia kini sebenarnya berada dalam keadaan terhimpit.
“Kita berada dalam keadaan yang terlalu sukar. Peningkatan harga minyak bukanlah satu-satunya punca fenomena krisis makanan yang tidak sepatutnya berlaku pada zaman moden ini,” ujarnya.
Perubahan iklim dunia turut memburukkan fenomena itu. Penuaian tanaman di kebanyakan negara di dunia dimusnahkan oleh cuaca tidak menentu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Kemarau panjang menyebabkan petani gandum dan jagung di Australia dan di selatan Afrika muflis manakala banjir pula memusnahkan tanaman petani di timur Afrika.
“Salji tebal yang berpanjangan pula menyukarkan petani di China sementara utara Eropah menyaksikan cuaca panas yang berpanjangan,” ujar von Braun. Memburukkan lagi keadaan, peningkatan harga bahan api yang ketara sejak tiga tahun lalu menyebabkan banyak kerajaan di seluruh dunia menggesa ditingkatkan bahan api alternatif iaitu bahan api bio.
Lantaran itu, ramai petani yang beralih daripada menanam jagung, tebu dan gandum untuk sumber makanan lain sebaliknya menjadikan ia sebagai bahan api. Subsidi etanol di AS sahaja contohnya menggoda ribuan petani untuk tidak mengeluarkan makanan berasaskan tanaman.
Kombinasi daripada itu bagi von Braun telah memburukkan bekalan makanan dunia malah menguatkan lagi kenyataan Carlo Cirri, bahawa tahun 2008 sebagai tahun yang berbahaya jika tiada usaha dilakukan.
Selain kebuluran dan keganasan yang sudah mula tercetus di beberapa negara dunia, kanak-kanak dilihat antara mangsa yang paling menyedihkan. Di beberapa buah negara seperti di Bangladesh dan Haiti, sudah ramai ibu bapa yang mengeluarkan anak-anak mereka dari sekolah lantaran tidak mampu membayar kos pembelajaran.
Lebih buruk lagi, semakin ramai kanak-kanak yang kini menjadi buruh apabila dipaksa bekerja untuk menambahkan pendapatan keluarga bagi membeli bahan makanan. Namun, satu ramalan yang paling menakutkan ialah fenomena krisis makanan dunia bukan sahaja akan menyebabkan rakyat berpendapatan rendah menderita kebuluran, tetapi rakyat berpendapatan sederhana juga bakal kelaparan.
Selain bantuan kewangan dari negara besar dan Bank Dunia, Penasihat bahagian Ekologi dan Sains UNESCO, Guilhem Calvo menggesa agar kebanyakan kerajaan dunia melakukan revolusi pada sektor pertanian masing-masing. “Sains moden perlu dipraktikkan dalam pertanian. Pertanian organik mungkin salah satu cara yang boleh diperluaskan,” kata Calvo.
Memandangkan Malaysia cuma mengimport kira-kira 30 peratus keperluan beras, beliau berpendapat tempoh satu hingga tiga bulan adalah memadai sebagai panduan untuk tempoh stok penimbal.Bagaimanapun, katanya adalah lebih baik jika stok penimbal beras ditentukan berasaskan satu formula atau model yang dapat mengambil kira keadaan cuaca, agronomi dan pasaran.
“Model atau formula ini akan menjadi satu sistem amaran awal dengan membuat unjuran tentang situasi pengeluaran, perubahan cuaca dan mungkin ancaman serangga perosak,” katanya. Walaubagaimanapun, melihat kepada kecemasan bekalan makanan dunia hari ini, ramai yang berharap agar fenomena tersebut segera reda.
Berapa lamakah krisis ini akan berlangsung? Kata von Braun: “Ramalannya sangat suram.”
Saturday, April 19, 2008
PERNIAGAAN INTERNET atau PELABURAN INTERNET ?
