Tuesday, November 24, 2009
Pagi yang terlena dan penat sedikit....
Hari ini tidak begitu banyak hambatan kerja dan waktu yang diperlukan oleh staf di pejabat. Alhamdulillah, boleh lah saya fokus pada usaha untuk stabilkan kerja-kerja unit. Akhirnya saya sempat juga menyiapkan satu pc yang rosak akibat serangan trojan dan worm yang sememangnya menjadi musuh saya pada tahun 2006. Memang tertekan kerana tak tahu nak buat macamana. Masa tu perisian antivirus dan internet security mahal dan menelan kos yang tinggi untuk digunakan. Jadi terpaksa guna antivirus percuma dan terhad perlindungannya.
Sekarang masa untuk berehat sekejap sementara menunggu sebarang hambatan kerja dan waktu yang akan dihadapi sekejap lagi. InsyaAllah, mohon pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kejayaan atas setiap pekerjaan yang dilakukan pada hari ini dan pada masa akan datang. Kadang-kadang kita kena kenali diri kita melalui rehat yang cukup dan kerja yang menepati masa dan berdisiplin membolehkan kita tahu siapa diri kita dari dalam. Boleh dan mampukah kita berdisiplin dalam apa jua lapangan kerja dan hidup kita? Kalau mampu, apakah kemampuan itu boleh menjamin hidup kita? Sama-sama kita renungkan.
Hari ini banyak juga saya membaca artikel-artikel dan posting-posting dari blog-blog lain dalam pelbagai bidang termasuk ict, teknologi, peribadi, politik, sosial, agama dan sebagainya. Memang tak puas dan tak boring jika baca artikel dan makalah dari internet kerana caranya berbeza dan fokus kita tinggi. Mata kita akan lebih fokus malah tidak letih apabila melihat artikel yang dipaparkan di blog/web kerana antaramukanya yang menarik dan tidak meletihkan. Jom rehat jap! :-)
AmBank Melancarkan Aplikasi Mudah-Alih AmGenie
Untuk menggunakannya, para pengguna boleh memuat-turun aplikasi AmGenie Pro ke telefon bimbit mereka, ataupun dengan mengakses laman WAP AmGenie. AmBank membawakan servis mudah-alih ini dengan kerjasama FSBM Net Media Sdn. Bhd. Sebelum ini, CiMB telah memperkenalkan aplikasi khas perbankan untuk para pengguna iPhone dengan kerjasama bersama Maxis.
Saturday, November 21, 2009
Google Chrome OS
Walaupun tiada sebarang pelancaran ataupun beta untuk hari ini, Google telah pun melepaskan kod sumber bagi sistem operasi Chrome OS hari ini. Segala pembangunan Chrome OS adalah berasaskan pada pelayar web Chrome yang telah lebih setahun dibangunkan, dan kini digunakan oleh hampir 30 juta pengguna seluruh dunia. Dan perkara biasa yang kita dengar berkenaan dengan Chrome adalah pantas, dan inilah yang dititik-beratkan pada Chrome OS.
Chrome OS menumpukan pada tiga perkara penting, iaitu kelajuan, mudah dan ringkas serta sekuriti. Chrome OS amat pantas, yang mana membolehkan anda menggunakan pelayar web sebaik sahaja anda memulakan sistem operasi anda. Pada demo yang diperlihatkan, ianya mengambil masa lebih kurang 7 saat untuk ke skrin log masuk, dan 3 saat lagi untuk ke aplikasi. Menariknya, pihak pembangun Chrome OS masih dalam pembangunan, dan perkara ini dijangka lebih pantas pada versi akhir kelak.
Pada Chrome OS, segala aplikasi yang digunakan adalah aplikasi berasaskan web, dan semua data adalah menggunakan konsep perkomputeran awam. Ini diperlihatkan melalui demo, dimana aplikasi Notepad dibuka dan diisi dengan sedikit info, dan seterusnya, apabila membuka Google Docs, fail tersebut telah disimpan disana secara automatik.
Pada masa yang sama, Chrome OS bakal menjadi sistem operasi yang paling selamat, kerana tiada sebarang fail binary yang boleh dipasang, jadi ianya mungkin agak sukar untuk dicerobohi. Selain itu, model sekurit pada pelayar web turut diintegrasikan menjadikan Chrome OS lebih selamat.
Chrome OS juga didatangkan bersama tab aplikasi,dimana pada menu aplikasi, anda boleh memilih aplikasi yang anda ingin gunakan daripada senarai aplikasi yang dipersembahkan. Selain daripada itu, anda juga boleh memainkan media seperti video dan muzik dengan mudah pada Google Chrome OS.
Friday, November 13, 2009
2 hari tak boleh akses internet, dunia macam kelam-kabut
Tuesday, November 3, 2009
Dalam banyak2 servis emel, servis emel mana yang terbaik???
Wednesday, October 28, 2009
Nak lajukan lagi PC / Laptop anda?
- Jangan install software yang tidak mahu digunakan atau yang tidak berguna.
- Kurangkan shortcut atau file di desktop. Kalau boleh tinggalkan satu baris sahaja shortcut atau file di desktop.
- Uninstall atau remove mana-mana software yang tidak berguna.