Tentu anda dapat menangkap beberapa tips yang beliau berikan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet ? Tak mengapa, anda boleh dengar berkali-kali kerana khidmat ini adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran. Sekadar hendak berkongsi ilmu sesama saudara. Jika hendak tahu lebih lanjut mengenai perniagaan internet, anda boleh email kepada saya di alamat berikut : myhottips@yahoo.com
Monday, April 14, 2008
BLOG DAN PENDIDIKAN
Aplikasi blog semakin popular dan menjadi gaya terkini komunikasi. Kewujudan blog menjadikan komunikasi maya semakin interaktif dan menarik. Kewujudan blog juga telah merancakkan dimensi dan aplikasi bahasa utama dunia dalam pelbagai aspek, terutamanya di dalam bidang pendidikan.
Blog berasal daripada perkataan Inggeris iaitu web log dan dipendekkan kepada blog sahaja oleh pengamal dan pengendali terawal laman blog di Amerika Syarikat. Sehingga kini, belum ada istilah dalam bahasa Melayu yang sesuai yang merujuk kepada blog. Blog seolah-olah merupakan sebuah buku catatan harian peribadi, diari atau jurnal dalam talian yang sangat unik, yang membolehkan pembaca maya meninggalkan ulasan dalam bentuk format interaktif. Hal ini dapat mewujudkan komunikasi dua hala dengan perkongsian idea dan pendapat tentang pelbagai perkara dalam kalangan pemblog (blogger) atau kumpulan yang berinteraksi melalui blog.
Blog juga umpama laman sesawang peribadi yang boleh dibina secara percuma, mudah dan praktikal. Kelebihan inilah yang menjadikan blog sebagai tarikan dan mampu menjadi medium interaktif terbaik dalam bidang pendidikan, terutama dalam komunikasi antara guru dengan pelajar. Jika sebelum ini, guru akan mengarahkan pelajar menyediakan kerja kursus, laporan, kerja rumah, dan lain-lain, kini, masanya telah tiba bagi guru dan pelajar berinteraksi melalui blog. Melalui blog guru dan pelajar dapat dapat berinteraksi dengan mudah tentang hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru boleh memberikan tugasan kepada pelajar agar melalui blog, sementara, pelajar boleh mengemukakan soalan tentang hal-hal pembelajaran. Blog berupaya mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang santai, menarik dan menyeronokkkan. Blog boleh dijadikan medium bantuan mengajar dan melaksanakan aktiviti pembelajaran atas talian (online) atau e-pendidikan.
Guru bahasa umpamanya, boleh menyemak dan memperbetulkan susunan ayat, tatabahasa dan sebagainya, isi kandungan blog pelajar. Manakala, guru seni pula boleh memberikan cadangan untuk penambahbaikan blog agar lebih persembahannya lebih kreatif, segar dan menarik. Guru mata pelajaran lain pula boleh membantu pelajar dalam pembelajaran seharian, latih tubi atau tuisyen melalui blog yang boleh dilayari pada bila-bila masa sahaja.
Guru Agama, guru Kaunseling dan guru pendidikan Moral pula boleh memantau etika dan akhlak pelajar agar tidak memasukkan unsur-unsur negatif ke dalam blog atau melayari blog yang isi kandungannya tidak sesuai atau memuatkan perkara-perkara yang negatif. Di samping hal itu, para pelajar juga perlu diingatkan agar tidak melanggar undang-undang harta intelek seperti perlanggaran hak cipta, memuat turun teks dan grafik tanpa kebenaran pemiliknya yang sah dan sebagainya.
Melalui blog juga guru boleh menyediakan rancangan mengajar, petua belajar dan sebagainya yang merupakan rujukan yang amat berfaedah kepada pelajar. Melalui blog juga, guru boleh memuat turun subjek yang berkaitan dengan pengetahuan am, subjek motivasi, rencana, esei, dan lain-lain yang sesuai dan berkaitan dengan pembelajaran di sekolah. Hal ini akan berupaya mewujudkan golongan guru dan pelajar yang lebih kreatif, dinamik, mempunyai nilai tambah, mesra internet dan celik komputer, serta celik sains dan teknologi. Secara tidak langsung, hal ini akan mempengaruhi dan memberikan kesan kepada sistem pendidikan negara yang lebih dinamik, kompetitif dan komprehensif seiring dengan sistem pendidikan di negara maju.
*** Artikel ini dipetik dari MAJALAH DEWAN BAHASA [ EDISI MAC 2008], hasil tulisan Madzlina Haji Nordin, guru di Sekolah Kebangsaan Tanjung Dawai, Kedah.