- Jangan gunakan software tema seperti windows blind dan sebagainya. Gunakan tema yang standard saja.
- Jangan letak wallpaper kat desktop.
- Sentiasa clearkan cache atau history dalam browser internet.
- Gunakan software Ccleaner untuk mencuci dan membersihkan pc / laptop anda dari segala benda-benda yang tidak berguna.
- Jangan guna Yahoo! Messenger atau mana-mana software Chat yang lain. Kalau nak chatting, sila guna web chat seperti Yahoo! Mail chat dan sebagainya.
- Jangan guna efffects pada windows appearance.
- Nak tahu lebih lanjut ke? Nantikan kemunculan ebook terbaru saya Januari 2010 nanti!!!!!
"Kadang-kadang kerosakan PC / LAPTOP itu adalah disebabkan human error juga"
Sunday, October 25, 2009
JDownloader – perisian downloader terbaik untuk rapidshare, megaupload, mediafire
2. Laju, dan support resume
Ini antara fungsi saya paling suka, download dari megaupload (free user) sangat laju dan boleh resume pula tu. Save duit tanpa beli akaun premium MU. Cuma tak boleh simultaneous download sahaja la.
3. Boleh download Youtube juga
Download JDownloader.
Saturday, October 24, 2009
Intipati Belanjawan 2010 Untuk Dunia ICT
Berikut merupakan serba sedikit intipati Belanjawan 2010 yang menyentuh aspek ICT negara:
- Pekerja awam akan mendapat pinjaman sebanyak RM5,000 setiap tahun untuk membeli PC peribadi.
- Pakej netbook khas akan diperkenalkan kepada para pelajar IPT yang mana membolehkan mereka memperolehi netbook dengan broadband pada harga RM50 sebulan. Pakej ini akan mula diperkenalkan mulai 1 Januari kelak.
- Pusat Inovasi Negara akan dibangunkan untuk mengalakkan pembangunan inovasi dalam negara.
- RM11.3 billion diperuntukan untuk pembangunan infrastruktur jalur lebar negara. Ianya dijangka, pada tahun 2010, pakej selaju 10Mpbs akan diperkenalkan pada bandar-bandar utama, diikuti dengan kawasan lain secara berperingkat.
- Potongan cukai akan diberikan keatas langganan jalur lebar yang mana membawakan potongan sehingga RM500. Potongan ini diberikan untuk tiga tahun, iaitu mulai 2010 sehingga tahun 2012.
- Sebanyak RM200 juta diperuntukan untuk pembangunan industri kreatif untuk mengalakkan pembanggunan industri seni dan juga kandungan kreatif.
Mari Kita Sama-Sama Analisa Pembentangan Belanjawan 2010
Semalam, Datuk Seri Najib Razak pertama kali membentangkan belanjawan untuk tahun 2010 selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6 di Dewan Rakyat. Belanjawan 2010 kali ini berjumlah RM191.5 billion yang mana RM138.28 billion (72.2%) untuk perbelanjaan mengurus manakala RM53.22 billion (27.8%) untuk tujuan perbelanjaan pembangunan. Dengan pembentangan belanjawan 2010 ini, ekonomi Malaysia dijangka berkembang kepada 2-3 peratus pada 2010, perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratusan, perkhidmatan 3.6 peratus, penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus dan pendapatan per kapita meningkat daripada 2.5 peratus kepada RM24,661.
Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan peruntukan RM200,000 kepada setiap kementerian dan jabatan.
Penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500 pada bulan Disember ini.
Sejumlah RM1 bilion akan disediakan untuk meningkatkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2010 bagi memastikan matlamat kerajaan untuk melaksanakan langkah mencegah jenayah yang dikenal pasti sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) terpenting negara bagi mencapai hasrat kerajaan untuk mengurangkan indeks jenayah sebanyak lima peratus termasuk mengurangkan kadar jenayah jalanan seperti ragut dan samun sebanyak 20 peratus pada akhir 2010. Antara langkah yang bakal diambil,
- Menyediakan balai polis bergerak di 50 “hot spots” yang dikenal pasti di kawasan berisiko tinggi bagi meningkatkan kehadiran anggota polis agar orang awam merasa yakin dan selamat.
- Mempertingkatkan latihan dan kecekapan 3,000 anggotaIkatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam untuk melakukan rondaan bersama polis serta meningkatkan kempen pencegahan jenayah dan melaksanakan program integrasi polis dalam komuniti masyarakat
- Keselamatan sempadan negara juga turut diberi perhatian serius dengan menyediakan sejumlah RM1.9 bilion untuk meningkatkan kelengkapan anggota tentera serta membina dan menaik taraf pos kawalan.
- Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) turut diberikan RM622 juta bagi memastikan kawasan perairan negara bebas daripada penyeludupan dan pencerobohan termasuk ancaman lanun, katanya.
Penjawat awam kini boleh membuat pinjaman untuk membeli komputer peribadi (PC) tiga tahun sekali berbanding lima tahun yang dilaksanakan sekarang
Akta “Whistle Blower” akan diperkenalkan tahun depan manakala 14 Mahkamah Sesysen Khas Rasuah dan empat Mahkmah Tinggi Khas Rayuan akan ditambah untuk memerangi rasuah.