~ Al-Farabi
Saturday, April 12, 2008
SEDIKIT MENCELAH....
Masalah ini sudah lama menghantui fikiran dan kerja rakan-rakan sepejabat saya. Jadi, gunakan tips bermanfaat ini dan sebarkan kepada kawan-kawan anda. Jika anda masih tidak faham tentang apa yang saya tulis di atas, anda boleh email kepada saya (myhottips@yahoo.com) atau tinggalkan soalan anda dengan klik pada pautan Comments di bawah ---VVV
~ Al-Farabi
Friday, April 11, 2008
SAYA AKAN BEREHAT UNTUK BEBERAPA HARI
Untuk makluman rakan-rakan pelawat yang dihormati, saya akan berehat untuk beberapa hari kerana saya ada banyak tugasan pejabat yang perlu dihabiskan. Buat masa ini saya banyak dan masih mengumpul bahan-bahan untuk dimuatkan dalam blog ini. Kebanyakkannya lebih kepada tips dan panduan secara teknikal berkenaan ICT.
Projek saya yang terbaru sekarang ialah develop laman blog seorang sahabat saya yang ingin berkongsi maklumat dengan dunia mengenai masalah-masalah dan isu -isu agama. Saya cadangkan kepada beliau agar memiliki sebuah laman blog untuk kemudahan beliau menyampaikan ilmu beliau kepada masyarakat Malaysia khasnya dan masyarakat dunia amnya.
Kepada mana-mana rakan-rakan pelawat yang ingin mendapatkan bantuan teknikal dan khidmat nasihat daripada saya, sila emailkan kepada saya (myhottips@yahoo.com) atau tinggalkan pertanyaan di ruangan komen pada bahagian bawah artikel ini.
Selamat maju jaya dan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat kepada semua rakan-rakan pelawat yang dihormati.
~ Al-Farabi
Thursday, April 10, 2008
ERROR Code in XP's Device Manager
~ Al-Farabi
Sunday, April 6, 2008
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL BOOK FAIR (KLIBF)
[ Orang tak ramai sangat kerana banyak buku ilmiah yang serius ]
[ Sama juga keadaannya di sini ]
[ Yang ini ramai sedikit kerana banyak buku terpakai ]
[ Semuanya buku ilmiah yang berat dan serius ]
[ Ini buku-buku yang saya beli ]
* Susah kita nak mengubah masyarakat Malaysia agar membaca dan membaca, melainkan masyarakat Malaysia itu sendiri membaca. *** Saya sendiri pun malas membaca tapi usaha.
~ Al-Farabi
Saturday, April 5, 2008
PEMBLOG atau BLOG yang bermasalah ?
Bahasa dalam BLOG makin menjadi masalah kepada ramai penggiat bahasa dan pencinta bahasa. Mungkin kerana kecelaruan yang terkandung dalam setiap blog yang sememangnya lebih bersifat "funky" dan terlampau bebas tulisannya. Namun begitu, bagi saya tulisan dalam blog ini sememangnya bersifat demikian kerana blog hanya boleh didapati di dunia tanpa sempadan (borderless-world) dan seharusnya pertikaian mengenai corak dan jenis bahasa yang digunakan tidak seharusnya dijadikan fokus utama. Apa yang perlu difokuskan ialah isu yang dimainkan oleh setiap pemblog. Isu-isu yang diutarakan mungkin dan kadang-kadang panas, sensitif, mengampu, memberi maklumat, info terkini, rungutan, bantahan dan pelbagai genre isu.
Baru-baru ini saya ada membaca beberapa artikel di dalam majalah arus perdana yang membicarakan masalah bahasa blog. Rata-rata tumpuan artikel lebih kepada "kekacauan bahasa blog" dan masalah yang sering timbul dalam bahasa blog. Banyak artikel tersebut membidas pemblog-pemblog yang menggunakan bahasa yang kacau dalam blog-blog mereka. Mereka seharusnya tahu dan sedar bahawa maklumat-maklumat yang ada di internet terlalu mudah, banyak, cepat dan terkini. Jadi tidak sepatutnya bahasa blog menjadi bahan bidasan mereka.