Pengguna kenderaan di negara ini wajib menggunakan MyKad untuk membeli bahanapi petrol atau diesel untuk memastikan subsidi minyak yang diperuntukan sampai ke golongan sasar
Seramai 30 pelajar terbaik berasaskan merit akan diberikan biasiswa Nasional untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti tersohor di dunia manakala pinjaman PTPTN bakal ditukar kepada biasiswa bagi pelajar ijazah sarjana muda yang mendapat kelas pertama mulai tahun 2010 selain kad diskaun tambang 50 peratus 1Malaysia untuk pelajar, pakej netbook termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 ringgit sebulan untuk 2 tahun
RM2 bilion akan disediakan untuk tujuan subsidi, insentif dan bantuan untuk petani dan nelayan, subsidi harga padi lebih RM400 juta, subsidi baja padi hampir RM300 juta, subsidi beras hampir RM220 juta dan peruntukan RM170 juta sebagai elaun sara hidup dan insentif untuk nelayan.
Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 sehingga 2012.
Bagi mencapai tujuan ini, Institut Tadbiran Awam negara (INTAN,) Bukit Kiara akan distruktur semula sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia,” katanya. INTAN Bukit Kiara akan dinaik taraf sebagai “School of Government” dengan kuasa autonomi, ditadbir secara profesional dibantu tenaga pengajar berpengalaman dan menjalin kerjasama dengan institusi terkemuka dunia.”
Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan dapat menguatkuasakan piawaian perkhidmatan serta menyedia rancangan jangka panjang pengangkutan awam bandar.
Kementerian Wilayah Persekutuan ditukar nama kepada Kementerian Wilayah Persektuuan dan Kesejahteraan Bandar dan ditugaskan menyediakan plan tindakan untuk menangani masalah kemiskinan di bandar.
Klinik kesihatan komuniti 1Malaysia akan diperkenalkan di bandar tahun depan di kawasan perumahan dan dikendalikan oleh pembantu pegawai perubatan dan dibuka setiap hari untuk rawatan sakit biasa seperti demam, batuk dan selsema. Sebagai permulaan, sebanyak 50 buah klink akan dibuka dengan peruntukan RM10 juta.
Sukuk 1Malaysia akan diterbitkan berjumlah RM3 bilion untuk memberi peluang kepada rakyat meningkatkan pendapatan mereka. Sukuk itu akan ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun dan ke atas, dengan pelaburan minima RM1,000 dan maksima RM50,000. Tempoh matang sukuk ini ialah tiga tahun dengan kadar pulangan lima peratus setahun yang akan dibayar setiap tiga bulan.
Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) jarak jauh kan diberikan kepada pelajar, terutama bagi mereka dari kalangan keluarga berpendapatan rendah. Diskaun itu adalah kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma itu boleh diperoleh dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010.
Peningkatan dalam jumlah pelepasan diri bagi pembayar cukai daripada RM8,000 kepada RM9,000, dan penstrukturan semula skim subsidi minyak.
Belanjawan 17 : Cadangan cukai ke atas pekerja rakyat Malaysia serta asing yang bermastautin dan bekerja di Iskandar Malaysia
Mereka bakal dikenakan cukai hanya pada kadar 15 peratus, berbanding dengan kadar maksimum 26 peratus untuk seluruh negara. Golongan yang layak untuk menikmati cukai ini adalah bekerja seperti dalam teknologi hijau, bioteknologi, perkhidmatan pendidikan, penjagaan kesihatan, industri kreatif, khidmat nasihat kewangan dan konsultansi serta perkhidmatan logistik dan pelancongan. Mereka juga mestilah menambah nilai dalam aktiviti yang diceburi. Galakan ini ditawar kepada mereka yang memohon dan mula bekerja di Iskandar Malaysia sebelum akhir tahun 2015, dan akan menikmati insentif ini secara berterusan.
Sebagai ganjaran kepada pelajar yang cemerlang dalam pendidikan pula, kerajaan juga menawarkan pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar (broadband) percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun. Pakej itu jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan keutamaan diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah. Sebagai permulaan, pakej itu akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010
Belanjawan 19 : Tukar Status Pinjaman ke Biasiswa
Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan ditukarkan kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf, bermula tahun depan.
Belanjawan 20 : Membangunkan modal insan
Kerajaan memperuntukkan lebih RM30 bilion kepada pendidikan rendah dan menengah, yang akan memberi manfaat kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, RM1.6 bilion disediakan bagi pembinaan 80 buah sekolah baru serta 1,100 buah blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah. Peruntukan ini adalah untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Rendah dan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Mubaligh.
RM1.1 bilion disediakan bagi mengubah suai dan menaik taraf, termasuk sekolah di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak. Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur lima dan enam tahun dalam prasekolah kerajaan dan swasta daripada 67 peratus sekarang kepada 87 peratus menjelang 2012. Kerajaan juga akan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada arus perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan dan bagi tujuan itu, kerajaan menyediakan peruntukan RM48 juta tahun depan. Semua kemudahan dan kurikulum prasekolah di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan agensi lain akan diubah suai dan inisiatif itu juga akan dinikmati oleh prasekolah yang dikendalikan oleh swasta.
Belanjawan 22 : Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Kerajaan mensasarkan 20 buah sekolah diberi pengiktirafan SBT, yang akan menumpukan kepada kecemerlangan akademik dan pencapaian keseluruhan pelajar termasuk disiplin dan kebersihan, aktiviti kokurikulum dan penguasaan bidang keutamaan sekolah pada tahun depan, dengan peruntukan tambahan RM20 juta.
New Deal atau Bai’ah Baru akan diperkenalkan kerajaan bagi tujuan menghargai jasa dan prestasi para pengetua serta guru besar bagi memastikan sekolah ditadbir secara profesional serta menunjukkan prestasi cemerlang.Sekiranya sasaran itu dicapai, ganjaran berbentuk insentif kewangan dan bukan kewangan serta autonomi dalam mentadbir sekolah akan diberikan. Namun bagi mereka yang tidak mencapai sasaran selama dua tahun berturut-turut, tidaklah terlepas daripada pemerhatian kerajaan.
Kerajaan akan menyediakan RM1.3 bilion bagi membiayai pengurusan dan menaik taraf politeknik serta kolej komuniti serta menyediakan peruntukan kepada tabung pinjaman pelajaran untuk 32,000 pelajarnya, di samping memperuntukkan RM504 juta bagi membina dan menaik taraf serta menyelenggara peralatan di Institusi Latihan Perindustrian dan Latihan Teknologi Tinggi.
Pelaksanaan satu skim anuiti dalam perancangan kerajaan . Tabungan di Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mungkin tidak mencukupi memandangkan jangka hayat rakyat Malaysia yang semakin meningkat. Justeru itu skim anuiti merupakan satu instrumen kewangan yang sesuai untuk tujuan penampungan pendapatan semasa persaraan.
Caruman pekerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dinaikkan semula kepada kadar 11 peratus mulai 1 Jan, 2011 manakala bagi potongan secara sukarela pula berkuat kuasa serta merta, memandangkan keadaan ekonomi dijangka pulih
- Menaik taraf dan membaik pulih sistem infrastruktur pengairan dan saliran di dalam dan luar jelapang padi melibatkan 180,000 petani dengan peruntukan sejumlah RM137 juta.
- Melaksanakan projek Empangan Paya Peda di Terengganu, yang akan meningkatkan kapasiti bekalan air Skim Pengairan Padi di Besut membabitkan sejumlah RM70 juta.
- Memodenkan industri akuakultur dan pelaksanaan skim latihan keusahawanan bagi pengusaha dan penternak akuakultur dengan tumpuan kepada pembenihan perikanan dan penternakan ikan hiasan. Skim itu akan memberi faedah kepada 1,150 peserta melibatkan peruntukan sejumlah RM82 juta.
- Membangunkan industri tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung walit dengan peruntukan sejumlah RM149 juta.
- Membangunkan prasarana keperluan asas ladang ternakan dan mewujudkan rantaian bekalan dalam industri pengeluaran daging lembu dan kambing dengan peruntukan sejumlah RM58 juta.
- Melaksanakan program inkubator untuk melatih dan membimbing belia serta graduan untuk menjadi usahawan tani berjaya.
Komentar Saya :
Terkejut juga bila melihat begitu banyak insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat dalam menangani pelbagai permasalahan rakyat di negara kita. Tetapi kita harus sedar dan menggunakan segala kemudahan ini dengan sebaik mungkin. Diharapkan tidak timbul sebarang permasalahan integriti dan rasuah dalam bermacam-macam insentif ini. Jangan pula ada yang memandang semua ini sebagai salah satu cara untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa menghiraukan kepentingan sosial dan kepentingan masyarakat bersama.
Thursday, October 22, 2009
Coming to the search engines near you...
Watch Disney content right from the cloud
What is Open Source Software (OSS) ?
Development philosophy
Wednesday, October 21, 2009
Lenovo atau Hp Compaq
Friday, October 16, 2009
Adakah Chrome OS Bakal Saingi Windows 7?
Firefox 3.6 : Web Mengikut Orientasi Laptop
Mozilla Menyokong Paparan Thumbnail Mengikut Tab
Sesiapa yang menggunakan Windows 7, boleh mencuba fungsi ini dengan mencuba versi pembangunan Firefox 3.7 yang mana dikenali sebagai Minefield buat masa ini. Sebelum ini, ianya hanya menyokong paparan preview untuk tetingkap Minefield yang dibuka sahaja, namun begitu, kini ianya menyokong paparan preview untuk setiap tab yang dibuka pada Minefield.
Sumber : amanz.my
Wednesday, October 14, 2009
Eugene Kaspersky nak datang KL..
Beliau merupakan pengasas atau founder kepada syarikat Kasperksy iaitu pengeluar perisian anti virus dan internet security terkenal dunia. Bermula sebagai pengguna biasa, beliau telah berusaha dengan gigih untuk mencipta satu projek yang boleh melawan balik virus dan malware yang ada di internet. Bagaimana beliau boleh berjaya dalam menjayakan projek yang bernama Kaspersky Lab ini kita boleh dengar dan ikuti 'talk' beliau yang akan beliau sampaikan pada hari tersebut.