Anda boleh lihat pelbagai variasi blog yang bersifat individu. Untuk pengetahuan kita semua, blog pada asalnya dicipta untuk mencatat diari perjalanan hidup seseorang individu. Itulah objektif utama blog dicipta. Namun kini, blog diperluaskan kepenggunaannya kepada pelbagai jenis kegunaan. Namun tidak dinafikan selari dengan peristiwa semasa dan isu semasa yang dimainkan oleh ramai pemblog menyebabkan penggunaan bahasa di dalam blog menjadi semakin pelik, runcing, kacau dan tidak bersifat baku. Sebagai contoh isu melibatkan kenaikan harga barangan, ada sesetengah pemblog yang menggunakan kesempatan isu tersebut untuk menguraikan dan melebarkan lagi liputan isu dengan mengaitkannya dengan isu-isu yang lain. Hasilnya, setiap perkataan yang dipaparkan di blog mereka ada yang betul dan ada yang tak betul. Ada yang baku dan ada yang kedaerahan. Ada yang sopan dan ada yang biadap. Ada yang sederhana dan ada yang melampau.
Kedinamikan blog telah melahirkan ramai komuniti sastera, teknokrat, jurnalis, pengembara, jutawan, ahli perniagaan, broker saham dan usahawan IKS. Setiap artikel yang dimasukkan dan ditulis di dalam blog tidak perlu melalui proses dan prosedur yang teliti dan ketat berbanding artikel yang dihantar dan disiarkan di dalam media cetak. Sesiapa sahaja boleh berkarya dan menulis artikel dengan bebas tanpa sebarang sekatan dan tapisan. Senario ini menyebabkan industri penulisan tradisional tercabar dan perlu bersaing dengan penulisan blog kerana penulisan blog lebih mudah, cepat, percuma, tiada proses dan kerenah birokrasi yang banyak, interaktif dan boleh dikongsi dengan pelbagai peringkat pembaca tanpa had.
Minggu lepas, mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah mengumumkan bahawa beliau akan membina blog sendiri dan menggunakan blog sebagai wadah untuk mendengar masalah dan aduan, membela dan menjaga kebajikan rakyat Selangor dengan baik dan berkesan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah menceburkan diri dalam lapangan blog. Memang benar, jika kita teliti perkembangan lapangan blog di negara jiran seperti Indonesia, Menteri Komunikasi dan Informatika (Menkominfo) Indonesia, Muhammad Nuh telah merasmikan Hari Blog Nasional yang disambut pada 27 Oktober 2007. Hari Blog Nasional ini telah diperkenalkan oleh kerajaan Indonesia sebagai tanda menghargai dan pengiktirafan kerajaan Indonesia kepada penulis blog di republik tersebut. Suara penulis blog didengar oleh kerajaan. Pemblog menjadikan blog sebagai wahana mengekspresikan diri dengan pandangan dan maklum balas tetapi mereka perlu bertanggungjawab terhadap penulisan mereka (Teks temubual oleh wartawan Dewan Budaya edisi Mac 2008 dengan seorang penulis dan pemblog terkenal Zamri Mohamad). Berdasarkan fakta dan kenyataan di atas, boleh disimpulkan bahawa blog merupakan wadah dan wahana yang baik dan berkesan untuk menyampaikan mesej dan info dengan tepat, benar, mudah, cepat, percuma dan berkesan. Jadi tidak sepatutnya kita menuding jari menyalahkan pemblog-pemblog yang ada sekarang ini menggunakan bahasa kacau atau bahasa rojak dalam menyampaikan mesej mereka. Itu semua terpulanglah kepada mereka asalkan tidak timbul isu dan masalah fitnah, menghasut dan isu-isu negatif yang lain.
Sepatutnya kerajaan perlulah menubuhkan satu badan khas yang bebas untuk memantau dan mengawal blog-blog yang ada agar tidak terlalu kacau dan rojak. Itu adalah pandangan saya tentang isu ini dan diharapkan ianya akan menjadi suatu garis panduan untuk kebaikan kita bersama. Terpulanglah pada individu masing-masing untuk menilai dan mentafsirkannya mengikut acuan sendiri asalkan tidak melanggar batas-batas agama, adab dan budaya.
~ Al-Farabi