Wednesday, October 7, 2009
Yahoo Meme dan Facebook Lite
Sunday, October 4, 2009
Web Microsoft tak boleh nak akses...
Friday, October 2, 2009
Cybercriminals use Trojans and money mules to loot online bank accounts
The techniques described in this report looks like the start of a new trend that is expected to grow. These techniques add functionality aimed to minimize detection by traditional anti-fraud technologies in use by banks.
Research shows how a cybergang used a combination of Trojans and money mules to rake in hundreds of thousands of Euros and to minimize detection by the anti-fraud systems used by banks.
The cybercriminals used compromised legitimate websites as well as fake websites, utilizing the crimeware toolkit LuckySpoilt to infect visitors. After infection a bank Trojan was installed on the victims’ machines and started communication with its Command & Control (C&C) server for instructions.
These instructions included the amount to be stolen from specific bank accounts and to which money mule accounts the stolen money should be transferred. Furthermore, the Trojan forged onscreen bank statements concealing the true transaction amount to dupe the account holders and their banks.
The cybercrime intelligence report covers the following:
- Cybercriminals use sophisticated crimeware tools to steal money online and avoid detection
- They use compromised legitimate websites as well as fake ones to infect visitors with their crime toolkit
- Once infected, the Trojans get instructions from its Command &Control center to rob bank accounts
- Instructions include criteria for the amount that should be stolen from an individual account
- This method is a highly-effective, “Anti anti-fraud” system detection tool
- Once the money is stolen, the Trojan creates a forged bank statement to hide the theft
- The stolen money is transferred to a money mule account and then forwarded to the cybercrooks to prevent any direct money trail
- The cybergang was able to steal Euro 300,000 in 22 days.
Money mule accounts are legitimate bank accounts owned by legitimate bank users. Cybercriminals hire ‘mules’ by falsely telling them they are working for a legitimate business. These bank account owners or “mules” are normally unaware that they are “muling” stolen money, but think that they are being paid for “working from home” and other moneymaking schemes.
To avoid warning signs by anti-fraud systems at the bank, the money mule accounts are only used for a limited number of times within a certain timeframe. Since banks monitor large bank transfers, the amount of money deposited in a money mule account is predefined in order to stay under the radar.
The report shows in detail how this cybergang worked and provides recommendations how individuals and banks can protect themselves.
A closer look at Microsoft Security Essentials
It uses real-time protection to help prevent PCs from becoming infected, and takes advantage of the company’s Dynamic Signature Service. It runs on Windows XP, Windows Vista, and Windows 7 (both 32-bit and 64-bit versions).
To use this software, you have to pass a "piracy check" - that is, the scan that makes sure that you have a genuine, licensed copy of the Windows OS. During the installation process, you are also advised to remove other antivirus or anti-malware programs because the may conflict with the Essentials.
Upon running the program, it is automatically updated with all the latest virus and spyware definitions. Then you are ready to start the scan:
Except maybe for the first time, I wouldn't recommend the full scan, since it takes quite a long time (around 30 minutes on my disk).
The Settings menu allows you to to define a schedule for scans and lets you choose the default actions to execute when a potential threat is detected:
You can also turn on the real-time protection option that lets you know when malware is trying to install itself on your computer:
During the scanning, or in general, you can also make a list of files, file types or processes that should be excluded from the check.
Advanced options include:
All in all, Microsoft Security Essentials is a program that offers an array of options that you can find in most anti-malware software. It's very user friendly, but a little on the slow side.
Drafting buletin layout - AI or CD ?
Thursday, October 1, 2009
Offline Mode -> huru-hara satu ofis
Tuesday, September 29, 2009
Google Wave - Satu lagi servis terbaru dari Google.com
Macamana? Ok tak? Sama2 kita nantikan kemunculannya 30 September 2009!
Monday, September 28, 2009
Solway's Multimail - Software mail sender yang begitu simple
Saya pergi dan makan je apa yang ada. Sampaikan perut membesar dengan drastik. Oleh sebab itu hari ni tak dapat masuk ofis sebab badan panas. Tak demam cuma tak berapa sihat. Sama je lah tu kan? hehehe....
Solway's Multimail
Hari ini saya nak umumkan satu kewujudan software yang berfungsi untuk menghantar email kepada receipent yang begitu banyak atau dalam istilah mudah mailing list. Perkenalkan "Solway's Multimail". Software ini boleh didapati secara percuma melalui pautan di bawah :
Solway's begitu simple dan mudah untuk digunakan. Dengan beberapa step, anda sudah boleh menggunakannya dengan cepat dan berkesan. Dan yang paling penting software ini FREE dan boleh disebarkan secara bebas kepada member2 anda. Berikut adalah screen capture untuk software tersebut :
Thursday, September 17, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009M / 1430H
Saya mewakili blog saya yang saya sayang sangat ni (panduanoss.blogspot.com) ingin mewar-warkan kepada anda semua tawaran terakhir untuk 50 pembeli pertama untuk ebook "Koleksi OSS" dengan hanya RM10 sahaja! Cepat-cepat jangan lepaskan peluang ini! Layari laman :
Pesanan Istimewa dari :
FARABI
Wednesday, September 16, 2009
Aidilfitri menghampiri kita, Ramadhan menjauhi kita
Ramai user pc mencari-cari pelbagai alternatif kepada produk2 komersil yang ada di pasaran. Selain nak menjimatkan duit, melalui penggunaan OSS juga membolehkan user belajar secara trial&error mana-mana OSS yang dipasang di dalam pc atau laptop. Itulah kelebihan dan manfaat OSS kepada IT user di seluruh dunia.
Kita tidak mahu terikat sangat dengan penggunaan produk2 komersil kerana banyak produk komersil yang mementingkan keuntungan berbanding tanggungjawab sosial. Kaedah yang digunakan oleh penggiat OSS untuk menjana pendapatan begitu mudah dan fleksibel. Mereka membangunkan satu perisian sebagai contoh perisian pelayar internet. Mereka mengedarkannya secara PERCUMA kepada IT user di seluruh dunia. User akan menginstallkan perisian tersebut kemudian menyebarkannya kepada orang lain atau member2 mereka. Programmer atau founder untuk perisian tersebut akan membangunkan satu laman komuniti atau laman blog untuk memudahkan user/blogger/programmer berkomunikasi dan berinteraksi secara maya dan direct di satu platform yang khusus. Sebarang permasalahan mengenai perisian tersebut boleh dihantar melalui laman komuniti atau blog tersebut. Mudah saja!
Soalan yang diajukan oleh user akan dijawab secepat mungkin oleh programmer atau founder perisian tersebut. Proses ini tidak melibatkan sebarang kos wang ringgit. Semua maklumat yang diperoleh dari pertanyaan tersebut adalah PERCUMA dan boleh disebarkan secara meluas melalui internet. Segala pertanyaan/laporan/kekurangan dan komentar yang diajukan oleh user atau programmer akan disimpan dan direkodkan ke dalam pangkalan data laman komuniti atau blog tersebut.
Bagaimana mereka menjana pendapatan?
Mereka boleh menjana pendapatan melalui jualan barang2 cenderahati (souvenir) seperti topi, baju t-shirt, seluar, beg dan sebagainya. Barang2 ini boleh didapati di Online Shop mereka. Selain itu, mereka juga akan meletakkan homepage bagi perisian pelungsur internet tersebut dengan laman search engine mereka yang diasosiasi dengan search engine yang popular seperti Google.com, Yahoo!.com dan sebagainya. Mereka juga akan meletakkan sticky advertisement pada perisian tersebut.
Sunday, September 13, 2009
Celcom broadband dengan pakej yang terbaharu..
Pada kebiasaannya broadband menggunakan sambungan wayar ke talian telefon tetap. Manakala mobile broadband menggunakan 3G, GPRS, WAP, HSDPA dan sebagainya. Beza antara dua jenis broadband ini ialah satu guna wayar dan satu lagi tak guna wayar. Mudah je kan? :-)
Dalam satu dok pusing first floor tu, saya singgah jap kat kiosk Celcom broadband. Memang kaw kaw lah pakej yang dijanjikan oleh Celcom. Yang terbaharu, Celcom menawarkan pakej basic RM68 (tanpa kontrak + percuma 1 bulan capaian + modem + 384kbps ) = RM299.00 sahaja!
Manakala pakej advanced RM98 (tanpa kontrak + modem + 3.6Mbps speed) = RM329.00 sahaja! Saya pun sambar satu pakej advanced RM98.00. Activation hanya mengambil masa selama satu jam sahaja!
Jom kita berbroadband!
Tuesday, September 8, 2009
Laptop asyik restart sebab windows corrupt
Sekarang saya masih dok try pelbagai cara untuk settle windows corrupt ni. Antaranya :
- Reinstall balik windows xp home edition tersebut
- kurangkan software2 yang tidak digunakan dengan cara uninstall / remove software tersebut.
- cuba clearkan cache dalam browser (either firefox atau i.e)
- kurangkan icons kat desktop, tinggalkan satu baris jer icons. kalau boleh tinggalkan icon recycle bins jer
- kurangkan item dalam start menu.
- cara yang ke-6 dok fikir lagi...
Tuesday, September 1, 2009
KoleksiOSS - Sumber maklumat perisian sumber terbuka
Pada zaman awal ICT, penggunaan perisian komersil yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat besar perisian seperti Microsoft, Sierra, Adobe, Macromedia dan sebagainya menjadi igauan dan buruan para pengguna perisian tegar seperti designer, webmaster, web administrator, network administrator dan novice user (pengguna biasa). Mereka menyangka penggunaan perisian komersil akan membolehkan mereka secara bebas menyebarkan perisian tersebut dengan memasang di pc-pc yang berlainan atas satu lesen. Sedangkan tindakan itu salah dan menyalahi.
Oleh hal demikian, Open Source Matters (OSM) iaitu satu organisasi yang berperanan untuk menpromosikan penggunan perisian sumber terbuka (open source software) telah ditubuhkan atas semangat kebebasan perisian. OSM begitu berperanan sekitar tahun 2003 apabila Mozilla Firefox 1.0 telah dilancarkan secara rasmi oleh komuniti Mozilla. Firefox merupakan web browser yang dibangunkan atas platform Netscape Navigator dan ditaja sepenuhnya oleh American Online. Netscape Navigator pada zaman awalnya merupakan web browser yang famous kerana menjadi alternatif kepada I.E ketika itu. Namun setelah OSM ditubuhkan, maka Mozilla juga turut memainkan peranan untuk menggiatkan usaha dengan mengumpulkan seramai mungkin komuniti developer di seluruh dunia untuk sama-sama membangunkan web browser baru yang diberi nama Mozilla Firefox. Firefox merupakan web browser yang begitu ringan, mudah digunakan dan tak banyak masalah.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita Firefox, anda boleh layari blog :
Saya akan ceritakan dengan panjang lebar mengenai Firefox dan OSS yang lain dalam blog tersebut. InsyaAllah. :-) Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan kepada semua umat Islam walau dimana pun anda berada. Semoga puasa kita akan menjadikan kita lebih mulia di sisi Yang Maha Kuasa. InsyaAllah! Selamat berbuka puasa!
Rahsiaebiz Launch CD Logo & Fonts 2010
Dari minisite yang beliau paparkan produk tersebut, saya telah buat satu kesimpulan bahawa CD ini memang patut dimiliki oleh semua designer, blogger, webmaster, newbie dalam IM dan semua genre masyarakat di negara kita. Banyak manfaat yang kita boleh perolehi daripada CD ini. Saya pula lebih suka simpannya sebagai koleksi. InsyaAllah, hari ini atau esok saya akan purchase CD ini.
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk tersebut sila klik :
Jangan lupa masukkan entri berkaitan dengan produk tersebut dalam web atau blog anda.
Saturday, August 29, 2009
Order satu lagi ebook untuk buat duit raya
Kadang-kadang kita terfikir, ada tak perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar. Kita tidak perlu berhadapan dengan customer. Tidak perlu mengeluarkan peluh untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang berlipat kali ganda. Memang ada perniagaan tersebut. Itulah Perniagaan Internet (E-Bisnes). Kita jual produk dalam bentuk softcopy kepada pengguna-pengguna internet di seluruh dunia. Skop pelanggan begitu luas kerana pengguna internet ini adalah terdiri dari negara-negara di seluruh dunia.
Jadi, apa tunggu lagi? Mulakan perniagaan internet anda sekarang! Dengan bermodalkan RM500 sudah cukup untuk memulakan e-bisnes ini. Satu lagi jangan lupa baca ebook2 yang berkaitannya dan dapatkan nasihat pakar. Akhir sekali tingkatkan komitmen dalam arena ini sebaik dan setinggi mungkin. InsyaAllah akan ada hasilnya nanti.
Friday, August 28, 2009
3 Langkah Asas Untuk Bina Laman Web Peribadi
Langkah A : Dapatkan Tapak, Alamat
Nama-nama seperti www.sifoo.com, www.yahoo.com, www.google.com, www.utusan.com.my adalah alamat laman web atau lebih biasa dipanggil domain name. Domain name adalah penting supaya orang ramai tahu bagaimana hendak mengakses laman web anda.
Tips: Domain name hendak ringkas dan tak mengelirukan, dan menarik perhatian
Nama-nama antarabangsa: *.com, *.net, *.org
Nama-nama tempatan: *.com.my, *.net.my, *.org.my (dot my adalah pengenalan untuk Malaysia)
Contoh lain:
dot sg: Singapura
dot kr: Korea
dot cn: China
dot jp: Jepun
Pada dasarnya, nama-nama tersebut tidak mempunyai sebarang batasan berkaitan tentang akses. Maksudnya, anda boleh menggunakan apa juga domain name dan sesiapa sahaja walau di mana sahaja mereka berada boleh mengakses laman web anda. Cuma kelebihan nama antarabangsa adalah lebih ringkas dan pendek dan nama tempatan mendekatkan diri anda dengan semangat kenegaraan.
Di mana anda boleh mendapatkan nama-nama tersebut?
Pertamanya, anda harus membuat semakan samada nama yang anda bercadang untuk gunakan masih boleh digunakan atau sudah diambil oleh orang lain.
Nota: Domain name adalah unik. Hanya satu nama sahaja boleh wujud dalam satu masa.
Jadi, anda perlu membuat senarai pilihan nama sekiranya nama yang hendak gunakan telah digunapakai oleh orang lain. Semakan boleh dibuat di www.register.com, atau di www.mercumaya.net (sekadar beberapa contoh sahaja).
Setelah semakan dibuat, anda boleh terus membuat bayaran untuk nama pilihan anda. Harga untuk satu domain name adalah dalam lingkungan RM30 hingga RM100 setahun (bergantung kepada harga tawaran oleh ejen jualan).
Seterusnya, dapatkan tapak atau hosting. Hosting adalah ruangan yang diperlukan untuk menyimpan semua fail laman web. Hosting adalah umpama ruangan hard disk yang terdapat di dalam komputer anda. Anda tidak boleh menyimpan fail laman web di dalam komputer anda kerana ianya tidak boleh diakses oleh orang lain. Untuk membolehkan orang lain mengakses fail-fail laman web sebuah web server diperlukan. Web server inilah yang mempunyai ruangan yang akan menyimpan fail laman web anda. Oleh itu, anda perlu memindahkan fail laman web dari komputer anda ke dalam web server.
Bagi mendapatkan ruangan di dalam web server tersebut, anda perlu membayar sewa hosting. Dengan harga serendah RM100 setahun, anda sudah boleh memiliki ruangan di dalam web server. Anda akan diberi sebuah akaun untuk membolehkan anda mengakses ruangan tersebut dan memindahkan semua fail laman web anda ke dalam web server.
Nota: FTP (File Transfer Protocol) adalah protokol pemindahan fail daripada komputer anda ke web server.
Pemindahan menggunakan FTP boleh dibuat menggunakan perisian seperti Adobe Dreamweaver.
Setakat ini, kos memiliki domain name dan hosting adalah kurang daripada RM200 setahun iaitu kurang daripada RM20 sebulan. Murahkan?
Selain daripada hosting berbayar, anda juga boleh mendapatkan hosting percuma. Antara laman web yang menyediakan hosting percuma ini ialah geocities.yahoo.com dan www.tripod.com. Hosting percuma ini boleh anda miliki tetapi dengan batasan-batasan tertentu seperti menggunakan domain name yang diberikan sahaja (seperti: http://geocities.yahoo.com/syarikat_abc), ruangan yang terhad, anda terpaksa memaparkan iklan mereka di dalam laman web anda dan ketidakbolehan untuk membesarkan fungsi laman web anda.
Langkah B: Bina Laman Web
Langkah seterusnya ialah membina laman web. Bagaimana agaknya nak mulakan langkah ini ya? Mudah saja… Banyak perisian biasa yang boleh anda gunakan untuk membina laman web. Antara yang paling mudah ialah Microsoft Word. Anda hanya perlu menyusun kandungan laman web anda di dalam satu dokumen Word (taipkan teks, masukkan gambar, letakkan jadual, dsb). Setelah siap, simpan dokumen tersebut sebagai fail HTML (HTML – Hyper Text Mark Up Language). Apa juga yang anda letak di dalam dokumen tersebut adalah apa yang akan terpapar di dalam web browser (seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox). Ini dipanggil What You See Is What You Get (WYSWYG).
Perisian WYSWYG membolehkan sesiapa sahaja membina laman web tanpa mengetahui pengaturcaraan web seperti HTML, Javascript dan Cascading Style Sheet (CSS).
Perisian lain bagi membina laman web adalah Microsoft FrontPage dan Adobe Dreamweaver. Pembinaan laman web akan dilakukan di dalam komputer peribadi anda. Setelah siap barulah anda akan memindahkan (upload) ke dalam web server (hosting).
Pembinaan laman web memerlukan sedikit perancangan bagi menyusun kandungan supaya lebih teratur dan kemas. Asingkan kandungan anda kepada beberapa bahagian seperti:
- Halaman Utama
- Pengenalan atau Profail
- Produk dan Servis
- Hubungi Kami
Masukkan info yang ringkas dan padat serta bersesuaian di dalam setiap bahagian yang telah disusun. Gambar-gambar yang hendak dimasukkan juga mesti bersesuaian dan tidak terlalu besar saiznya (dimensi dan juga jumlah baitnya).
Pastikan anda meletakkan jaringan (link) navigasi supaya pengunjung dapat melungsuri laman web anda tanpa tersesat. Jaringan navigasi atau menu navigasi adalah sangat penting.
Setelah siap kesemua halaman yang anda inginkan, cuba dahulu secara local sebelum memindahkan (upload) ke dalam web server (hosting) anda. Pastikan tiada jaringan yang terputus. Pastikan tiada gambar yang gagal dipaparkan. Pastikan navigasi anda tiada masalah. Jika semuanya baik, pindahkan ke dalam web server.
Langkah C: Promosikan Laman Web Anda
Kewujudan laman web anda tidak akan diketahui umum sekiranya tidak diwar-warkan. Promosi adalah penting supaya laman web anda tidak terbiar sepi. Promosi boleh dibuat dengan beberapa cara, antaranya:
- Sampaikan secara lisan (mungkin kepada rakan atau saudara-mara terdekat)
- E-melkan kepada senarai rakan (contact list)
- SMSkan alamat laman web anda kepada phone book
- Menyertai internet groups atau forum dan membuat sedikit ulasan kepada ahli groups / forum
- Melanggan ruangan iklan di dalam laman web yang mempunyai trafik yang tinggi
- Mendapatkan ruangan di dalam majalah / suratkhabar / rancangan TV
- Mempromosikan kepada pengunjung pameran / karnival / konvensyen
- Menaja acara-acara besar
Cuba fikirkan bagaimana cara supaya pengunjung laman web anda sentiasa berkunjung dari semasa ke semasa dan supaya pengunjung baru sentiasa bertambah. Inilah strategi yang begitu mantap, ringkas dan padat yang pernah saya baca sepanjang pengalaman saya menceburkan diri dalam bidang ebiz ini. Namun begitu, semua ini tidak akan menjadi kenyataan jika kita tidak bertindak dari sekarang. Bertindaklah sekarang !
Selamat mencuba!